Alishas418's Reading List
5 stories
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 178,009
  • WpVote
    Votes 8,036
  • WpPart
    Parts 34
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
ONTI GUN : MILIK UMAN by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 31,640
  • WpVote
    Votes 2,743
  • WpPart
    Parts 36
Anggun Baiduri x Qief Al Hakim [ COMPLETE : BACAAN AWAL ] Kehilangan cinta pertama bukanlah perkara yang mudah untuk Qief lupakan. Tambahan pula, Siti Humairah pergi meninggalkannya setelah berjuang melahirkan zuriat sulung mereka, Nu'man Al Fateh. Qief makan masa hampir 3 tahun untuk pulih dari luka lalu. Kini tanggungjawabnya ialah membahagiakan Nu'man. Namun permintaan Nu'man padanya kali ini membuat Qief termenung sendirian. "Uman nak Onti Gun jadi mama Uman." - Nu'man. "Jangan nak merepek, Nu'man Al Fateh." - Qief Mampukah Anggun menjentik hati Qief yang sudah beberapa tahun tertutup rapat? Doakan lulus penilaian, ada rezeki kita jumpa kita versi novel ✨
YOUR MINE by Alishas418
Alishas418
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 4
Perjodahan diantara dua keluarga terkenal iaitu keluarga DE'LUCCA dan keluarga BEXLEY Shazz adalah seorang wanita yang tidak percaya erti cinta,dia hanya berfikir tentang masa depanya dan kerjayanya sebagai ketua THE DEVIL ANGEL.Tetapi kedatangan keluarga de'lucca membuatkan keadaan berubah. "Shazz,mama nak kamu kahwin dengan lucca.Takda alasan untuk kamu bantah arahan ni.Mama dah bincang dengan keluarga de'lucca untuk perjodohan ni dan mereka setuju." - Tengku Aneisha Cyra Bexley Perkahwinan yang dibenci oleh shazz kerana dia tahu selepas ini hidupnya akan berubah secara drastik.Tetapi bukan cara pemikiranya atau perwatakanya. "Maybe my family will love you but not me,i just love my life style and my jobs." - Tengku Adira Shazz Lucia Bexley "Your mine and i will make u fell to me shazz.i will,take my word." - Tengku Evander De'lucca Tengku Evander De'lucca tidak pernah berputus asa untuk mencuri hati wanita itu walau dia perlu menghadapi peritnya.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,072,677
  • WpVote
    Votes 422,174
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna