end novel
118 stories
SOMEDAY  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 9,527
  • WpVote
    Votes 906
  • WpPart
    Parts 49
2nd Series First Story Couple: Uwais Mikhayl & Hawa Sofea Blurb: Hawa Sofea ke Tumpat, menuju ke sebuah ladang atas urusan kerja sahaja. Tidak tahu pula, satu demi satu nasib malang menimpa dirinya. Dari terjatuh ke dalam lubang di ladang, sehinggalah dia mendapat tahu, bahawa dia telah dijodohkan dengan anak lelaki kepada ladang itu, Uwais Mikhayl. "Hawa... Uwais... kami nak jodohkan korang berdua. Kami nak korang berdua berkahwin." - Dato Yusry. Awalnya, Hawa menentang. Namun, dia rasakan perkahwinan itu merupakan salah satu cara untuknya melarikan diri daripada bekas kekasih yang tiba-tiba bergelar adik iparnya. Hawa juga mahu mengelak daripada Shania, adik kandung yang sentiasa cemburu dengannya. Tatkala Hawa mempunyai motif sendiri, Uwais pula menerima dengan hati yang ikhlas. "Hawa Sofea, awak ialah jawapan kepada istikharah saya. Saya yakin saya takkan salah pilih. Saya rasa kan, saya yang akan membawa kebahagiaan kepada awak suatu hari nanti." - Uwais Mikhayl Mereka akhirnya berkahwin. Gurau senda yang berlaku setiap hari menjadi penyeri rumah tangga yang bermula gara-gara aturan keluarga. "Awak tak takut ke hidup dengan saya. Saya bukan perempuan baik." - Hawa Sofea "Saya takut sebab awak garang nak mati. Aura anak sulung dalam diri awak kuat sangat. Seram!" - Uwais Mikhayl Hawa dan Uwais terus setia sehinggalah cinta mekar antara mereka. Namun, kisah mereka tidak berakhir di situ kerana dugaan di hadapan. Hawa dengan isu dengan keluarga manakala Uwais dengan cabarannya sebagai pewaris utama di ladang. "Ya Allah, hadirkanlah bahagia untuk aku. Someday..." - Hawa Sofea Seperti doa Hawa, adakah ada bahagia itu suatu hari nanti? "Sweet dream, Hawa Sofea. My wife... My someday..." - Uwais Mikhayl Seperti yang Uwais inginkan, adakah Hawa terus kuat bergelar isteri kepada seorang peladang?
[C] Pelan Cinta by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 338,696
  • WpVote
    Votes 27,099
  • WpPart
    Parts 77
PELAN SERIES #1 Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
ELLZAN : ARMOR by Onlymeira
Onlymeira
  • WpView
    Reads 116,356
  • WpVote
    Votes 4,499
  • WpPart
    Parts 69
(COMPLETED) "Two souls don't find each other by simple accident." ⚜️⚜️⚜️ [Ellzan × Darya] Dahulu mereka menjadi watak sampingan dalam sebuah penceritaan ini. Namun kerana sebuah pertemuan, mereka menjadi satu. Atau mungkin tidak? "Ellzan, kau betul-betul serius dengan aku ke?" -Siti Darya. Darya sudah lelah untuk percaya pada sebuah harapan lagi. "I lay down this armor for you." -Tengku Ellzan. Meraih sebuah kepercayaan bukan sesuatu yang mudah buat mereka berdua. Tetapi satu sahaja yang membuatkan mereka akan saling bersatu. Pengorbanan.
SI PENDIAM ITU SUAMIKU  by florynaa_dlyss
florynaa_dlyss
  • WpView
    Reads 17,521
  • WpVote
    Votes 1,100
  • WpPart
    Parts 38
Seorang lelaki komando yang misteri, tegas dan sukar dibaca. Kapten pasukan yang dingin serta jual mahal dengan semua gadis, namun di sebalik uniformnya tersimpan satu lagi kehidupan yang tak pernah diketahui sesiapa. Hinggalah hadir seorang gadis Utara yang extrovert tahap infinity, kuat membebel dan langsung tak tahu erti takut. Dia sangka lelaki itu sekadar kapten komando yang keras hati-sehinggalah dia sedar, lelaki itu menyimpan jauh lebih banyak rahsia daripada yang disangka.
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 95,087
  • WpVote
    Votes 4,151
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 - 2 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 617,696
  • WpVote
    Votes 44,671
  • WpPart
    Parts 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 419,802
  • WpVote
    Votes 19,055
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 2,060,286
  • WpVote
    Votes 58,704
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 1,021,056
  • WpVote
    Votes 47,564
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #2 Melayu #2 Cute #3 Revenge #4 Sayang #6 Bromance #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
[C] Captain Qalif, His Protector by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 66,905
  • WpVote
    Votes 2,934
  • WpPart
    Parts 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.