viepixxa
- LECTURAS 174,261
- Votos 756
- Partes 1
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA
Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya.
Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama.
"Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA
"Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL
Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja.
"Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL
Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka?
"Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku."
DILARANG PLAGIAT!
All Rights Reserved © viepixxa