ZarineAryan's Reading List
55 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 246,050
  • WpVote
    Votes 22,998
  • WpPart
    Parts 53
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka tidak mudah.
MASIH BERHARAP (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 17,721
  • WpVote
    Votes 1,000
  • WpPart
    Parts 52
"Sebelum sayang menutup mata, sayang nak tengok abang mengahwini Ayla." - Jannah Satu permintaan terakhir itu menyebabkan Ayla Ireena bergelar isteri tanpa cinta kepada Redza Amir. Ayla tak mengharapkan cinta selain perlindungan kerana dia hanyalah perempuan sebatang kara setelah pemergian kakak sepupunya, Jannah. Redza pula yakin bahawa tiada sesiapa dapat gantikan arwah Jannah di hatinya. Pelbagai cara Redza lakukan agar Ayla tidak sudi bertahan sebagai isterinya lagi. "Setiap hari, abang nak Ayla masak sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Abang nak Ayla iron baju kemeja ke ladang dan jangan lupa bersihkan halaman. Abang tak nak ada satu pun daun kering atau sampah. Selepas isyak, Ayla kena temankan abang buat kerja di bilik bacaan. Selagi abang tak habis kerja, Ayla tak boleh ke bilik tidur. Sanggup?" - Redza Amir Namun, hati Redza digoncang hebat apabila menyedari Ayla mencintainya dalam diam sejak masih berusia 16 tahun lagi. "Ayla cintakan abang sejak dahulu. Ayla jatuh cinta pada pandang pertama sejak kali pertama abang muncul di mata Ayla. Ayla terus memendam perasaan terhadap abang sampailah Ayla keluar dari rumah anak yatim." - Ayla Ireena Penantian yang panjang membuatkan Ayla lelah. Tidak sanggup berharap lagi, Ayla membawa diri tanpa menyedari bahawa bunga cinta di hati Redza sudah mekar buatnya. "Aku rasa Allah nak aku nampak yang aku tak sepatutnya mengharapkan cinta Abang Redza lagi. Aku terlalu cintakan dia dia sampai aku terlupa yang cinta itu tak mudah terganti. Kak Jannah baru meninggal, aku dah goda suami dia. " - Ayla Ireena Dapatkah Redza membawa Ayla semula ke pangkuannya? Adakah sanggup Ayla menyingkirkan cinta yang telah lama menguasai hati dan melepaskan Redza buat selamanya?
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 321,395
  • WpVote
    Votes 14,360
  • WpPart
    Parts 31
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞
Surat Terakhir Dari Aku Version 2 (C)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 3,525
  • WpVote
    Votes 299
  • WpPart
    Parts 55
Tagline: Dia menulis surat terakhirnya, bukan untuk dikenang... tapi untuk melepaskan. . Khansa Cairen hidup dengan luka yang tak pernah sembuh. Dikhianati darah daging sendiri, dia dipaksa menjadi manusia yang tidak dikenali, dan melahirkan seorang anak tanpa nama. Terpaksa menanggung stigma dunia. Namun kasih seorang ibu tetap teguh meski badai hidup menghimpit. Dalam gelap itulah Allah hantarkan seorang lelaki buta yang melihat lebih jauh dari mata manusia celik. Ustaz Yusraf Mukim, tenang, bijaksana, namun menyimpan rahsia yang perlahan-lahan memamah jiwanya. Bersama dua sahabat setia, Muhammad Qabla Fakir dan Muhammad Syed Ihtisyam, serta Muhammad Dinie Iktizaz. Dan dia juga mempunyai PA peribadi yang setia dengannya. Yusraf membimbing Khansa kembali ke cahaya iman, memberi harapan baru, dan memperkenalkan kehidupan yang tenang di Pusat Rumah Nur Cahaya. Di antara mereka terbina sebuah hubungan yang tidak pernah diucapkan. Cinta yang tak dimiliki, hanya dijaga. Doa yang tidak disebut, hanya disimpan dalam diam. Meski begitu, Khansa tetap diuji oleh realiti, keluarga memanggilnya kembali, dan dia terikat dengan perkahwinan yang dipaksa demi janji duniawi. Sementara itu, Yusraf sendiri menanggung rahsia besar penyakit kanser yang hanya diketahui oleh sahabatnya. Khansa juga menanggung penyakit yang serupa, namun kedua-duanya tidak tahu keadaan masing-masing, sibuk dengan perasaan yang bertembung. Detik kritikal tiba ketika Yusraf menerima surat terakhir Khansa, luahan hati, doa, dan pelepasan yang tidak sempat diucapkan. Malam sebelum Khansa dinikahkan dengan lelaki pilih keluarganya, surat itu sampai meruntuhkan dunia yang Khansa cuba bina, dan menghidupkan kembali cinta yang tidak pernah sempat lahir. Pusat Rumah Nur Cahaya dan Tahfiz Nur-Ridha tetap menjadi saksi perjalanan jiwa yang terluka, tempat kelahiran semula harapan, dan bukti bahawa cinta yang ikhlas adalah cinta yang mampu melepaskan, walaupun hati tidak pernah benar-benar sembuh.
