WATTPAD FAV 💗
4 historias
MR PIRATE [Complete] por CIK_ZALIKHA
MR PIRATE [Complete]
CIK_ZALIKHA
  • LECTURAS 5,190,509
  • Votos 391,084
  • Partes 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
HUGO DENNIZ  por MairaAdh
HUGO DENNIZ
MairaAdh
  • LECTURAS 302,746
  • Votos 29,417
  • Partes 10
Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya bertukar menjadi kes pembunuhan satu keluarga. Hanya dirinya yang terselamat. Satu demi satu nyawa ahli keluarganya melayang. Dia menyaksikan pembunuhan kejam itu berlaku. Hidupnya penuh dengan kegelapan. Dia hilang arah tuju hidup dan dia mahu menamatkan segalanya. "Kenapa... kau selamatkan aku?" Two broken souls. Met each other. HUGO DENNIZ - Dia anak kepada pasangan Tan Sri Heldric dan Puan Sri Maria. Merupakan salah seorang jutawan yang mempunyai syarikat penerbangan. Dia seorang yang suka merantau bersama teman-temannya sehingga suatu hari dia menjadi penyelamat gadis itu. KATERINA ROSALIND PEARL - Seorang gadis bermata amber. Sifatnya penuh ingin tahu yang mendalam dan dia seorang yang berani bertindak. Dia berasal daripada keluarga yang sederhana. Ketika usianya 19 tahun dia berpindah ke Jerman bersama rakannya Nick dan menetap di rumah Aunty Avena, adik kepada ayahnya. "My pearl..." "When I fall in love, it will be forever." - START : 8 OCTOBER 2023 END :
HERO DANIKKA (COMPLETED) por MairaAdh
HERO DANIKKA (COMPLETED)
MairaAdh
  • LECTURAS 12,142,349
  • Votos 727,450
  • Partes 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] por CIK_ZALIKHA
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
CIK_ZALIKHA
  • LECTURAS 10,104,829
  • Votos 614,102
  • Partes 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.