We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
kieiikiut's Reading List
40 stories
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 102,360
  • WpVote
    Votes 8,734
  • WpPart
    Parts 33
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #4 Family #5 Sayang #9 Malay
Reincarnated Mortella √ by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 5,999
  • WpVote
    Votes 694
  • WpPart
    Parts 34
Reincarnated | Oujo no harem | Fantasy Mortella Noire, seorang pembunuh upahan yang terkenal peringkat nasional dengan kehebatannya dalam bergerak dalam bayangan, memburu dan membunuh setelah bayaran. Namun, nasib membawanya ke sesuatu yang tidak dijangka. Entah bagaimana, dia terbangun dalam tubuh seorang puteri terbiar, Puteri Mortella Noire dari Kerajaan Eryndale. Nama yang sama, tetapi kehidupan yang berbeza. Puteri itu cantik, namun tubuhnya pucat dan sering disisihkan, dianggap tidak berguna kerana tiada kuasa oleh adik beradiknya dan orang sekelilingnya. Bagi Mortella, ini adalah peluang keemasan. Dengan wajah baru dan status sebagai seorang puteri yang tidak dipedulikan, dia dapat merahsiakan kewujudannya sepenuhnya. Tiada siapa akan mencurigai seorang puteri yang lemah lembut dan kelihatan tidak berdaya sebenar pembunuh. Di sebalik pintu istana dingin, dia mengatur kehidupannya semula. Walaupun dia tidak lagi ingin terlibat dengan dunia pembunuh upahan, kebolehannya tetap berguna untuk melindungi diri sendiri. Dalam diam, dia cuba untuk bertambah kuat agar mampu menggapai kehidupan yang selesa. Start: 21/10/25 End: 20/03/25, esok raya. © Nice cover by Ai.
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,230,082
  • WpVote
    Votes 222,566
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,474,612
  • WpVote
    Votes 79,868
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold by mint_llc
mint_llc
  • WpView
    Reads 641,684
  • WpVote
    Votes 18,186
  • WpPart
    Parts 62
Tengku Devyn Aryan ♡ Hannah Lavender
RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,658,927
  • WpVote
    Votes 67,979
  • WpPart
    Parts 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal. Setiap hari dia akan menulis tentang dirinya dan tentang seorang lelaki yang diidamkan dari zaman sekolah lagi.. "Abang Ridz nak pergi mana? Kayla nak itutt.." -Kayla Hanania. "Jom ikut abang.. asyik nak melekat dengan abang je budak cenonet ni.." -Ridzwan Farid. Pantang nampak 'abang Ridz' nya itu konfirm dia akan melekat sehinggakan abang sendiri dipalau. Dia mencintai lelaki itu sepenuh hati. Fikirnya ia hanya cinta monyet semata-mata namun ia adalah cinta sejati.. Lightconflict and of course really sweet like a candy. Mature content, sexy storyline, happy, Cerita ni ringan sahaja dan konflik hanya ringan. Have some content 18+🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
SUAMI KU LECTURER by csya29
csya29
  • WpView
    Reads 74,109
  • WpVote
    Votes 1,853
  • WpPart
    Parts 41
💕 SINOPSIS NOVEL: SUAMI KU LECTURER 💕 Nur Umairah Batrisya, seorang mahasiswi tahun akhir yang ceria, kuat semangat dan berdikari, tidak pernah menyangka akan dijodohkan dengan seorang pensyarah muda yang tegas dan penuh prinsip, Tengku Ukasyah Arief. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi menjaga maruah dan keluarga. Di sebalik wajah garang dan dingin Tengku Ukasyah, tersimpan seribu rahsia dan luka lama yang belum sembuh. Umairah pula berusaha keras untuk menyesuaikan diri sebagai isteri muda dan pelajar, di samping menyimpan impian untuk mengubah dinginnya hati sang suami. Namun, mampukah sebuah perkahwinan tanpa cinta bertahan? Atau mungkinkah benih cinta akan mula bercambah apabila dua hati yang berbeza dunia ini mula belajar mengenali makna sayang, pengorbanan dan kesetiaan?
ARSHAD ISKANDAR SHORT STORY C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 2,589
  • WpVote
    Votes 483
  • WpPart
    Parts 18
Smooth story | Short story "Kalau boleh, aku nak abaikan dia. Aku tak nak dia kenal aku. Aku cuma berharap dia tak wujud lagi." Is tahu dia adalah perempuan itu. Tahu sangat. Tapi kenapa sekarang? "Tak pernah-pernah kau cuba nak usha dia Is, kau makan apa sampai rosak macam ni?" Kenapa dia buat macam tu? Dia, cuma tak boleh terlepas dari memori yang masih berbekas di hatinya. "Aku tak boleh cintakan kau." Sungguh, dia bukanlah lelaki yang sesuai. Tapi, perasan kecewanya pula berakhir dengan perasaan kasihan. "Sebelum kau cintai aku, kau kena cintakan agama aku." P/S - Just don't forget vote, follow and support. Aku teringin nak buat perempuan lain-lain agama ni. Tapi aku takde keberanian sebab yelah, ni semua agama. But we must try right? Kalau tak semenarik seperti di dalam sinopsis, author mintak maaf ye. Vote first then read. Start : 16/11/23 End : 20/09/24 Sad ending © Nice cover by PutraRize_
MOHD KHAIRY C , PERENTAS WAKTU 2 OG by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 6,526
  • WpVote
    Votes 1,097
  • WpPart
    Parts 65
Slice of life | Dark Life | ⚠️ Harsh scene | Harsh word Khairy, seorang remaja berusia 16 tahun, hidup dalam dunia yang senyap dan terasa jauh dari orang sekeliling. Sejak kecil, dia terbiasa berdikari, bukan kerana pilihan, tetapi kerana keadaan. Keluarganya jarang menunjukkan kasih sayang secara terbuka, menjadikan Khairy seorang yang memendam rasa. Dia bukan anak yang nakal, tetapi jiwanya kosong, seperti ada bahagian dalam hidupnya yang hilang. Dia mula berkawan dengan anak-anak muda sebaya dan setaraf dengannya. Mereka bukan penjenayah, tetapi masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza, membawa luka tersendiri. Di situ, Khairy belajar tentang dunia luar yang lebih jujur daripada apa yang dia alami di rumah. Mereka berbual, bergelak, kadang hanya duduk diam bersama dan itu pun cukup untuk membuat Khairy rasa diterima. Namun, setiap kali pulang ke rumah, kekosongan itu kembali. Dia hanya duduk di bilik, ditemani cahaya lampu biru yang menjadi simbol ketenangan buatnya. Dia termenung, cuba memahami dirinya sendiri. Walaupun sering dikelilingi kawan, Khairy masih merasa sunyi. Dia mula menulis, melakar bayangan perasaannya, namun persoalan tetap tinggal. "Siapa kau?" P/S : Sambungan cerita Dari Housmate aku Hantu. Kisah Khairy sebelum jadi adik angkat Danny. Start: 10/5/25 End: 10/5/25 Sad Ending © Cover book by @cikmirela PERENTAS WAKTU 2 Random genre | Friendship | Heavy story Kerana sumpahan masih ada, Khairy masih diganggu oleh bunyi seruling hampir setiap bulan penuh. Namun kerana itu, dia tidak pernah memberitahu kepada Danny dan yang lain. Pada akhirnya dia menganggap bunyi-bunyi itu sekadar menyapanya. Namun tidak lama kemudian, Iskandar pula tidak sedarkan diri. Hal ini membuatkan semua orang dilanda cemas. Perjalanan cerita dan peristiwa tersendiri menyambut mereka semua di perentas waktu seterusnya. Start: 14/4/26 End: © Cover book by @cikmirela
PERENTAS WAKTU C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 26,559
  • WpVote
    Votes 2,502
  • WpPart
    Parts 53
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy empat sahabat yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib kecuali Khairy yang menolak kemampuan itu sehinggalah hijab pendengarannya pula terbuka. Ketika mengikuti ekspedisi perkhemahan anjuran sekolah, mereka diganggu sesuatu di hutan. Akibat dendam lama, satu sumpahan dikenakan ke atas mereka dan membawa mereka jauh ke zaman silam, era Kesultanan Melaka. ...... Di dunia asal, tubuh mereka koma beberapa hari tetapi masih bernyawa. Saat tersedar, mereka berada dalam tubuh orang lain dan tiada siapa menyedarinya. "Now I'm facing a legend! Yeah, you're lucky!"- Is "Aku macam kenal laksamana Hang Tuah tu. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak signature dia." - Danial "Aku hanyalah khadam, tidak berani meminta lebih.." - Danny "Just accept that we are time travelers. Kita kena cari cara hapuskan sumpahan ni, kalau tak, kita akan terkurung di sini selamanya." - Khairy Bagaimana mereka ingin mematahkan sumpahan itu, apa kaitannya dengan barang kuno yang mereka miliki, dan bagaimana mereka mahu pulang ke zaman asal? Nantikan mereka dalam PERENTAS WAKTU. P/S ☞ : Kisah adalah sekadar rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati. Tiada kaitan dengan agama. Sekadar imaginasi renungan bersama. Start: 18/12/23 [2nd book] End: 30/03/24 Bad ending in happy situation. © Nice cover by PutraRize_ Perentas waktu 2 - Random genre | Friendship | (Heavy story)