taramisya2769's Reading List
68 story
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) ni Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    MGA BUMASA 489,230
  • WpVote
    Mga Boto 13,056
  • WpPart
    Mga Parte 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
[C] Bodyguard's Girl ni Izezrien
Izezrien
  • WpView
    MGA BUMASA 283,562
  • WpVote
    Mga Boto 20,327
  • WpPart
    Mga Parte 52
(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1 on Hacker (25 August 2021) #1 on Romanceaction (4 September 2021) #1 on Bodyguard (3 October 2021) #1 on Comedy (13 February 2022) MOST IMPRESSIVE RANKING🏆 #1 on Story #1 on Psycho #1 on Comedy Perempuan jadi bodyguard? Wujud ke? Ya wujud. Tapi hanya di dunia oren. Tak tahu la kalau reality pun ada aku tak ambil tahu. "What! Perempuan? Apa ni! Kenapa bukan lelaki!" - Radzif Zayden "Papa kau yang bayar aku bukan kau." - Zameera Razia - Cinta Tak Semestinya Dimiliki - Sewaktu berumur 14 tahun, Zameera Razia diculik dan dijaga oleh seorang lelaki bernama Zeke, berkelahiran Itali dan seorang ketua mafia. Zameera dijaga di itali selama 11 tahun. Zameera didera, dicaci dan dihukum sehinggalah beliau berumur 25 tahun dia diberikan kebebasan oleh Zeke. Beliau berpindah ke Malaysia atas alasan mahu berdikari sehingga hari kenaikan pangkatnya pada umur 26 tahun. Zameera mengambil kerja sambilan iaitu Bodyguard apabila dia menetap di Malaysia. Namun ada perkara yang tidak dijangka berlaku apabila anak majikannya, Radzif Zayden jatuh cinta padanya. Mahu tahu lebih lanjut? Bacalah takkan nak kena tunjuk demo pulak. Setiap vote anda, memberi banyak manfaat kepada saya. Amalkan vote selepas membaca, terima kasih kerana sudi membaca Bodyguard's Girl. Start : 22/2/2021 End : 7/7/2021 AMARAN❗ 🚫NO PLAGIARISM🚫 ©Hak Cipta Terpelihara
Bodyguard Seumur Hidup ni cikwawabahar07
cikwawabahar07
  • WpView
    MGA BUMASA 116,913
  • WpVote
    Mga Boto 5,560
  • WpPart
    Mga Parte 51
DAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Nak dijadikan cerita, disebabkan wajah yang cantik menawan hati mak-mak mertua di Malaysia dan ketebalan dompet yang meruntun hati para teruna bermata duitan, Damia jadi sasaran cinta palsu manusia. Demi menjaga keselamatan dan hati Damia dari dikecewakan, Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia nekad mengupah seorang pengawal peribadi untuk gadis itu. RIAN AFLIQ. Lelaki yang dipertanggungjawabkan menjaga Damia. Berasal dari keluarga yang biasa-biasa namun ada rahsia yang bukan biasa-biasa yang disembunyikannya. EDWARD. Nah... Cuma watak antagonis yang muncul memeriahkan cerita. Antara sepuluh pewaris harta keluarga terkaya di Malaysia. Handsome. Rambut blonde. Mata biru. Gentle tapi... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Damia dan Rian? Memang bukan gandingan yang baik. Kalau bergaduh, langit runtuh pun belum tentu nak berhenti bergaduh. Damia dengan rancangan gilanya, nak singkirkan Rian. Tapi iyalah kan... Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Achewaque! "Saya nak awak berhenti kerja." - DAMIA "Silap-silap awak yang merayu cakap 'Rian... Saya nak awak jadi bodyguard seumur hidup saya!' Hahaha!" - RIAN "And you will be?" - EDWARD "Mrs. Edward forever! Eh?" - DAMIA "You will. One fine day." - EDWARD Jangan risau semua. Ini kisah happy ending. Achewaque! Ikhlas dari author senget, Selamat membaca! Start : 2019 End : 2021
Im His Doll (Og) ni myrahnii_
myrahnii_
  • WpView
    MGA BUMASA 7,380
  • WpVote
    Mga Boto 228
  • WpPart
    Mga Parte 13
"Kan aku dah larang kau main alat musik ni! Yang kau degil sangat nak main kenapa ha! Kau pikir kau ada bakat ke main ni semua!" - Datin Zara "Sekali lagi kau main benda ni siap kau aku kerja kan! Kau faham tak!" - Dato Neuro "Ibu Ara rindu ibu. Kenapa semua orang jahat dengan Ara." -Ara Bella ... Tak semua orang jahat dengan kau my flowers. Kau kena ingat. Im always with you flowers. "Jadi milik aku dan aku janji aku akan bahagiakan kau selama-lamanya Bella. Be mine." - Aldrich Lysandra "Siapa perempuan yang abang selalu panggil flowers tu?" - Amaya Lysandra "Saya tak nak. Awak paksa saya macam mana pun saya tetap tak nak Aldrich." - Ara Bella WHAT MINE IS MINE. The obsession Aldrich...
