Sweet
31 stories
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️ by evallynaa
evallynaa
  • WpView
    Reads 44,912
  • WpVote
    Votes 1,611
  • WpPart
    Parts 65
✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidup saya bila awak tak ada nanti." - Eider Wakeel "Saya takkan tinggalkan awak lama-lama.. saya janji yang saya akan balik semula. Nanti bila kita meningkat dewasa kita jumpa balik dekat sini, okey?" - Bunga Batrisha "Kalau saya rindu awak sebelum awak balik macam mana?" - Eider Wakeel "Kalau awak rindu saya.. awak tengok bunga garden roses. Nanti hilang lah rindu awak pada saya.." - Bunga Batrisha 16 tahun berlalu. Mereka berdua mencari satu sama lain sehingga takdir menemukan mereka dengan cara yang mereka sendiri tidak tersangka-sangka? Dengan peryamaran yang dilakukan oleh Eider membuatkan Bunga tidak tahu akan hal itu. Namun sebalik peryamaran itu.. mahu tahu? baca la cerita ini.
Tengku Darwish Amsyar : His Precious Angel by mint_llc
mint_llc
  • WpView
    Reads 747,133
  • WpVote
    Votes 20,141
  • WpPart
    Parts 62
[My First Story♡] Diana Mikaeyla X Tengku Darwish Amsyar "Let me heal your pain." - Tengku Darwish ⚠️DILARANG PLAGIARISM, 100% IDEA SENDIRI⚠️
IDLAN: HIS WIFE [C]  by imflorecer
imflorecer
  • WpView
    Reads 107,742
  • WpVote
    Votes 4,246
  • WpPart
    Parts 42
1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaganya dari kecil membuat Idlan pusing. Mana nak cari isteri dalam masa tiga bulan? Iman Dahlia jatuh cinta pada abang kepada sahabat baiknya sendiri. Siapa sangka pertemuan mereka dahulu membuahkan taman dalam hati Iman. Ikatan termaterai namun mampukah mereka menggapai bahagia bersama hingga ke akhir ketika rahsia mulai terbongkar... 'Ariningsun, If forever does exist please let it be you' ⚠️ DILARANG PLAGIAT ⚠️ CRINGE Start: 25.04.2023 End:13.06.2023
BUKAN ISTERI PILIHAN by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 284,108
  • WpVote
    Votes 9,236
  • WpPart
    Parts 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki mereka ADAM RAEES seorang diri. Tambahan pula, anak lelakinya itu mula membisu sejak kematian isterinya. Dia buntu mahu bagaimana lagi untuk mengembalikan kebahagian anaknya. Kepulangannya ke kampung telah membuatkan ADAM kembali berbicara semula. Sangkaannya AUNI QALISYA yang telah membuat anaknya gembira semula sehingga dia berniat untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri. Namun, niatnya pula dibantah oleh anak lelakinya kerana ADAM mahukan NUHA INARA yang menjadi mama barunya. Pada akhirnya, AARIZ akur dengan permintaannya anaknya. Bagaimana pula dengan NUHA INARA? Bolehkah dia menerima permintaan ADAM? Bagaimana pula dengan AARIZ ADYAN? Mampukah dia melayani NUHA INARA sebagai isteri yang sebenar walaupun itu bukan pilihannya?
