happy ending
199 stories
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 718,361
  • WpVote
    Votes 33,648
  • WpPart
    Parts 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 403,410
  • WpVote
    Votes 16,896
  • WpPart
    Parts 54
Hanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak datang menimpa. Lain yang ingin dia lakukan, lain pulak yang jadi. "Why not kau jadi isteri aku? Berapa? Cakap sahaja berapa. 300K? 500K? atau kau mahu lebih dari itu? Just name it... Tak perlu kau susah-susah bekerja macam ni..." Zaquan Firdaus. Pipi gadis itu diulusnya lembut. Pang! "Kau ingat aku ni murah sangat? Kau ingat aku ni boleh dijual beli? Nama saja macam ahli syurga, tapi perangai mengalahkan syaitan!" Riana Qamilia. Bengang betul dia! Fuh berbisa juga penangan dari seorang perempuan ni. Muka saja ayu tapi tingkah macam jantan! "Baby Sayang... bila kita nak kahwin? Tak bosan ke i hadap muka you, you hadap muka i? Kalau kita kahwin, dah tentu muka ni nanti bukan sahaja you boleh hadap 24 jam, but muka ni nanti yang akan teman tidur malam you..." ucap Zaquan romantis. "Baby Sayang ye... Nah ambik kau!" terus diterajangnya Zaquan Firdaus dan berlalu pergi meninggalkan Zaquan yang sedang menahan senak. "Kau tunggu... Nak taknak kau akan jadi isteri aku juga..." senyumnya sinis. Persoalannya berjayakah Zaquan? Boleh ke dia tundukkan gadis jantan seperti Riana itu? Dan apa pulak amanat yang diterima Riana yang tiba-tiba melibatkan Zaquan? Start : 11/11/19 End : 1/10/21 Beautiful Cover by @KuSyifaa_ Most impressive ranking : #1 in romantik ( 7/10/21 ) #3 in cinta (13/10/21) WARNING⚠ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED!
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,260,152
  • WpVote
    Votes 272,811
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 799,525
  • WpVote
    Votes 28,942
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 ( 14/12/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 ( 24/7/2023 ) 🥉 Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 115,333
  • WpVote
    Votes 4,058
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
Aku Pertama Dia Terakhir by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 391,625
  • WpVote
    Votes 13,634
  • WpPart
    Parts 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sahabatnya? Dialah yang paling maju ke hadapan. Dia seorang yang tak berminat untuk ambil tahu tentang cinta. Kenapa? Mungkin dia sudah serik selepas putus tunang setahun yang lalu. Namun disaat itu, muncul seorang lelaki yang menyukainya dan ingin menjadikan dia sebagai seorang isteri. Lelaki itu adalah EMIR HAKEEM. Majikan kepada kawannya. Lelaki itu memang kacak. Lagi nampak kacak bila ada kumis dan janggut tipis. Namun, dia menolak lamaran lelaki itu. Dia seorang yang tidak suka dipaksa dan lelaki itu pula suka memaksa. Menerima kunjungan lelaki itu ke rumahnya di kampung membuatkan dia bertambah geram. Disangkakan lelaki itu datang untuk meminang. Jika pernikahan yang lelaki itu mahukan, apa salahnya sekali sekala buat benda gila. "Kenapa awak cakap dekat ayah yang kita dah terlanjur?" - Emir Hakeem. "Itu je idea yang saya ada untuk kita nikah cepat," - Hanan Auliya. Dia menipu tentang perkara yang langsung mereka tak buat. Apabila dia mengetahui tujuan sebenar lelaki itu ke rumahnya, mulalah timbul rasa serba salah. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menebus semula kesalahannya itu. "Awak cakap nak buat saya jatuh cinta. Just do it. I'm ready to fall for you," -Hanan Auliya. Janji yang dia telah buat pada dirinya sendiri. Mahu mencintai lelaki yang sudah sah bergelar suami kepadanya. Tetapi, bagaimana jika cinta itu tak pernah hadir dalam hatinya? Cinta itukan tak boleh dipaksa. Jadi mampukah HANAN AULIYA mencintai suaminya EMIR HAKEEM? Atau mungkin ada hati yang akan terluka hanya kerana menanti cinta yang tak pernah berputik?
Bukan Aku Tak Cinta (Bakal Terbit) by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 733,466
  • WpVote
    Votes 21,900
  • WpPart
    Parts 63
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,484,151
  • WpVote
    Votes 51,486
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,657,463
  • WpVote
    Votes 68,337
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
MR. KING CONTROL (C) by HazzelcAvellana
HazzelcAvellana
  • WpView
    Reads 609,502
  • WpVote
    Votes 26,838
  • WpPart
    Parts 63
POV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana seratus tiga puluh lima ribu, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada ahlong tersebut. Namun siapa sangka, gara-gara tiga puluh lima ribu itu juga Unierah menjadi budak suruhan kepada Haziq Huzaif saat dia mengetahui hutangnya dilangsaikan oleh lelaki tersebut. Mengikut semua kemahuan Haziq seperti malapetaka menimpanya. Lagi-lagi lelaki itu sejenis King Control. Satu hari Unierah tak bengang dengan Haziq memang tak sah. Macam nak smackdown je lelaki itu jika dia punya kekuatan. Tapi malang tak berbau, Unierah jatuh lagi di lembah kesedihan yang sama bila dirinya menjadi mangsa rakus ahlong itu. Dan sekali lagi, orang yang sama juga menghulurkan bantuan kepadanya. "Aku cakap sekali lagi, kahwin dengan aku, Unierah. Kau jadi je isteri aku, hutang kau tu kira burn. Dan aku janji, aku akan jaga dan lindungi kau macam mana keluarga kau buat selama ni." -Haziq Huzaif Menjadi isteri Haziq bukan senang. Mana taknya kalau lelaki itu dah bagi kata putus agar Unierah ikut segala arahannya sebaik sahaja mereka tinggal sebumbung. "Keenam, aku paling pantang kalau peraturan yang aku buat tak diikut. Kau nak buat apa yang kau suka, dipersilakan. Kau tidur makan aje pun, aku tak kesah. Janji kau jangan sesekali langgar lima peraturan yang aku cakap tadi. So, you'd better train yourself to follow my rules from now on." - Haziq Huzaif Namun siapa sangka, di sebalik perangai Mr. King Control Haziq tu ada rahsia besar yang lelaki itu sembunyikan daripada Unierah selama ini. Dan adakah Unierah Syar akan berdiam diri menurut segala telunjuk Haziq setelah mengetahui rahsia tersebut? Tidak sama sekali! Start:18 Mac 2020 End:26 Feb 2021