nadhyyyn_
Di dalam fasa hidup, semua manusia memiliki masalah mereka sendiri. Tidak kira masalah besar atau kecil, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Begitu juga dengan hidup seorang gadis yang bernama Adelyia Jasmine .
"Kenapa dunia ni tidak pernah berpihak pada saya?" - Jasmine
Dia terasa ujiannya sangat sukar untuk dia hadapi,seolah-olah ujiannya itu diluar kemampuannya. Sehinggalah hadirnya seorang ' insan' yang telah menyedarkannya tentang betapa berharganya erti sesebuah kehidupan.
"Mungkin kau tak sedar yang ada orang lebih teruk ujiannya dari ujian yang kau tengah hadapi sekarang ini."- Aathar
Muhammad Aathar Eirfan, walaupun kehidupannya kelihatan tenang, namun hanya dia sahaja tahu rasa 'sakit' yang dia alami dalam sudut hati selepas ditinggalkan oleh orang yang cukup dia disayangi sepenuh hati. Walau bagaimanapun dia telah dididik oleh ibu bapanya untuk tetap bersangka baik dengan segala ujian yang diberikan oleh-Nya.
Dipertemukan dengan Jasmine yang menganggap setiap ujian itu merupakan 'beban' hidup membuatkan Aathar mahu menolong Jasmine untuk berfikiran secara lebih positif.
Namun, takdir telah menemukan mereka berdua. Mereka diuji dengan kehilangan orang yang mereka cintai walaupun dari cara yang berbeza.
Sehinggalah mereka membuat keputusan untuk membantu memulihkan hati antara satu sama lain dengan cara membina sebuah ikatan. Walaupun ikatan yang dibina atas sebab mengubati, mereka tetap berusaha untuk menimbulkan rasa sayang di antara mereka dan mengecapi bahagia bersama.
Namun, benarkah ini pengakhiran sebuah cerita yang diakhiri dengan kebahagiaan atau pengakhiran yang sebaliknya? Adakah sesebuah bahagia itu milik Athar dan Jasmine?
" Saya tak pernah bayangkan yang saya akan rasa kehilangan ini sekali lagi. Terima kasih kerana telah hadirkan sekuntum 'bunga' yang mampu memberi cahaya dan dan harapan untuk saya teruskan hidup walaupun... tanpa awak disisi."