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 158,908
  • WpVote
    Votes 12,918
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 425,000
  • WpVote
    Votes 23,092
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Dr. Crush: Her Savior (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 1,132,366
  • WpVote
    Votes 38,330
  • WpPart
    Parts 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love first and grope for reasons afterward" - NATASHYA AMMARA Perkahwinan pertama FAREL GIBRAN merupakan hari kebahagiaannya kerana sudah memiliki wanita pujaan yang didambakan, ESHAL DHAMIRAH. Tetapi, kebahagian yang dikecapi hanya sementara, Farel lupa bahawa siapa pemilik sebenar Eshal yang mutlak. CINTANYA terkubur bersama si isteri. Penguatnya pada saat itu hanyalah amanah peninggalan Eshal iaitu anak kembar mereka, FALIQUE ARMAN dan FALISHA AULIA. Tiada yang lebih penting selain mereka berdua. - - - NATASHYA AMMARA, seorang guru tadika yang masih menunggu dengan setia untuk kekasih hatinya, LUTHFI AMIR datang meminang dirinya walau hakikat sebenar hubungan mereka sudah pun retak menanti belah. Mahu melangkah pergi, tapi sayang akan hubungan yang sudah lama terjalin. Pertemuan tak dijangka pada tahun baru persekolahan, menemukan semula Natashya dengan Farel iaitu seorang 'senior' yang pernah diminatinya dalam diam ketika belajar di UNITAR dahulu. Bagaimanakah perjalanan kisah hidup mereka kelak? Adakah lagi cinta dalam diri Farel untuk wanita lain selain Eshal Dhamirah? Dapatkah Natashya mengecapi kebahagiaan yang dipinta selama ini? Highest Rangking: #5 malaysia #2 kisahcinta #2 duda #4 romance ...... Playlist Dr. Crush: Her Savior : 1. Akhir Cerita by Dalia Farhana x Aziz Harun 2. Jangan Jangan by Wani Kayrie 3. Sebenarnya by Alif Satar x Siti Nordiana
PENGKHIANATAN CINTA: BLACK & WHITE by AishahGazali
AishahGazali
  • WpView
    Reads 3,424
  • WpVote
    Votes 350
  • WpPart
    Parts 72
"Selepas satu serangan misteri, kereta Hadif Ryan Al Baihaqi, ahli majlis tertinggi Shadow Council terhumban ke sungai. Dunia percaya dia sudah tiada. Zareen, isterinya, enggan berhenti berharap. Bersama Team Ghost, dia menyelusuri jejak musuh yang penuh tipu daya. Namun semakin jauh mereka menyelidik, semakin jelas... ada pengkhianat di dalam ECLIPSE sendiri. Berjayakah mereka membongkar pengkhianatan dalam ECLIPSE? Adakah berakhirnya kisah cinta Hadif dan Zareen?
