ʀɪʀʏ'ꜱ ʟɪᴛᴛʟᴇ ꜱᴛᴜᴅɪᴏ
35 stories
The Heirs Of Ezra II COMPLETED✅ by DeFliq
DeFliq
  • WpView
    Reads 64,560
  • WpVote
    Votes 9,790
  • WpPart
    Parts 46
Ku Qhaliq Ezra~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas baran, membuatkan orang disekeliling takut untuk mendekatinya. Tetapi tidak dengan si puteri kecilnya yang bernama Ku Qhalisha Inayah yang sentiasa membuatnya menjadi gembira dan soft person. Nur Adriana Mairah ~~ Seorang gadis yang berusia 23 tahun yang berkerja sebagai PA kepada sahabatnya yang bernama Nur Nadia Nadira. Mereka sama-sama mengecapi kejayaan dengan berusaha membangunkan Syarikat S'Rina hingga ke antarabangsa. Apa yang akan terjadi jikalau si duda bertemu dengan si gadis semasa blind date? Blind date? Masing-masing pergi blind date ker? Bagaimana pula jikalau si duda sudah jatuh cinta dengan si gadis manis kerana sikap kejujurannya? Tambahan, Cintanya pula makin lama makin dalam sehingga menimbulkan perasaan obsess dan possessive Status Start: 21/4/2022 End: 15/11/2025 Beautiful cover from @Radenyurana @raffaelda & @BelloSignoraa
[C] Jiran Seberang Rumah by hazzaara
hazzaara
  • WpView
    Reads 1,255
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 17
Rancangan asal untuk menghabiskan sisa hidupnya dengan tenang di kampung halaman arwah ibu abahnya itu terganggu dek kemunculan Ahmad Sufi, lelaki gila yang sering kali menaikkan darahnya. :: bacaan santai dan ringan.
Love Under Control [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 2,553
  • WpVote
    Votes 136
  • WpPart
    Parts 14
Elyra Kaelyn. Dilahirkan sebagai anak perempuan Armand adalah satu sumpahan kepadanya. Dalam kepercayaan mereka, anak perempuan adalah pembawa malang. Tidak layak menjadi pewaris keluarga, dan akan menyusahkan mereka. Sejak hari dia dilahirkan, Elyra tidak pernah benar-benar diterima. Sehinggalah satu kemalangan... yang bukan hanya merubah hidupnya, tetapi membuatkan dirinya makin dibenci oleh mama dan papanya. "Aku menyesal lahirkan kau Elyra." Di saat hidupnya semakin hancur, muncul seorang lelaki yang menginginkannya-dalam diam. Dato' Leon Veyron Vincent, seorang duda. Seorang lelaki berkuasa. Petik jari saja dia dapat segala yang dia mahukan. Termasuklah Elyra. Dia sanggup berbuat apa saja sehingga gadis itu menjadi miliknya. Di tengah-tengah kesulitan hidup Elyra, dia dipaksa berkahwin dengan Leon, oleh ayahnya sendiri. Adakah kehadiran Leon akan menjadi pelindung... atau penghancur terakhir bagi Elyra Kaelyn? "I'll make you love me, Kaelyn." - Leon Veyron Vincent "And I'll make sure I never fall for you, Leon." - Elyra Kaelyn start : 1 may 2026 end : ⚠️ Typo di mana-mana ⚠️ Grammar errors ⚠️ Trauma childhood ⚠️ Slow storyline ⚠️ Read at your own risks
Beneath His Gentle Lies [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 25,066
  • WpVote
    Votes 1,164
  • WpPart
    Parts 44
[slow update] Dara, seorang anak sulung. Dimana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata keluarganya. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Apa yang along buat tetap takkan pernah betul di mata ayah kan?!" Dara Nadira Satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayahnya. Hazrel muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Selepas kahwin, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De' Lorien yang hidupnya dipenuhi rahsia? "Aku tiada niat nak khianati kepercayaan kau love, cuma aku terpaksa. Sebab aku taknak kau pergi dari hidup aku selepas tahu siapa aku yang sebenar." Hazrel Aidan De' Lorien Hi! Ini kali pertama saya publish karya saya dalam Wattpad, saya harap sesiapa yang baca boleh terima jalan cerita saya yang tunggang langgang ni 🤗. Saya masih belajar, kalau ada salah minta korang tegur. Terima kasih pada yang sudi baca ❤️. start : 9/11/2025 end :
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 164,189
  • WpVote
    Votes 7,467
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
[TERBIT] Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,898,593
  • WpVote
    Votes 94,276
  • WpPart
    Parts 63
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
His : Haninda Amara [OG] by lyaamysarah
lyaamysarah
  • WpView
    Reads 18,079
  • WpVote
    Votes 1,486
  • WpPart
    Parts 23
[FIRST STORY➴] - SLOW UPDATE 「 𝑻𝒘𝒐 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒔, 𝑶𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 」 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 | 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚, gadis yang tak lekang dengan senyuman, bukan kerana bahagia tetapi untuk menutup luka lama yang pernah meragut sebahagian hidupnya. Tragedi silam itu meninggalkan trauma yang perlahan-lahan menuntut penyembuhan. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 membina hidupnya dengan satu tujuan, iaitu menjadi yang terbaik demi ibunya. Di sebalik kehidupannya yang tampak sempurna dari luaran, dalam diam Qays dihantui dengan bayangan silam yang pernah menghancurkan dirinya sejak kecil lagi. Dua jiwa yang terluka ini disatukan dalam sebuah ikatan yang lebih mulia daripada sekadar cinta. Saat bahagia menyapa, Amara mula percaya bahawa luka lama, walau sedalam mana sekalipun, mampu disembuhkan... selagi mereka saling ada. "Hubby sayangkan sayang sampai bila-bila..." -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 Namun di sebalik senyuman dan janji setia, terselit seribu satu rahsia lama yang menuntut kebenaran. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan kesetiaan cinta mereka diuji oleh dugaan yang tidak terduga, sehingga hati yang pernah sembuh kembali runtuh. "Sampai bila lagi? Saya dah penat, Qays!" -𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 Mampukah Amara mengecapi bahagia untuk kesekian kalinya? Dan mampukah Qays mengembalikan cahaya dalam hidup Amara, tanpa melepaskan cinta yang mereka bina? "Even in a thousand lifetimes, my heart will choose you, Nur Haninda Amara." © lyaamysarah 2025 ⚠️100% MY OWN IDEAS‼️ 🚫 NO PLAGRISM ALLOWED‼️ [COPYING MY WORK IS STRICTLY FORBIDDEN!!!] START : 30 NOVEMBER 2025 END : ?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 540,171
  • WpVote
    Votes 47,910
  • WpPart
    Parts 89
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
A Song For You by itsmentaris
itsmentaris
  • WpView
    Reads 874
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 28
Sofea Renaya. Pelakon wanita terkenal, wajahnya terpapar di setiap kaca televisyen. Hidupnya seakan-akan sempurna, dipenuhi dengan pelbagai jenis watak-dari kesedihan, jenayah hingga kemanisan. Tiada satu pun yang belum pernah dia lakonkan. Ezra Khael. Penyanyi yang telah lama menjejakkan diri dalam dunia nyanyian. Hari-harinya hanyalah lirik, melodi dan irama, seolah-olah hatinya cuma punya ruang untuk muzik. Hidup mereka berubah sejak Ezra memilih Renaya untuk bergandingan dalam video muzik terbaharunya. Chemistry yang sukar dinafikan membuatkan netizen rancak cuba menjodohkan mereka-sehinggalah satu ayat itu terucap. "Apa kata... kita kahwin?" Dunia Renaya seakan berhenti berputar. Segala kewujudan lelaki lain lenyap, meninggalkan hanya Ezra Khael di hadapannya. Gila. Lelaki itu benar-benar gila. Dan Ezra tidak pernah menafikannya. Cuma Renaya tidak tahu-di sebalik kegilaan itu, tersimpan keikhlasan yang terlalu dalam. "Saya takut, Ezra. Saya takut untuk semua ini. Saya... saya tak layak." Renaya menolak. Berkali-kali. Ezra pula tidak pernah berhenti memilihnya. Hingga akhirnya, Renaya mengalah. Namun kebahagiaan itu tidak sepenuhnya tenang. Ada sesuatu yang mengganggu Renaya-sesuatu yang membuat dadanya terasa sesak tanpa sebab.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,328,265
  • WpVote
    Votes 76,116
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?