zhvdyansz's Reading List
5 stories
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 144,556
  • WpVote
    Votes 8,474
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,708,595
  • WpVote
    Votes 408,504
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,463,426
  • WpVote
    Votes 17,210
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
MISSION: HANS DANIALL by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 628,721
  • WpVote
    Votes 64,127
  • WpPart
    Parts 21
Ini kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024
HERO DANIKKA (COMPLETE) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 12,641,678
  • WpVote
    Votes 737,657
  • WpPart
    Parts 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]