Myreadinglist
37 stories
Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp] by THEANBALQSS
THEANBALQSS
  • WpView
    Reads 34,944
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 21
Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.
HARRAZ'S by thrahh_
thrahh_
  • WpView
    Reads 144,417
  • WpVote
    Votes 6,049
  • WpPart
    Parts 70
"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengikat tali persahabatan. Hari berganti hari, si jejaka terpaksa berpindah ke ibu kota dan meninggalkan si gadis. "Kalau Abang Raz tak ada, siapa nak kawan dengan Sara ?" -Sara Sajeeda "Aku akan ada selalu untuk kau, tinkerbell" -Harraz Nufail. Titik pertemuan mereka bermula kembali apabila Harraz pulang ke kampung dan tanpa sengaja berjumpa dengan si gadis semula. "Makin cantik kau ni, Sara Sajeeda" - Harraz Nufail. Adakah cinta yang pernah berlaku semasa mereka sekolah adalah cinta monyet ? Atau cinta yang akan membawa kebahagian kepada mereka ? "Aku sayang kau, Sara Sajeeda" -Harraz Nufail
(TERBIT NOVEL) When We Meet Again by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 132,324
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Siri 1 Trilogi Cinta Qaseh Imani dan Syakir Ilham adalah dua nama yang tak pernah serasi sejak di bangku sekolah. Qaseh adalah gadis pintar yang sentiasa menjadi harapan guru dan rakan-rakan. Syakir pula pelajar yang tak pernah jemu mengusik, mengejek, dan kadang-kadang menyakiti hati Qaseh hanya kerana dia suka sangat melihat pipi bulat Qaseh merah kerana memarahi dia. Namun, bagi Qaseh...Syakir hanyalah luka lama yang ditoreh bertahun-tahun. Peristiwa itu buat dia bencikan Syakir. Terlalu benci. Bagi Syakir pula Qaseh ialah satu-satunya gadis yang sentiasa berada diingatannya. Tamat persekolahan memisahkan mereka. Mereka membina kerjaya. Syakir kembali dari luar negara setelah 13 tahun tinggal di luar negara. Nama dan wajah masing-masing hanya tinggal dalam lipatan kenangan, sehingga satu hari takdir mempertemukan mereka kembali di sebuah majlis reunion. Bagi Qaseh, pertemuan itu ibarat membuka semula kotak lama berisi rasa marah, kecewa dan luka yang tak pernah benar-benar sembuh. Bagi Syakir, inilah peluang untuk dia mendekati si Qaseh yang kini sudah menjadi seorang pegawai psikologi. Namun perjalanan hati mereka tak semudah itu. Rahsia lama terbongkar. Hati yang membenci dulu goyah. Syakir pula berjuang untuk meyakinkan Qaseh bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya hari ini bukan lagi budak lelaki yang suka mengusik dia dulu. Mampukah mereka berdamai dengan masa silam dan memberi peluang kedua untuk cinta? Atau adakah luka lama terlalu dalam untuk diubati?
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 2,029,019
  • WpVote
    Votes 56,223
  • WpPart
    Parts 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 270,731
  • WpVote
    Votes 18,471
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]
𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥|𝐂  by Wenzo_
Wenzo_
  • WpView
    Reads 113,886
  • WpVote
    Votes 3,554
  • WpPart
    Parts 78
𝐕𝐎𝐋 𝟏 𝑭𝑰𝑹𝑨𝑺𝑯 𝑨𝑹𝑰𝑨𝑵 & 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑵𝑨 𝑨𝑼𝑳𝑰𝑨 Start: October 2023 (edit 2024) End:2025 Seorang gadis yang terbiasa memendam setiap luka, lebih memilih diam daripada meluah seperti perasaannya terhadap seorang lelaki. Namun, rasa itu tidak pernah terluah kerana antara mereka terbentang jurang darjat yang terlalu dalam untuk disilangi. "Biarlah perasaan suka ini hanya sekadar menyukai dan menghilang dengan sendirinya." - 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 "Aku tak akan biar kau kuburkan perasaan kau dengan mudah Medina...kau hanya untuk aku seorang sahaja" - 𝙁𝙞𝙧𝙖𝙨𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙖𝙣 Namun sayangnya, saat 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 akhirnya mengumpul keberanian untuk meluahkan semuanya lelaki itu sudah tiada. Firash telah berpindah ke sekolah lain. Dan di saat itu, hati Medina Aulia hancur... kerana semua harapannya runtuh dalam sekelip mata. Satu pertemuan yang tak dijangka telah mengubah seluruh kehidupan 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖. Peristiwa itu bukan sekadar takdir ia satu tamparan yang membuka semula luka lama. Tapi... adakah pertemuan ini mampu bertahan? Atau hanya sekadar persinggahan yang penuh luka? Mampukah mereka meneruskan rasa yang terbina, sedang rahsia silam mereka perlahan-lahan mula terungkai? Tanya sama hati... Adakah semua yang terbuku akan terjawab? Atau hanya akan meninggalkan lebih banyak persoalan tentang cinta, hidup, dan... kematian? ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi kata-kata kesat dan unsur-unsur yang kejam. Jika tidak suka sila skip story aku. Don't expect more from my story. "Aku Haramkan siapa yg copy story aku semua ni 100% idea sendiri." Maaf kalau ada kesalahan ejaan mahupun kekurangan ya dalam cerita ini, yang selebihnya pada Allah SWT. Hope you all enjoy my first story.🌹 Cerita ini tidak di edit sepenuhnya dari 2023. Ada masa free aku edit.
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 4,544,445
  • WpVote
    Votes 90,131
  • WpPart
    Parts 84
Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan anak aku! Lagipun kau dah lupa, aku yang beli kau? Hmm? Jadi kau sepatutnya patuh dengan setiap arahan aku!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 𝐐𝐇𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐄, gadis yatim piatu berusia 18 tahun yang dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Saban hari dia diseksa, dicaci, dicemuh dan bapa saudara serta sepupu lelakinyanya juga sudah hampir beberapa kali cuba untuk meragut kesuciannya. Dek kerana bebanan hutang dan rasa benci kepada gadis polos itu, Aisya Qhaisarah Rose dijual demi melunaskan hutang mereka sekeluarga. 𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐 𝐙𝐀𝐘𝐘𝐇𝐃𝐈𝐓𝐇, sebaris nama yang sangat digeruni di dalam dunia perniagaan dan di dalam dunia pembunuhan. Jejaka berusia 25 tahun yang memiliki sifat kejam dan panas baran. Tampan dan kaya namun tidak berperikemanusiaan. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang dicintai olehnya. Gadis yang menjadi pilihan hatinya namun dibantah keras oleh keluarganya. Bertemu dengan Aisya Qhaisarah Rose yang dijadikan pelacur di sebuah kelab malam yang terkenal. Dia bertekad mahu membeli gadis sunti itu dan dibawa pulang ke 'istananya'. Disangkakan jejaka itu penyelamatnya, namun hanya tubuhnya sahaja yang diingini oleh jejaka itu. Kerana tidak tahan menanggung dosa, Aisya Qhaisarah Rose meminta agar dia dinikahi dan jejaka itu bersetuju tetapi dengan syarat, perkahwinan itu menjadi rahsia. Dijadikan isteri namun dilayan tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"