The Cry Flowers  ni myrahnii_
myrahnii_
  • WpView
    MGA BUMASA 19
  • WpVote
    Mga Boto 0
  • WpPart
    Mga Parte 3
"Kenapa awak curang dengan saya Zarul?! Ape lagi yang awak tak puas hati dengan saya ni?!" - Aisya Zahara "Kenapa aku curang dengan kau? Sebab aku tak cukup puas dengan kau la aku curang!" - Zarul ... "Kamu bila nak khawin? Kamu nak tunggu mama mati dulu ke baru nak cari menantu?" - Puan Zara "Ye ma, nanti Khalid cari." - Aryan Khalid "Cepat sikit cari menantu mama sebelum mama yang cari kan kamu." - Puan Zara ... "Jangan disebabkan cinta kau sanggup hidup macam ni Aisya." - Raihana Sofia "Takpe la aku oke." - Aisya Zahara ... "Kenapa muka dengan tangan kau lebam macam tu? Sape buat kau?" - Aryan Khalid "Aisya kau tau tak aku risau kan kau?" - Aryan Khalid ... "Aisya Zahara. Khawin dengan aku, aku janji aku akan obat semua luka yang ada di hati kau." - Aryan Khalid "Aku masih cinta kan Zarul." - Aisya Zahara "Mamat tak guna tu tak layak untuk kau." - Aryan Khalid ... The Cry Flowers 🥀 ⚠️JANGAN TIRU AKSI INI DALAM RL ⚠️JANGAN COPY CERITA INI❗️ ⚠️MENGANDUNGI KATA-KATA KASAR ⚠️MENGANDUNGI PERBUATAN BERBAHAYA❗️ Kalau tak suka jangan baca and please jangan kutuk Author‼️ KALAU ADA KESAMAAN DALAM CERITA NI ITU TIDAK DISENGAJA KAN‼️ Hope you guys enjoy.
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] ni Estellesses
Estellesses
  • WpView
    MGA BUMASA 493,802
  • WpVote
    Mga Boto 3,675
  • WpPart
    Mga Parte 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?
C | MRS.HAIZEL HANS  ni wanieyyaz
wanieyyaz
  • WpView
    MGA BUMASA 377,689
  • WpVote
    Mga Boto 13,474
  • WpPart
    Mga Parte 76
【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama kenapa Haizel menjadi obses terhadap gadis pujaannya . "Terima kasih encik sebab tolong saya tadi" - HANNISYA SAFFIYA . Don't call me encik . I'm Haizel Hans . Call me Haizel" - HAIZEL HANS Semakin hari semakin rapat hubungannya dengan gadis pujaan sehinggalah mereka mereka menjalinkan hubungan yang halal . Namun , pelangi tidak selamanya indah . Ada maksud disebaliknya kadang kala . Satu rahsia telah terbongkar dan menyebabkan Hannisya menjadi bingung , siapakah sebenarnya suami dia ? ============ ❤ ============== aip aip jangan tiru . tiru nanti dosa ooo 🤨☝🏻. END : 20 OCTOBER 2024 ⚠️ pergunaan kata-kata yang kasar ⚠️ badromance ⚠️ clingy alert ⚠️ second story ⚠️ wanieyyaz
Dia Milikku. ni Haniylova
Haniylova
  • WpView
    MGA BUMASA 20,697
  • WpVote
    Mga Boto 75
  • WpPart
    Mga Parte 3
Dahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda tercinta mematikan hatinya akan percintaan. Cinta dia turut mati selepas kepergian ayahanda tercinta. Hilang perasaan untuk bercinta kerana alasan ayahanda takkan ada jika hari bahagia dia tiba. Pendirian dia berbeza dengan gadis di luar sana yang mana rata-rata menginginkan sebuah perkahwinan yang romantis. Dahlia yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga membuatkan dia berani bertindak sendirian tanpa peneman. Dorongan keluarga yang sentiasa menemani Dahlia. Dahlia yang berpegang kepada prinsip hidupnya, berdikari tanpa bantuan seseorang peneman. Muncul pula seorang jejaka yang setia menanti. Asyraf Aaryan jejaka idaman gadis mencuba nasib mengetuk pintu hati Dahlia Erina. Jurang mereka terlampau jauh berbeza. Dunia mereka berbeza. Mana mungkin boleh bersatu. "I'm not perfect." - Dahlia Erina "I don't want a perfect wife, I just need you, darling." - Asyraf Aaryan. Asyraf dengan keyakinan yang tinggi inginkan cinta Dahlia. Dahlia yang masih berbelah bahagi dengan perasaan sendiri. Antara prinsip atau cinta yang baru berputik di lubuk hati. Kemunculan semula si cinta yang penyembuh luka lama diekori dengan kemunculan si pembuat luka yang cuba menghantui hidup Dahlia kembali. "Oh, yeah, you're still the same Erina as I know. Don't like physical touch. Always be faithful with your religion." - Kim. "Dahlia, I akan cuba tebus kesalahan I." - Shahir. Takdir menyatukan Dahlia dengan sang pemilik hatinya. Namun kisah mereka belum berakhir. Ada mata yang memerhati kebahagiaan mereka dengan hasrat dendam akan penyatuan cinta suci mereka. Setiap kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Sejauh manakah pengorbanan mereka apabila perlu melibatkan nyawa untuk meraih kebahagiaan?
𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBIT ni syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    MGA BUMASA 125,822
  • WpVote
    Mga Boto 2,947
  • WpPart
    Mga Parte 16
‼️this story is CRINGE, WEIRDO, CHILDISH [Ayat tak berapa nak matang kerana ditulis ketika saya berumur mentah.] ADRIAN NAVRIEL - Jejaka kacak yang dikenali di universiti. Saat kakinya dijejak ke dalam kawasan universiti itu, kedengaran jeritan daripada gadis-gadis yang menjadi peminatnya. Namun, watak Adrian yang beku dan tidak mengambil peduli tentang orang lain menyukarkan mereka untuk mendekati lelaki itu apatah lagi untuk menjadi teman wanita. Tambahan pula, Adrian ialah seorang kaki buli! AMELIA CLARISSA - Seorang gadis kecil yang bijak dalam bidang matematik dan sains tulen. Dirinya sering dibuli dan dihina kerana mempunyai rupa paras yang hodoh. Saat dia jejakkan kaki ke universiti, pasti ada saja makian dan cacian yang dikenakan ke atas dirinya. Tetapi Amelia ialah seorang yang kuat dan berani melawan mereka yang membulinya. Dia cuma tiada rupa, bukanlah tiada hati! Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi mangsa buli Adrian Navriel. Dia dibuli dengan kejam oleh lelaki itu. Sudahlah sombong, berhati beku, malah tiada hati perut pula! Lama-kelamaan, perasaan cinta Adrian kepada Amelia mula berputik di mana Amelia telah menyedarkan dirinya dan mengubah dirinya menjadi lebih baik. Namun, ujian demi ujian mendatang. Rintangan demi rintangan yang hadir, meruntuhkan mahligai mereka yang sudah bahagia. "Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak hanyalah perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!" "Baiklah. Jangan awak cari saya lagi, Ad. Saya janji dengan awak. Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu tentang kematian saya." ADRIAN NAVRIEL AMELIA CLARISSA ALL RIGHTS RESERVED @syirahnees_ #1 - enemiestolovers ⚠️ karya berdasarkan imaginasi dan jalan cerita rekaan saya sendiri, tidak meniru dari mana-mana pihak ⚠️ cliche story sbb author x sebijak setinggi menara klcc ⚠️ kau copy, kau bangang