📝
5 stories
𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐍𝐀 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 5,454
  • WpVote
    Votes 792
  • WpPart
    Parts 34
Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti diraja tercetus di dalam diri. Serta-merta dia menjadi putera pewaris takhta, sedang nyawanya diancam musuh yang ingin melenyapkan kerabat diraja Inderagana. "Beta tidak memilih untuk lahir sebagai putera raja, tapi beta berhak untuk kekal hidup! Mereka yang lebih dahulu mengacukan senjata ke leher kita! Maka, mereka harus membayar setiap titik darah kita yang tumpah!" - Putera Zulkarnain Shah Indera - Putera Zulkarnain kembali ke Inderagana dengan niat melunas dendam dan melepaskan haknya ke atas takhta. Setelah itu, dia ingin bebas menentukan hidupnya sendiri. Namun, satu demi satu rahsia terbongkar, mendedahkan negerinya lebih tenat dari yang sangka. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak sebagai putera raja Inderagana, atau dia akan kehilangan segala-galanya. •❅───✧❅✦❅✧───❅• Update setiap hari Jumaat!
Rise of The Emperor [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 152,878
  • WpVote
    Votes 14,777
  • WpPart
    Parts 188
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri dengan kekuatan baru untuk membalas dendam. Berita kekejamannya tersebar ke semua clan beast sehingga dia digelar, The Reaper. Dan suatu hari, beast separuh manusia yang terkenal dengan kekejamannya itu dipertemukan dengan seorang budak manusia. Haraki: "Apa seekor beast buat, membela seorang manusia?" Momo, seorang budak misteri yang tidak diketahui asal-usulnya itu dipelihara oleh seekor beast. Momo: "Terima kasih pak cik!" Haraki: "Jangan panggil aku pak cik." Momo:"..... Mak cik?" Haraki: "..... Panggil aku Aki." Haraki yang pada asalnya ingin menjadikan manusia itu sebagai juadahnya tiba-tiba membuat keputusan untuk mengambil alih, membela budak tersebut???? Haraki beberapa bulan kemudian: "Jangan berani-berani sentuh anak aku!"
THE DEFECTIVE by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 43,391
  • WpVote
    Votes 467
  • WpPart
    Parts 34
*Ini adalah karya Defective versi baru! Sinopsis: Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan.
Mr.Cruel (Unedited) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,653,999
  • WpVote
    Votes 110,338
  • WpPart
    Parts 179
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 211,833
  • WpVote
    Votes 19,672
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||