Kasih Tak Terbatas [Complete & Revised] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 30,980
  • WpVote
    Votes 816
  • WpPart
    Parts 41
Zahra Safiyyah, seorang wanita berbadan besar yang pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Arab Saudi. Berbekalkan impian dan semangat untuk menyumbang kepada industri penerbangan negara, Zahra kembali sebagai seorang wanita yang lebih matang dan berdikari, meskipun masih bergelut dengan rasa rendah diri. Kepulangannya menemukan dia dengan Mejar Faiz Ilham, seorang pegawai PASKAU TUDM yang berdisiplin, berani dan berkarisma, namun memiliki sisi lembut dan penyayang. Perkenalan yang diatur secara tidak langsung oleh kedua ibu bapa mereka membawa kepada pertemuan demi pertemuan - pada mulanya kaku dan penuh salah faham, namun lama-kelamaan membibitkan perasaan yang sukar dijelaskan. Cinta mereka diuji dengan pelbagai rintangan - termasuk trauma silam Zahra yang menghantui malamnya, perasaan rendah diri yang meragui keikhlasan Faiz, serta cabaran daripada ahli keluarga yang tidak menerima fizikal Zahra. Namun, Faiz sentiasa teguh menyokong, menyakinkan Zahra bahawa cinta sejati tidak melihat pada rupa, tetapi pada hati yang setia menerima segala kekurangan. Dengan sokongan keluarga dan keberanian untuk melawan ketakutan dalaman, Zahra perlahan-lahan membuka hati untuk menerima cinta Faiz. Mereka melalui proses pernikahan, penyesuaian sebagai suami isteri, dan ujian-ujian hidup yang memperkuatkan kasih sayang mereka. Dalam dunia yang sering menghakimi luaran, kisah mereka menjadi bukti bahawa kasih sayang yang tulus mampu mengatasi segala batasan. Mejar Faiz Ilham PASKAU x Zahra Safiyyah
My Cold-Hearted Tuan Radzin (COMPLETED) by selenophile01_
selenophile01_
  • WpView
    Reads 220,771
  • WpVote
    Votes 5,420
  • WpPart
    Parts 72
Syed Radzin, 29, Alpha Leader (PASKAL) Leftenan Komander, TLDM. - Iman's husband Nik Iman Zuhayrah, 25, manager, anak yatim piatu. - Radzin's wife Update time: Friday, Saturday or Sunday ~~~~ "Awak buat apa dekat sini? Bukan ke awak patut balik sehari sebelum awak kahwin?" soal Iman acuh tak acuh. "Pembetulan, kita kahwin. Saya balik awal sebab nak pujuk orang tu." Balas Radzin dengan muka biasa. **** Radzin terpaksa pulang ke Lumut awal kerana terdapat urusan yang perlu diselesaikan. Iman ditinggalkan di rumah. Selepas selesai majlis bersanding,Radzin bergerak ke Lumut pada waktu malam Bagaimana hari-hari Iman terpaksa menghadap lelaki dingin ni sebagai suaminya? Sudah lah asyik kena tinggal saja. Termenung Iman dibuatnya. Namun Iman tidak kesah, dia cuma mahu Radzin sentiasa selamat ketika bertugas. Dalam pada masa sama, musuh Radzin mula munculkan diri setelah sekian lama tidak berkhidmat dengan tentera laut. Niatnya hanya untuk membalas dendam. Apakah kesudahan hidup mereka berdua?
LELAKI TERBAIK UNTUKNYA by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 51,544
  • WpVote
    Votes 2,272
  • WpPart
    Parts 34
Pertemuan yang tidak sengaja antara EIMAN HARRAZ dengan seorang gadis kampung bernama AARA ZULAIKHA telah mengubah hati Eiman yang selama ini tidak terusik. Sejujurnya, rasa suka pada gadis itu mula timbul dihati Eiman selepas pertemuan kali pertama mereka. Eiman sendiri tak sangka secepat ini hatinya boleh jatuh suka pada seorang gadis yang baru dia kenal. Tanpa Eiman tahu, Aara juga mempunyai perasaan yang sama padanya. "Kenapa awak senyum?" -AARA ZULAIKHA "Sebab awak comel." -EIMAN HARRAZ Sejak mengenali Aara, Eiman menjadi seseorang yang berbeza dari sebelumnya. Dulu dia seorang yang pendiam dan tak suka bersosial. Kini, dia telah berubah. Kehidupan dia jauh lebih baik dari sebelumnya. Dia juga lebih gembira bila bersama Aara. Kepulangan Aara ke kampung untuk mengabarkan berita tentang hubungannya dengan Eiman. Siapa sangka, hubungan itu tidak direstui oleh ayahnya. Angan-angan untuk mendirikan rumah tangga musnah ditengah jalan. "Saya tak boleh kehilangan awak, Aara. Saya akan pastikan ayah awak akan terima saya satu hari nanti." -EIMAN HARRAZ. Aara sendiri buntu. Dia mahu bersama Eiman. Tapi dia tak mahu derhaka pada ayahnya. Sulit untuk dia membuat keputusan. Dan akhirnya, Aara memilih untuk pergi dari hidup Eiman. Tak apa untuk kehilangan lelaki yang cinta. Tapi dia tak sanggup untuk kehilangan ayah kandungnya. Namun, ia tidak bermakna Eiman akan berputus asa. Eiman tetap berkeras mahu menjadi lelaki yang terbaik buat Aara. "Saya percaya satu hari nanti pakcik akan nampak keikhlasan saya pada Aara. Saya sayangkan dia." -EIMAN HARRAZ. Persoalannya, berjayakah Eiman mendapatkan gelaran lelaki terbaik buat Aara?
Bicara Sunyi Sebuah Kasih [Revising] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 164,509
  • WpVote
    Votes 4,406
  • WpPart
    Parts 49
Alya, gadis bisu yang tidak pernah didengari suaranya-bukan kerana dia tidak mahu bersuara, tetapi kerana dunia tidak pernah mahu mendengar. Hidup dalam bayang-bayang penderitaan dan layanan keluarga yang mencarik maruah, dia dipaksa menikahi Faris, lelaki misteri yang disangkakan biasa, namun rupa-rupanya seorang Mejar dalam pasukan elit 21 Grup Gerak Khas Tentera Darat Diraja Malaysia (21 GGK TDM). Perkahwinan itu bukan tentang cinta, tapi pengorbanan. Dua jiwa yang tak pernah saling mengenali kini berkongsi satu atap, satu takdir. Alya dengan dunia sunyinya, dan Faris dengan rahsia perjuangannya. Dalam diam, kasih mula bercambah. Dalam senyap, luka lama cuba disembuhkan. Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Ketika misi sulit negara mula menyentuh pintu rumah, dan rahsia masa silam mengintai bahagia yang baru tumbuh, adakah hati mereka cukup kuat untuk bertahan? Bicara tidak perlu suara, tapi cukuplah kasih yang memahami dalam diam, dan cinta yang berjuang dalam sunyi. Mejar Faris 21 GGK X Alya
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [BAKAL TERBIT] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 4,124,629
  • WpVote
    Votes 158,468
  • WpPart
    Parts 78
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya dan memiliki seorang anak. Bekas isterinya langsung tidak mahu bertanggungjawab menjaga Jabir, anak tunggal mereka menyebabkan dia terpaksa mencari babysitter untuk anak mereka. Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur. Satu peristiwa mempertemukan mereka berdua. Pada awalnya Thaqif sekeras-kerasnya membenci Kausar. Baginya gadis itu mahu mengambil kesempatan pada keluarganya. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku - Thaqif Even pakcik dah jumpa family saya, pakcik still tak percaya saya ke?? - Kausar Namun dia terpaksa mengambil Kausar sebagai babysitter anaknya sementara dia dapat mencari babysitter yang baharu. Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hatinya mula tersentuh. Tanpa diduga, perasaan cinta muncul secara tiba tiba namun dia masih menafikan. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Kau dan Jabir separuh nyawa aku. Jika salah seorang hilang, maka tak lengkap la kehidupan Thaqif Jabar - Thaqif Jabar Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan fikirannya bercelaru. Bersama dengan bekas isterinya semula atau bersama yang baharu? Masih cintakah dia pada bekas isterinya? START - 22/2/2023 END - 29/4/2023