fav
3 stories
HELLO, KESAYANGAN ! (TERBIT: CINTA AD & FAR) by afiadz
afiadz
  • WpView
    Reads 2,008,255
  • WpVote
    Votes 34,968
  • WpPart
    Parts 23
BLURB "Dasar pengganggu ketenteraman!" - NUR ADDIN. Asal berjumpa, mereka bergaduh. Pantang bertemu, mereka pasti bertelagah. Tetapi chemistry yang kuat menyatukan mereka. Farhan dan Addin bergabung menjadi The Trailblazer sehingga gelaran itu menjadi sebutan ramai. "Aku harap aku adalah pelangi kau." - MUHAMMAD FARHAN ARYAN. Dihantui kisah silam, hidup Addin bukan seperti orang lain. Dibenci oleh ibunya sendiri membuatkan rumahnya seperti neraka dunia. Saat Addin memerlukan bahu untuk menangis, Farhan akan sentiasa ada bersamanya. Tak perlu ucap cinta, masing-masing faham apa yang tersirat di dalam hati. Langit tak selalunya cerah. Hubungan mana yang tidak dilanda badai. Kemesraan antara dua insan yang saling mencintai menyebabkan seseorang menyimpan rasa benci lalu membakar api dendam yang terpendam buat sekian lama. "Kau ingat, nyawa dibalas nyawa." - ADIRA. Satu perjanjian yang tak masuk akal terjalin antara Addin dan Adira tanpa rela. Kemunculan orang ketiga memisahkan Farhan dan Addin. Ditambah dengan kehadiran seorang lelaki yang bernama Afiq yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Addin, wanita yang sangat dicintainya menyebabkan hubungan yang terbina bertahun-tahun lamanya semakin goyah. Apakah yang bakal terjadi saat Farhan dan Addin bertemu kembali setelah sekian lama terpisah? Dapatkah mereka menyulam kembali kisah cinta yang terputus di tengah jalan? [ Buku ini sudah complete tetapi saya unpublish kerana bakal diterbitkan ]
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )  by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 366,148
  • WpVote
    Votes 2,597
  • WpPart
    Parts 12
Sinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara... "Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. "Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun... "Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim. "Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani "Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! "Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?
Nama Aku Adam by amaliamasrom
amaliamasrom
  • WpView
    Reads 587,262
  • WpVote
    Votes 26,308
  • WpPart
    Parts 23
Mak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.