SOLDIER (TENTERA DARAT)
101 stories
Luka Tanpa Wajah [OG] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 17,531
  • WpVote
    Votes 2,058
  • WpPart
    Parts 59
Sejak kecil, Arash Mikhael sudah terbiasa melihat ayahnya menyarung uniform hijau tentera, yang menyalakan semangat dalam dirinya. Melihat ayahnya berjuang demi negara membuatkan Arash ingin menjejak langkah yang sama, membuktikan bahawa darah seorang wira juga mengalir didalam dirinya. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Disiplin yang keras, latihan yang memeritkan, dan tekanan untuk menjadi setanding ayahnya menjadikan hidup Arash penuh luka yang tidak terlihat. Tapi di sebalik semua itu, ada satu jiwa yang sentiasa menenangkan hatinya. Izzara Safia, gadis yang dikenali sejak kecil dan menjadi satu-satunya tempat Arash melepaskan lelah dunia. Segalanya tampak sempurna, seolah-olah masa depan sudah tertulis buat mereka berdua. Namun takdir tidak pernah berjanji untuk berlaku adil. Satu operasi rahsia telah merenggut segalanya, cinta, dan separuh daripada jiwa yang dia tinggalkan di dunia ini. Arash Mikhael disahkan terkorban, tanpa amaran dan tanpa penjelasan. Kematian itu meruntuhkan hati ibu bapanya, dan menghancurkan dunia Izzara Safia yang kehilangan cinta pertamanya. Waktu terhenti, hanya rindu yang terus hidup. "Arash takkan ada selalu untuk Zara. Jaga diri Izzara kita." - Arash Mikhael. "Zara jaga diri baik-baik dah ni Arash, tapi kenapa Arash kita tinggalkan Zara?" - Izzara Safia. Publish : 25 Oct 2025 Complete :
Sehampar Langit Kasih [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 18,291
  • WpVote
    Votes 1,143
  • WpPart
    Parts 39
Muhd Shahreza yang dahulunya gagah, teguh berdiri sebagai lelaki penuh keyakinan, kini hanya tinggal bayang yang rapuh. Tragedi hitam itu merentap seluruh kehidupannya dan yang tinggal hanyalah luka dan penyesalan yang tidak pernah sembuh. Dunia yang pernah menjadi medan keberaniannya kini hanya terasa sunyi, dingin, dan penuh kehampaan. Disaat Reza mula menyerah pada takdir yang tertulis untuknya, dia hadir dalam hidupnya bukan dengan janji atau kata-kata, tetapi hadir dengan kesabaran dan keberanian untuk menyembuhkannya . Dalam diam, wanita itu menjadi pelindung dan penguatnya ketika dia rebah. Perlahan-lahan dia menggenggam takdir yang pernah dia percaya sudah hilang. "Teruskan jadi 'ubat' penenang untuk aku, Zarith Hanani. 'Ubat' yang boleh buat aku rasa tenang tanpa perlu rasa semua 'sakit' tu sendiri." - Muhd Shahreza "Aku akan jadi pelindung kau, walau apa pun yang terjadi." - Zarith Hanani Spin Off - Penakluk Sang Cahaya Rindu Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : July 2025 Publish : 31 August 2025 Complete : 24 September 2025
Sehening Hujan Malam [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 39,857
  • WpVote
    Votes 2,245
  • WpPart
    Parts 48
Hatinya pernah penuh dengan harapan tapi semuanya musnah dalam sekelip mata. Kehilangan itu, meragut segalanya. Sejak hari itu, dia belajar hidup tanpa rasa, tanpa cinta. Dia tidak mencari sesiapa. Tidak menanti sesiapa. Tapi mampukah dia menerima takdir yang mungkin hanya akan mengulang cerita luka? Dia tahu, langkah ke depan mungkin akan membuka kembali pintu-pintu kenangan yang telah lama dikunci. Namun hati yang pernah mati itu kini mendesak untuk mencuba, walau dengan risiko dirinya akan hancur sekali lagi. "Kau suka aku ke Ralyn?" - Ian Iskandar. "Kau buta ke?" - Amaya Aralyn. Start Date : 1 July 2025 End Date : 5 August 2025
Penakluk Sang Cahaya Rindu [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 79,994
  • WpVote
    Votes 4,285
  • WpPart
    Parts 54
Dia tidaklah jahat tetapi di dalam dunia dia, dia 'penjahat' sebenar. Tiada yang bisa menandingi ritma kehidupan dia dan tiada siapa tahu susuk tubuh itu wujud memerhati dalam samar. Tiada siapa yang mampu melihat senyumannya namun hanya 'dia' seorang sahaja yang mampu membuatnya senyum seperti manusia hilang akal. "Naa, kahwin dengan aku jom." - Syafiq Hakimi "Tak nak, kau baran gila pulak tu." - Naira Hanina Start Writing : December 2024 Start Publish : 2 March 2025 End Publish : 17 April 2025
Rindu Bernoktah Cinta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 35,755
  • WpVote
    Votes 2,003
  • WpPart
    Parts 41
Cinta? Perkataan itu tidak pernah singgah langsung dibenak fikiran Muhd Arif Fakri setelah dirinya menerima takdir bahawa hidup berpasangan bukanlah keutamaanya. Namun hanya satu permata yang mampu menggoncangkan jiwanya. Dia, yang hadir dengan senyuman dan mata yang jujur, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang telah bertahun dibina. Dia benci rasa itu. Benci bagaimana jiwanya mula goyah. Kerana jika dia jatuh, dia tahu takkan ada ruang untuk dia bangkit semula. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia takut. "Awak orang baru dekat syarikat ni ke? Bahagian apa?" - Yahaira Khadijah "Haah, orang baru. Bahagian cleaner." Muhd Arif Fakri. Start Writing : March 2025 Publish : 1 May 2025 Complete : 10 Jun 2025
Permaisuri Tanpa Takhta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 84,126
  • WpVote
    Votes 3,378
  • WpPart
    Parts 51
Raziq Hayyan merupakan sebab yang paling kuat untuk dia terus hidup. Disaat dia hampir terkorban ditangan musuh, nalurinya sedar apa yang terjadi sekalipun dia harus tetap hidup demi anaknya. Namun dia sedar anaknya perlukan seorang ibu untuk menyayanginya selayaknya seperti anak-anak yang lain. Ayana Zahra binti Zahrim merupakan kisahnya dimasa lalu, meskipun hatinya berat ingin melepaskannya namun tidak adil bagi dirinya untuk terus bersedih. Jika dirinya itu masih ada lagi ruang untuk bahagia, maka kisah barunya akan diterima dengan hati yang terbuka. Rumah itu seharusnya nyaman, namun ianya berantakkan buat Haness Ryana Binti Hamzah. Kehilangan ibu kandung di umur 21 tahun mengubah segalanya. Meskipun adik-beradiknya sentiasa ada disisi namun tidak sama apabila sang ibu sudah tiada didunia ini. Kelibat ayah pula sentiasa dirindui namun sang ayah terlalu sibuk dengan urusannya. Munculnya neraka dunia untuknya apabila si ayah mengambil keputusan untuk berkahwin semula 5 tahun selepas pemergian isterinya itu. Tidak cukup dengan kehadiran ibu tiri, dia pula dikahwinkan dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada kenalan ayahnya itu. "Saya janda, Encik Raziq. Kita tak sepadan." "Siapa kata kita tak sepadan? Aku duda anak satu, Cik Ryana." Start : 1 Jan 2025 End : 21 February 2025
Yang Tertulis Dilangit [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 62,192
  • WpVote
    Votes 2,431
  • WpPart
    Parts 47
Hanya ceritera seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta tatkala dirinya sedang berjuang demi negara untuk terus hidup dan pulang kepangkuan isterinya namun tidak kesampaian. Disebabkan tragedi berdarah itu, hidup ini bagi lelaki itu sangat suram dan menyedihkan. " Aku tak kisah kalau mati dekat sini sekalipun, boleh la aku jumpa isteri aku dkt 'sana' nanti. Baik korang tinggalkan je aku dekat sini. Selamat kan diri kau." - Mejar Raziq Haidar " Kau jangan bercakap macam orang tak ada agama ya. Jangan sampai aku yang bunuh kau dekat sini. Aku dah janji dengan anak kau nak bawak kau balik dengan selamat bukan dalam keranda." - Mejar Arif Fakri " Korang yakin kita boleh hidup ke? aku rasa nak putus nyawa dah ni." - Mejar Ian Iskandar
QAIS HANZALAH'S : HIS PRECIOUS BELAHAN JIWA  [COMPLETE] by sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    Reads 73,525
  • WpVote
    Votes 2,362
  • WpPart
    Parts 52
Qais Hanzalah, seorang anggota dari pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) berpangkat kapten, tekad dalam hidupnya bahawa dia tak akan berkeluarga kerana baginya, negara adalah keutamaannya. Namun, segalanya berubah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis yang bernama Alma Miqayla. Alma Miqayla, seorang guru sekolah yang mempunyai satu sejarah hitam bersama dengan 'kacang hijau'. Baginya, semua makhluk berkacang, tak kisah lah hijau mahupun biru, semuanya sama. Tak berguna. Berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjauhkan dirinya dari golongan itu. Pertemuan antara Alma dan Qais telah menimbulkan bunga-bunga cinta dalam hati mereka berdua. Namun, setelah mengetahui tentang sejarah hidup Alma, Qais mula ragu. Mampukah Alma menerimanya? Mampukah dia mengubati luka Alma. Demi mendapatkan seorang Alma Miqayla, Qais Hanzalah sanggup melakukan apa sahaja termasuklah merahsiakan siapa dirinya dari gadis itu. "Awak kerja apa ye sebenarnya Qais?" - Alma Miqayla "Saya kerja coach je, train orang." - Qais Hanzalah Akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sedang menikmati alam rumah tangga yang mula bahagia, kebenaran mula terbongkar apabila Alma ditugaskan untuk menjadi guru pemantau di sebuah kem manakala Qais pula sebagai kem komandan kem tersebut. Di situlah hubungan antara kedua mereka teruji. "Kenapa awak tak beritahu saya siapa awak sebenarnya?" - Alma Miqayla "Sebab abang tak nak hilang sayang. Abang takut sayang tak akan terima abang bila sayang tahu siapa abang sebenarnya. abang tak sanggup hilang belahan jiwa abang." - Qais Hanzalah Apakah kesudahan kisah Alma dan Qais? Pilihan manakah yang Qais akan utamakan, negara atau isterinya? Adakah Alma menyesal bersuamikan seorang tentera? Mampukah mereka bahagia semula?
Supt's: Mio Caro (Complete) by Syahazel_
Syahazel_
  • WpView
    Reads 52,879
  • WpVote
    Votes 1,936
  • WpPart
    Parts 73
COMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati adalah seiring dengan kesetiaannya terhadap negara. "Men who are mature especially in thinking will not be willing to hurt a woman's heart even once because he is aware of it how special is a woman in the eyes of Allah SWT." - Aayaz Zayyan Naila Ayana, seorang gadis cantik yang juga tidak kalah lamanya mencintai lelaki pujaannya. Namun, perasaan cinta dan ingin dihalalkan menjadi isteri sah kepada jejaka kacak itu terpaksa dikuburkan seiring dengan kekurangan yang terdapat pada dirinya. "Jangan sia-siakan diri awak untuk perempuan yang tidak sempurna ni, Abang Zayy." - Naila Ayana Tetap tegas dan tekad menolak setiap kali permintaan yang diajukan. Namun semuanya berubah, saat satu perkara yang tidak pernah dibayangkannya terjadi dan membuatkan dia semakin tersiksa dengan perjalanan hidupnya. "Kekurangmu bukanlah satu alasan untuk diri ini berhenti mencintaimu kerana didunia ini tiada siapapun yang sempurna melainkan kita yang menyempurnakannya." - Aayaz Zayyan Akankah lamaran Aayaz Zayyan untuk menjadikan Naila Ayana sebagai pasangan hidupnya diterima?Mampu mereka mengecapi bahagia seperti yang diinginkan suatu ketika dahulu? Tamat : 14/10/24
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,799,066
  • WpVote
    Votes 282,645
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023