Ainaaa_S
"Lampu kilat dunia kau terlalu terang, Mika. Dia tak indahkan hidup aku... dia cuma membakar seluruh ketenangan dunia bayang-bayang aku."
Bagi Nur Imanina, menjadi invisible atau tidak wujud di mata dunia adalah sebuah zon selamat. Trauma ditolak oleh keluarga dan kegagalan masa lalu membuatkan dia membina tembok pertahanan yang sangat tinggi. Dia hanya mahu menghabiskan sisa semesternya di kampus sebagai sebutir debu yang dilupakan.
Namun, tembok pertahanan yang dibinanya runtuh dalam masa dua jam apabila Zayyan Mikael-superstar negara yang dikenali sebagai 'Mika' daripada kumpulan LUMINOUS-memilih untuk melarikan diri daripada lautan peminat dan duduk di sebelahnya di barisan paling belakang dewan kuliah.
Zayyan yang rimas dengan kepalsuan dirinya dalam industri hiburan dan berada dalam kilauan lampu flashlight palsu, menemui sebuah perlindungan yang paling tulen pada kebisuan Iman. Di mata dunia, Zayyan adalah bintang yang bersinar. Tapi di mata Zayyan, Iman adalah satu-satunya cahaya yang benar-benar wujud.
Apabila dua dunia yang bertentangan ini dipaksa bersilang, rahsia yang disimpan mula retak. Kilauan lampu dunia Zayyan mula memburu dan membakar hidup Iman sehingga mencetuskan skandal terbesar yang terbongkar di seluruh negara.
Sanggupkah Zayyan memadamkan seluruh kilauan bintangnya dan melepaskan gelaran 'Mika' demi hidup tenang di dalam gelap bersama gadis bayang-bayang itu? Dan mampukah Iman mengumpul keberanian untuk berhenti melarikan diri, keluar ke arah cahaya, dan berdiri tanpa sembunyi demi sebuah cinta sejati?
Sebuah kisah tentang pengorbanan, penyembuhan luka lama, dan fasa rumahtangga yang manis dan bahagia-sebuah cinta yang utuh tanpa memerlukan sebarang flashlight dunia luar.
"Aku tak perlukan kau jadi sempurna untuk dunia aku, Iman. Aku cuma nak kau jadi diri kau. Sebab dalam dunia aku yang penuh kepura-puraan ni, kau seorang saja yang memandang aku sebagai manusia biasa." - Zayyan Mikael.