Action
12 stories
NIRNAMA(Nameless) English Version by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,574
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 6
The story of nameless warrior that roaming Tanah Semenanjung, helping people, mostly those who oppressed by tyranny. He never shared his name, thus people start calling him Nirnama, meaning nameless.
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,132
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 40,758
  • WpVote
    Votes 791
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,256
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,234
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 6
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?
Membunuh Muhammad by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,076
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 5
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiri dan bersedia untuk kemungkinan terburuk. Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi yang besar - MEMBUNUH MUHAMMAD. Satu usaha drastik yang bermatlamatkan pengakhiran pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun. Bagaimana pengakhiran Saga HERO ini? Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,177
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
| C🐧|TOGETHER  by Ranran_01
Ranran_01
  • WpView
    Reads 8,768
  • WpVote
    Votes 488
  • WpPart
    Parts 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk mencari pengalaman di negara orang. Namun, pilihannya tersasar jauh. Episod pengkhianatan mengucar-ngacirkan hidupnya. Selama dua tahun itu, diri terasa bagai hamba abdi. Hendak melarikan diri, emak dan adik-adik di kampung menjadi galang ganti. Kehadiran Daniel Hazim sebagai penyelamat satu malam membuka lembaran baru dalam hidup Jane. Ketenangan yang sentiasa hadir daripada lelaki itu cukup membuatkannya selesa dan mula mempunyai harapan untuk terus hidup kembali cerah. Daniel yang ditinggalkan kekasih menjadikan Jane wanita yang ingin dia selamatkan. "Hidup awak terlalu berharga. Saya janji akan tolong awak."- Daniel Hazim. Di sisi Jane ada juga lelaki yang menaruh rasa rindu, Kang ha-Joon. Jejaka itu sangat menginginkan Jane mula melakukan apa sahaja untuk memiliki gadis itu. Perkenalannya dengan Jane menimbulkan pelbagai rasa yang tak pernah dia ketahui. Tidak kira banyak kali Daniel muncul sebagai penghalang antara dia dengan Jane, wanita itu akan dia rebut walau harus beradu aksi sekalipun. "I want her legally, what ever it takes!"- Kang Ha-joon Tetapi Jane tetap akur dengan keadaan. Kehadiran dua jejaka itu mendatangkan amarah kepada si dia yang berdendam dahagakan darah. Lalu diri dibawa menjauh demi keselamatan mereka. Berjayakah Jane keluar daripada kehidupan gelapnya dan kembali menjadi Nurul Jannah? Lalu bagaimana pula penerimaan Puan Nurjuwita terhadap Daniel? Konflik apakah di antara ibu dan anak itu? "Saya tak layak dilindungi sesiapa!" - Jane Nantikannya dalam kisah 'Kita Bersama' Trigger Warning❗️ Mature Content: Kata-kata kesat, scene pembunuhan, pergaduhan. ❗️Say no to plagiarism❗️ Start: 10 OKTOBER 2023 End: 1 DISEMBER 2023 🐧ONE AND ONLY RANRAN🐬
Leluhur by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 158
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 4
Memperkenalkan, buku pertama dalam K-LIT, iaitu genre baharu Alaf 21 oleh Grup Buku Karangkraf. Cik Red ada tulis pengenalan pasal genre ni di post baru. Boleh baca di sana. Sinopsis: KUALA Lumpur digemparkan dengan satu pembunuhan kejam. Tubuh mangsa dirobek dan organ dalamannya diambil. Inspektor Damia dan Sarjan Kassim dari Unit Jenayah Berat ditugaskan untuk menyiasat kes dan menangkap pembunuh itu. Pada mulanya, mereka merasakan ia hanya pembunuhan biasa, tetapi banyak kejadian aneh telah berlaku. Apabila berlaku dua pembunuhan lagi dengan cara yang sama, pasukan polis mulai panik.
23:62 by LLPub_Official
LLPub_Official
  • WpView
    Reads 69
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 4
"On no soul, do we place a burden greater than it can bear." [23:62] Pertemuan kedua yang tidak dijangka membuka peluang bagi Adzi dan Almiy untuk kembali menjernihkan keadaan yang pernah keruh. "Jom kita kahwin?" Lamaran secara tiba-tiba itu telah membuka satu teater kehidupan mereka bersama. Sungguh, nikmat dalam hidup berpasangan itu tidak terungkap dengan kata-kata. Akan tetapi, apabila jiwa dan diri mula mengenal erti bahagia, satu per satu dugaan datang menghampiri. Terima kasih kerana berani melamar. Terima kasih untuk cuba mencari saya. Satu pesanan ringkas yang tiba-tiba diterima lebih mengikat takdir mereka bersama. Walau perlu terbang ke negara orang demi suatu tanggungjawab, Adzi dan Almiy tetap teguh bersama kerana mereka adalah pasangan takdir. "You will forever be my sugar."