Kasyaf by Lovaleon
Lovaleon
  • WpView
    Reads 6,908
  • WpVote
    Votes 593
  • WpPart
    Parts 26
KASYAF ADRIAN, nama seindah rupa. Berbadan kekar, berwajah kacak dan berkulit tan, sudah tentu dia akan menjadi jejaka idaman dara bukan? Namun takdir berkata lain, asbab dia berpenyakit mental iaitu BPD, gelaran 'gila', kejian dan cacian sememangnya sudah sebati dalam hidup. Selepas ibu bapanya meninggal dunia di usia Kasyaf yang sangat muda, dia terpaksa bertahan hidup demi arwah ibu ayah dan Mak Som. Dia benar-benar kehilangan separuh jiwanya, paranoia menghantuinya sehingga pemergian Mak Som menghancurkan sisa akal warasnya. Ubat bukan lagi penawar, namun kali ini dia menemui 'penawar' sesungguhnya. SENJA MARIA, hanya sebab berkulit putih pucat dan berambut panjang, terus saja dicop 'langsuir' oleh para gadis di kampung itu. Iri dengki yang menguasai diri kerana kecantikan Maria yang tiada tandingan membawanya ke berbagai fitnah yang sedikit sebanyak meretakkan hati namun dia cuba cekalkan diri. Pertemuan pertama mereka mencetuskan sesuatu di dalam hati lelaki itu. Cinta lelaki itu bukanlah biasa, malah jauh lebih gelap dari apa yang disangka. Disaat hubungan mereka hampir terjalin, muncul lah DANIAL TAHRIM yang datang untuk merebut Maria. Obsesi dan paranoia bersatu, segala cara untuk mendapatkan Maria harus dia lakukan, dia mahukan 'penawarnya'! "Salah ke lelaki gila macam aku ni untuk jatuh cinta?" - KASYAF ADRIAN "Awak tak gila, awak cuma sakit..." - SENJA MARIA Adakah Kasyaf dapat merampas Maria daripada lelaki itu? Atau kalah di tangan Danial yang berkuasa? AMARAN ⚠ ⚠︎ Bacaan matang (16+) ⚠︎ Cringe/cliche ⚠︎ Kesalahan tatabahasa/error grammar 𝑨𝒖𝒕𝒉𝒐𝒓'𝒔 𝒏𝒐𝒕𝒆 📝: 𝑃𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒 𝑑𝑜 𝑛𝑜𝑡 𝑝𝑙𝑎𝑔𝑖𝑎𝑟𝑖𝑧𝑒 𝑚𝑦 𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦. 𝐴𝑛𝑦 𝑓𝑜𝑟𝑚 𝑜𝑓 𝑐𝑜𝑝𝑦𝑖𝑛𝑔 𝑖𝑠 𝑛𝑜𝑡 𝑎𝑐𝑐𝑒𝑝𝑡𝑎𝑏𝑙𝑒!
PULANG (C)  by Jnnahtul
Jnnahtul
  • WpView
    Reads 47,198
  • WpVote
    Votes 3,088
  • WpPart
    Parts 59
Lara Imani, gadis kampung yang baik, rajin dan penyabar. Hidupnya penuh luka kerana keluarganya tidak menyayanginya. Dia difitnah mempunyai skandal dengan tunang adiknya, menyebabkan seluruh kampung memandang rendah padanya. Walaupun dilayan buruk, Lara tetap bekerja setiap pagi menghantar donat ke gerai tepi pantai. Aidan Rayyan, seorang CEO muda yang dingin tetapi baik hati. Dia datang ke kampung itu kerana jemputan majlis keluarga kawan baiknya. Semasa berjalan di pantai, Aidan ternampak Lara yang sedang menghantar donat. Kawan baiknya memberitahu bahawa Lara sering difitnah dan melalui hidup yang berat. Pertemuan ringkas itu membuat Aidan mula memerhati kehidupan Lara dari jauh. Sedikit demi sedikit, Aidan melihat ketabahan Lara dan beban yang dia tanggung seorang diri. Cerita Pulang mengisahkan perjalanan dua insan yang terluka, masing-masing membawa kisah silam. Mereka tidak mencari cinta, tetapi takdir mempertemukan mereka dalam keadaan yang paling sunyi.