captain
2 stories
CYPHER [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 19,008
  • WpVote
    Votes 1,657
  • WpPart
    Parts 18
QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,097,935
  • WpVote
    Votes 423,305
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna