NurAfrinaAlya1's Reading List
6 stories
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 276,741
  • WpVote
    Votes 10,818
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
Pengawas Senior Dingin (EDITING) by Liyarachi_
Liyarachi_
  • WpView
    Reads 70,292
  • WpVote
    Votes 3,196
  • WpPart
    Parts 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingginya yang menjadi tinggi ideal para wanita dan muka serta rambutnya yang terletak cantik membuatkan ramai wanita tertarik akan kecantikannya. Gelaran sebagai ketua pengawas sekolah disandang kerana sifatnya yang berdedikasi serta bertanggungjawab membuatkan lagi dirinya terserlah. "Pakcik ni memang dak gheti nak senyum ka? Ketat semacam dah macam muka kena gam."-Yana Yana atau nama penuhnya Nur illya illiayana. Mukanya biasa sahaja asal dari Kedah. Slangnya bercampur dengan slang Kuala Lumpur kerana bercampur dengan kawan-kawan disekolah yang kebanyakannya daripada bandar tetapi perwatakannya yang baik serta tutur kata yang sopan membuatkan orang ramai senang dengannya. Wasiat arwah ayah Yana telah dibongkarkan apabila kawan kenalan lama umi dan ayahnya kembali semula. Beritanya membuatkan Yana terkejut. Pertunangan diawal waktu persekolahan? Rumus Fizik pun masih tergagap-gagap dihafal inikan pula bertunang? Nasib sahaja bertunang kalau berkahwin? Mati-mati! Lagi mati apabila orang dijodohkan dengannya merupakan senior disekolahnya sendiri. Macam mana nak bergurau kalau seniornya pun muka ketat semacam. "Agak-agaknya kalau aku buat lawak dia ketawa tak?"- Yana Haih nasib badan dapat bakal imam yang sebegitu. Apalah kesudahan yang akan dia hadapi? Mampukah dia membuatkan tunangnya ketawa? Gurau je....EHEHEHHE 🤜🏻100% idea from my🧠 🤜🏻Jangan Memplagiat! 🤜🏻Sila abaikan segala ketypopan ♡This is my first book hope you guys like it. ♡Please vote and comment✌🏻 ♡Sorry for the penggunaan bahasa ♡Cover book khas dri @mijunkyeo
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,477,627
  • WpVote
    Votes 332,372
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,256,123
  • WpVote
    Votes 40,143
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo