。⁠*゚
123 historias
DIKOTOMI (COMPLETED) por Castaneadele
Castaneadele
  • WpView
    Lecturas 3,260
  • WpVote
    Votos 363
  • WpPart
    Partes 55
"Jangan berkawan dengan aku. Aku tak nak berkawan dengan kau. Sebab aku penagih!" -TALITA IZUNA "Kenapa? Penagih bukan manusia? Penagih tak boleh ada kawan yang normal?" -SYED LUQMAN IZHAN- Lumrah seorang Izhan, keras kepalanya lebih keras daripada sebutir berlian. Persetankan siapa Izuna yang sebenarnya! Izhan degil untuk mengikut kata hatinya. Baginya, kehadiran dia di dalam hidup Izuna akan mengubah nasib wanita itu. Dia nekad untuk menarik Izuna keluar daripada dunia gelap itu! Walaupun berkali-kali Izuna memberi amaran keras terhadap Izhan, lelaki itu tetap juga tak mahu dengar. Sampah masyarakat seperti dia layakkah untuk bersama lelaki yang baik seperti Izhan? Bagi Izuna pula, dia hanyalah satu pengaruh buruk untuk lelaki itu. "Tak mungkin lelaki baik macam dia tu sukakan penagih macam kau! Level dia bukan kaulah, Una! Sedar diri tu sikit! Lambat laun nanti, dia akan buang kau juga!" "Let her go, Izhan. She's not the one. You have to accept that." "At this point, you're not just crazy. You're a straight-up maniac!" Di saat semuanya menentang mereka, lelaki itu tetap teguh untuk menyelamatkan Izuna daripada kegelapan. Walau apapun risiko dan cabaran yang dia bakal hadapi, dia rela demi gadis yang dia cintai. Kerana... "A man can even turn into a fiend when it comes to the one he loves." -SYED LUQMAN IZHAN. Namun... ia tidak semudah yang dia sangka. "Aku tahu kau sebenarnya nak buang aku... Kau dah bosan dengan aku... Kau kejam.. Aku benci kau sampai bila-bila!" -TALITA IZUNA Mampukah Izhan mengharungi jalan yang penuh onak duri dan lika-liku ini demi menyelamatkan Izuna? Atau haruskah... dia berputus asa dan meninggalkan sahaja satu-satunya gadis yang dicintainya itu?
Tenangmu, Menemukan Aku | SU por Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Lecturas 18,032
  • WpVote
    Votos 1,775
  • WpPart
    Partes 71
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Dr. Irina Safwah dihantar bertugas ke Kem Iskandar selepas kehilangan sahabat baik dalam kemalangan tragis. Dalam diam, dia membawa luka yang tak kelihatan, insomnia, rasa bersalah, dan hati yang belum sembuh. Kapten Zulfaqar Rauf Al-Fateh, ketua anggota GGK, hidup dengan penuh disiplin, amanah dan fokus. Baginya, tanggungjawab lebih utama daripada rasa. Dalam dunia berbeza, mereka bertemu. Di antara medan latihan dan ruang rawatan, dua jiwa belajar menyembuhkan, bukan dengan kata, tetapi dengan kehadiran yang jujur. Kerana kadang, tenang seseorang itulah yang menemukan semula diri kita. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 31st July 2025 End;
Teman Istimewa | Complete por nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Lecturas 101,815
  • WpVote
    Votos 1,664
  • WpPart
    Partes 11
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
6.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL 2 [COMPLETED] por Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Lecturas 443,387
  • WpVote
    Votos 29,593
  • WpPart
    Partes 33
Start : 10/5/25 End : 26/11/25
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] por Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Lecturas 1,144,213
  • WpVote
    Votos 49,801
  • WpPart
    Partes 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
MR PRINCE'S PRISONER [complete] por Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Lecturas 746,186
  • WpVote
    Votos 34,656
  • WpPart
    Partes 76
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ingatkan berkahwin dengan lelaki yang di cintai, diri nya boleh hidup bahagia. Rupa-rupa nya semua itu bukanlah seindah yang di sangka bila si suami berkahwin lagi dan dia diceraikan saat si suami melafazkan akad dengan wanita lain. Dapat pulak ibu mertua mulut puaka, lagi la bertambah rasa pedih di dada. Setahun bergelar janda, bekas suami berubah menjadi gila talak. Tapi Najeeha bukan lah perempuan lemah yang akan mudah untuk di pujuk rayu semula. Biarpun dia orang susah, tapi dia ada harga diri. Apa Adam ingat dia kain buruk? Bila masih cantik, pakai, bila dah buruk buang? Dia satu-satu nya anak kampung wanita muda pertama yang menjadi nelayan. Jadi jangan pandang rendah pada kaum wanita. Dia harus akur dengan takdir hidup nya. Dia masih ada nenek dan adik yang perlu di suap mulut mereka. Hidup Najeeha berubah 180 darjah ketika dia sedang menangkap ikan di tengah laut, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di atas sebuah kapal. "May nakakakita sa atin na pumatay ng kriminal kanina, Kim" - Han "Tangkap dia! Huwag mo siyang palayain" - Mr Prince Berjayakah Najeeha melarikan diri? Di saat dia cuba menghidupkan enjin bot, enjin bot pula mati. Geng penyamun pula sudah berdesup-desup terjun ke dalam bot kecil mahu mengejar nya. Dan Najeeha terus menjadi tawanan dalam kapal besar itu selama 14 hari lamanya. "Ni bukan tempat saya! Lepaskan saya!" - Najeeha "Kau akan jadi tawanan aku selama-lamanya" - Mr Prince "Kenapa awak kejam sangat?" - Najeeha "Dahil Mahal Kita, Jeeha.. " - Mr Prince Pertemuan ini telah membibitkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Mr Prince, putera raja Kepulauan Kristal. Benarkah wujud nya Kepulauan Kristal? Yang di perintah oleh seorang Raja yang tidak pernah di ketahui pun kewujudan nya? ▶️Karya adalah 100% idea asal penulis sendiri Mi_Amethyst
[C] Sis Bro Pilihanku! por yuyuliora
yuyuliora
  • WpView
    Lecturas 3,368
  • WpVote
    Votos 334
  • WpPart
    Partes 82
[COMPLETE] Qayra seorang gadis tomboy yang selesa dengan dunianya sendiri. Baginya, cinta hanyalah dongeng yang sering memperbodohkan manusia. Dia tidak percaya pada janji manis, apatah lagi lelaki yang hanya tahu bermain kata. Namun, kepercayaannya mula diuji apabila dia dipertemukan dengan kehadiran Hazeeq, seorang lelaki yang penuh dengan keyakinan dan pesona. Perkenalan mereka bermula dengan salah faham, namun tanpa sedar, Hazeeq semakin tertarik dengan keunikan Qayra. Dalam kebencian yang semakin membara, tanpa sedar wujud sesuatu yang sukar untuk mereka nafikan. Ego dan prinsip masing-masing menghalang, tetapi hati tetap berdegil untuk berbicara dalam bahasa yang mereka sendiri takut untuk akui. Hubungan mereka tidak semudah yang disangka. Rahsia masa lalu dan keluarga menghalang mereka daripada menyatukan perasaan. Mampukah mereka melawan takdir dan memperjuangkan perasaan yang semakin berakar dalam hati? Atau adakah takdir sudah menentukan mereka bukan untuk bersama? Start : 5 May 2024 Finish : 25 July 2025
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C por missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Lecturas 203,520
  • WpVote
    Votos 13,127
  • WpPart
    Partes 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
Rejuvenate Love [C] por EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Lecturas 125,451
  • WpVote
    Votos 3,961
  • WpPart
    Partes 61
[THERES A LOT OF ERRORS IN HERE, SORRY IN ADVANCE] SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.
SENDIRI [ BY F] [COMPLETE] por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Lecturas 42,092
  • WpVote
    Votos 2,497
  • WpPart
    Partes 28
Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia