Malay Romance
155 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunisabiha
aunisabiha
  • WpView
    Reads 2,757,916
  • WpVote
    Votes 139,857
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa . Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia suka menjauh ? Apa yang disimpan oleh dirinya itu sehingga sukar untuk menikmati indahnya dunia ? Sebegitu keras tangkai hatinya untuk membuka bicara dan menyatakan rasa buat semua di sekelilingnya . Tetapi , kenapa ? " Kau jiwa aku . " - Isyraf Nazran . Satu ucapan itu , lantas terlahir daripada dirinya . Bagaimana dirinya yang beku , dingin dan sejuk itu mampu cair begitu sahaja ? Cair di dalam dakapan gadis itu secara tiba - tiba ? ----- Bandana Headband yang sering tersarung indah di dahinya itu menjadi simbolik bagi seorang Isyraf Nazran . Walaupun begitu, adakah kisah hidup lelaki ini , sama indahnya dengan Bandana Headband yang sentiasa terhias di dahinya itu ? Adakah kehidupan dunia remaja dan cinta remajanya pada usia muda ini , akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya bersama seorang Ilya Nasuha ? " Suka Isy atau Tuan Naz ? " - Isyraf Nazran . " Isy . " - Ilya Nasuha . Adakah benar cinta sejati mampu mencantumkan dua hati yang telah lama berpisah , menjadi satu semula dengan sebuah ikatan perkahwinan ? Cinta remaja pastikah akan kekal hingga ke akhirnya ? Kekal hingga mereka tua ? Bila kedinginan mula mengawal dan bermaharaja lela di dalam hati dan organ lelaki dingin ini , mampukah cinta wujud di dalam hati kosong miliknya ? Tetaplah percaya , kerana Dia Si Pembeku Cinta .
Akhir Yang Terlewat [C] by ryneviera
ryneviera
  • WpView
    Reads 87,569
  • WpVote
    Votes 2,376
  • WpPart
    Parts 55
Nur Alice seorang pereka fesyen muda yang dipaksa berkahwin dengan Ethan Farhan, lelaki dingin yang masih terperangkap dalam bayangan kekasih lamanya, Isabella Lyana. Dalam usaha untuk mencipta kebahagiaan dalam perkahwinan tanpa cinta, Alice menghadapi pengkhianatan, keangkuhan dan luka yang ditinggalkan oleh masa lalu Ethan. Namun, di antara rasa sakit itu, kehadiran Isabella yang manipulatif terus menguji kesetiaan dan harapan mereka. Adakah cinta yang tak pernah wujud ini akan membawa penyembuhan atau hanya menjadi luka terakhir yang menghancurkan mereka berdua? Start : 13/12/24 End : 7/2/25
DAYYAN'S LOVER [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 815,909
  • WpVote
    Votes 22,973
  • WpPart
    Parts 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya memberi nasihat untuk berubah. Tapi, hanya dibiarkan seperti angin lalu. Dia menjadi seperti itu hanya kerana perempuan yang dicintai mengkhianatinya. Dhia Marwa. Sama cantik seperti namanya. Seorang yang lemah lembut tapi, ada tegasnya. Seorang yang sopan tapi, ada garangnya. Menaruh perasaan pada kawan abangnya. Sampai lah satu hari, Dhia dengan berani meluahkan perasaannya pada Dayyan tetapi ditolak secara mentah. Tapi, disebabkan satu kejadian. Telah merubah hidup Dayyan dan Dhia. Dayyan tidak lagi menjadi dirinya yang dahulu. Dhia pula telah menghilangkan diri sampai membuatkan diri Dayyan tertanya-tanya. Bila semua kejadian 4 tahun lepas telah terbongkar. Dayyan cuba mencari keberadaan Dhia. Sehingga lah mereka bertemu kembali di majlis perkahwinan abang sulung Dhia. Adakah pertemuan kali ini akan menyatukan mereka? Adakah mereka akan menjalinkan kasih, cinta dan sayang? Adakah hubungan mereka akan sentiasa harmoni tanpa adanya gangguan dari orang ketiga? Start : 25/02/2023 End : 29/05/2023
HANUM (ON HIATUS)  by UnaMyraa
UnaMyraa
  • WpView
    Reads 80,213
  • WpVote
    Votes 5,728
  • WpPart
    Parts 72
HANUM WARDHA × ARYAN DANISH Hidup dicurahi dengan wang. Apa yang diminta boleh didapati dengan petikan jari. Mewahnya lagak sang putri. Namun dia tidak pernah sesekali pun meminta apa apa. Berharap apa apa. Menjadi anak angkat dalam keluarga kaya raya membuat dia rasa bersyukur dan pada masa yang sama dia menyesal. Bersyukur pada awalnya, menyesal pada kemudian hari. Indah khabar daripada rupa. Dia tertipu dengan angan angan yang dinanti. Keluarga bahagia. Namun lebih tepat disebut kesengsaraan. Kisah gelap yang ditutupi di balik pagar gah dan mewah itu tidak akan terungkap. Rumah agam itu bagai sangkar kecil yang mengurungnya di dalam. Pembelajaran tinggi tidak membawanya kemana apabila dia tidak dibenarkan bekerja mahupun keluar daripada rumah. Hidup dikongkong sentiasa tanpa kebebasan. "I have to be a good girl" Sebaris kata yang dipegang teguh selama 20 tahun. Menjadi satu kalimat yang diulang ulang untuk terus bertahan di dalam rumah itu. Segalanya berubah dengan satu keputusan daripada bapanya. Iaitu dia akan dikahwinkan dengan seorang pelumba MotoGP Malaysia. Tidak menolak ataupun membantah kerana dia tahu tiada gunanya. Namun apabila mengetahui siapakah bakal suaminya terus dia mahu menolak perkahwinan itu. Lari. Itu keputusan dia. Mana tidaknya apabila perlu berkahwin dengan musuhnya 11 tahun lepas? Aryan Danish, nama yang tidak ingin diingati mahupun disebut. Namun takdir berkata lain apabila akhirnya dia dikahwinkan jua dan terpaksa hidup bersama sang jejaka. Tetapi si lelaki sudah berubah. Tidak seperti dahulu. Setiap aksinya meninggalkan debaran jantung yang tidak keruan. Sehingga dia akhirnya berharap kepada lelaki itu. Mungkin dia boleh membawa ku kepada kebahagian? Tanpa mengetahui pendustaan yang berlangsung saban tahun meninggalkan diriku di ambang ambang kemusnahaan. Semuanya berubah setelah itu.
Dia Yang Terakhir by n1n1ey
n1n1ey
  • WpView
    Reads 86,957
  • WpVote
    Votes 1,951
  • WpPart
    Parts 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak dilayan pada awalnya.Tetapi, lama -kelamaan hubungan mereka semakin baik dan rapat. "Awak sayang saya?"-Nini Erleesa "Aku sayang kau, Nini."-Edean Nadhif Tetapi,demi masa depan mereka terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing.Setelah lapan tahun,mereka ditemukan kembali di hari pernikahan Edean Nadhif bersama seorang wanita.Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Nini terpaksa menggantikan tempat pengantin perempuan. Kejutan besar bagi seorang Edean Nadhif namun demi maruah keluarganya, dengan hati yang tidak rela dia teruskan pernikahan tersebut. Mampukah lelaki itu menerima seseorang yang dulunya menjadi sahabat sebagai seorang isteri?Mampukah Nini membahagiakan jejaka yang dia amat cintai sejak dulu? Mampukah hubungan mereka kekal hingga akhir hayat mereka? Bagaimana pula dengan keadaan wanita yang Edean ingin nikahi dulu?
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI by psychonagi
psychonagi
  • WpView
    Reads 190,295
  • WpVote
    Votes 4,935
  • WpPart
    Parts 68
※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi menyukai ajnabi itu fitrah bagi setiap makhluk. Dan dia tidak terkecuali. Dia akui dia tak mampu menolak takdir itu. Ditakdirkan dia dijodohkn oleh kedua-dua keluarga untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah lama bertakhta di hati dalam diam sejak dari zaman universiti. Namun, adakah perasaan sayang dan cinta wujud dalam diri lelaki itu? "Saya suka awak dari dulu lagi, Dariel." -- Tengku Haura Imani "Macam ni lah Haura, saya ni langsung takde perasaan apa-apapun dekat awak. Saya kenal awak pun tak. Saya terima awak sebagai isteri ni pun sebab my mom tak berhnti-henti suruh kahwin." -- Megat Dariel Mikael Haura menyimpan pelbagai perasaan di hati kerana dahagakan kasih sayang seorang suami. "Aku akan buat abang aku sayangkan kau. Cintakan kau. Sepenuh hati dan sampai mati. Aku janji." -- Puteri Daerila Mikayla "Dan Qeef pula akan pura-pura kejar cinta Haura dan buatkan suami Haura cemburu buta sampai tak kasi keluar rumah. Baru dia tercyduk teroks." -- Syed Thaqeef "Dia ada suami. Aku suami dia. Yang kau sibuk sangat nak tolong dia dah kenapa?" -- Megat Dariel Mikael Usahanya mendapatkan cinta suami semakin tiba kemuncak. Ketika mereka mula menyemai cinta dan kasih, cabaran demi cabaran datang merempuh benteng rumahtangga mereka. "Lya sayangkan abang sangat. Lya terpaksa tinggalkan abang dulu. Tapi sekarang, Lya dah balik untuk abang semula." -- Lyana Miller Bagaimana Haura dan Dariel mahu mengekalkan kebahagian keluarga mereka? Akankah kisah cinta mereka berakhir dengan suka atau duka? . . . [Second story] . . Alert! Story ni cliche. (102,040 words)
THAQIF DEVINA #2 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 4,920
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 7
The Megats #2 Megat Thaqif Ishaan x Tengku Devina Irish They have been rivals since they were nine years old, constantly competing in every aspect of their lives. However, fate takes an unexpected turn when they are forced to set aside their differences and collaborate for the sake of their family business. The challenge is not just about navigating their shared responsibilities but also confronting the lingering tension from years of rivalry-one that might just transform into something entirely unexpected. Start: 2 January 2025
Hangat Kasih Mutiara | C by hanihisbiscus
hanihisbiscus
  • WpView
    Reads 199,353
  • WpVote
    Votes 6,176
  • WpPart
    Parts 93
𝐀𝐮𝐟𝐚 𝐅𝐚𝐳𝐫𝐚𝐢𝐧 | 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐚 𝐘𝐚𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 Dansa angan-angan sulaman derita. Harapan bianglala terangi dunia. Kelam tanpa sinar pelita. Tenggelam badai gulungan segara. Apakah benar tiada bahagia? "𝑲𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑵𝒂𝒓𝒂. 𝑲𝒂𝒖 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒖𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖." "𝑴𝒂𝒂𝒇𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂." Seribu daya nafikan semua. Kebenaran jelas terbentang hadapan mata. Sangka dia bebas daripada durjana. Nyata dunia kejam hadiahkan duka. Anyaman lara rayap rapuhnya atma. Titisan permata saksi segala rasa. Bahana bodoh dalam tindakan dia. "𝑨𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒖𝒇𝒂?" "𝑲𝒂𝒖 𝒄𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌, 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉." Ceritera lalu tidak seindah mana. Apatah lagi kini inginkan harsa. Fatamorgana bilamana sekadar ilusi sahaja. Tewas dalam genggaman sang jaka. Hadiah jeritan luka penuh durja. Setelah lumpuh dihentam beribu bala. Bilakah teja itu akan menjelma? "𝑴𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒖 𝑨𝒖𝒇𝒂?" "𝑴𝒂𝒂𝒇𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑵𝒂𝒓𝒂. 𝑴𝒂𝒂𝒇𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈." Lebur cinta menghuni hati. Lahiriah ego memakan diri. Tatkala sedar, sudah lambat untuk diperbaiki. Cinta nyata ada hancur sekelip mata. Dendam dahulu matikan satu atma. Hangat dekapan, gamang pelukan. Tulus aksara, luhur tindakan belahan jiwa. Kenangan pagut sayu, memori pilu. Mana satu bakal jadi pemenang utama, noktah buat kisah antara mereka? Trigger warning: domestic violence, toxic relationship, trauma, depression and more. ⚠️Read at your own risk. START: 20 NOV 2022 END: 6 MAC 2024 All right reserved hanihisbiscus.
[C] | PENAT | by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 269,618
  • WpVote
    Votes 8,590
  • WpPart
    Parts 58
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang pengusaha sebuah syarikat yang bergerak dalam bidang kapal persiaran. Mereka bertemu ketika Tarique Razeen merasmikan pelancaran model terbaru kapal persiaran ciptaan syarikatnya, ketika itu Miyya Medeena sedang mengadakan réunion bersama rakan sekolah menengahnya. Cinta mereka mula berputik di kala itu lalu sebuah ikatan suci mengikat mereka berdua sebagai suami isteri. Melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia selama sebulan dan diterima baik oleh pihak suami namun, bahagia mula melabuhkan tirai ketika fitnah mula ditaburkan oleh seseorang. "I tanya you, kenapa you nak sangat kahwin dengan i?"- Tarique Razeen. "Sebab saya cintakan awak, sayang!"- Miyya Medeena. "don't lie when you have other intentions in your heart!"- Tarique Razeen. Sejak dari hari itu, hubungan mereka menjadi dingin, tak tahu di mana silapnya, hari makin hari pelbagai dugaan yang bertandang. Pelbagai kejutan yang Tarique berikan pada Miyya sehingga akhirnya dia mengalah dan memilih mengundurkan diri bila tahu siapa dalang disebalik semua ini. "Apa salah saya pada Awak Tariq, sampai air untuk saya rendam Maggi pun awak berkira?"- Miyya Medeena. "Pulangkan balik semua duit yang I habiskan untuk perempuan macam you lepas tu lantaklah you nak buat apa pun!"- Tarique Razeen. Bila rahsia yang sebenar terbongkar, Tarique tahu dia sudah terlambat ingin mendapatkan kembali hati si isteri yang kian kosong dan mula damai dengan takdirnya. Bagaimanakah dia mendapatkan kembali si isteri yang sudah mati rasa padanya disebabkan keegoannya? Dapatkah dia ambil kembali hati itu?. PENAT akan menceritakan jalan ceritanya, selamat membaca dan jangan lupa like dan komen ya?. Start-?. End-?. 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