naazeryna's Reading List
2 histoires
April Qasturi par delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    LECTURES 14,534
  • WpVote
    Votes 1,433
  • WpPart
    Chapitres 22
BACAAN AWAL SAHAJA PHANTOM SERIES I Di gelanggang, Indera Qasturi ialah Rajawali yang dingin dan mustahil ditewaskan. Namun di luar sana, dia berperang dengan sesuatu yang jauh lebih berbahaya daripada lawan di hujung raket. April, wanita misteri dengan sejarah kelam, kini bersembunyi di belakang Zane Aoki sebagai mata-mata rahsia. Dia bukan sekadar bayang-bayang, tetapi senjata paling berharga dalam permainan penuh tipu daya itu. Berbekalkan identiti palsu sebagai salah seorang yang setia, April menyelinap masuk ke dunia Qasturi untuk menyiasat, mencungkil maklumat. Dan jika perlu, dia hancurkan. Semakin lama, semakin Qasturi tertarik kepada keberanian dan topeng yang dipakai oleh wanita itu. Hingga di satu tahap, dia bertekad untuk merampas April daripada Zane, meski seluruh dunia menentangnya. Namun, tanpa mereka sedari, darah masa lalu sudah pun terikat di antara mereka. Rahsia yang dikunci terlalu lama sedang menunggu untuk menghancurkan atau menyatukan hati yang selama ini berperang. Kerana April bukan hadiah. Dia medan perang itu sendiri. 'The closer you are to the truth, the more dangerous your heart becomes.' Genres: Sport romance, psychological thriller Troupes: Rival-to-lovers, love triangle, hidden past, past and present collision, identity crisis. Start : 01/06/2020 End : 2026
[SLOW UPDATE] Love, Denied par delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    LECTURES 28,076
  • WpVote
    Votes 3,241
  • WpPart
    Chapitres 11
BLACK ANGEL SERIES III Raja Luqman dibesarkan dengan satu prinsip: jaga keluarga, walau apa pun harganya. Apabila maruah adiknya diragut dan kebenaran dibiarkan mati, dendam menjadi satu-satunya bahasa yang dia faham. Haniza Lifura pula terperangkap dalam kesilapan yang tidak sepenuhnya dia inginkan, namun tetap perlu dibayar mahal. Perkahwinan mereka bukan tentang cinta. Ia perjanjian. Ia hukuman. Apa yang bermula sebagai usaha menyelamatkan nama dan membalas luka silam, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih berbahaya-perasaan yang disangkal, emosi yang dipendam, dan kesetiaan yang diuji. Kerana dalam permainan dendam, yang paling mudah hancur bukan musuh, tetapi hati yang terlalu lama dinafikan. Genre: Dark Romance · Melodrama · Tragedy Romance Trope: Revenge Marriage · Marriage of Convenience · Morally Grey Hero · Love Realised Too Late Start : 21st June 2020 End : -