syeera003's Reading List
73 stories
My Posessive Husband [✔️] by yourLeoG
yourLeoG
  • WpView
    Reads 24,138
  • WpVote
    Votes 857
  • WpPart
    Parts 10
" Kamu milik aku! selamanya milik aku. Ngerti gak ?!! " " Kenapa vano berubah macamni sekali? Dulu vano bukan main berlembut tapi sekarang .... " " Maaf ya honey ... aku gaksuka liat kamu deket sama cowo lain , aku .. cemburu . " " Cemburu kamu berlebihan vano , Ra muak! " " NO !! SANDRA ALYANNA !!! " " mommy ... daddy ... Ayla gakmau kalian begini . " " JANGAN TINGGALKAN KAMI !! PLEASE !! NO MORE !! " • • Apa yang akan kalian lakukan jika seorang jejaka tampan hadir di kehidupan kalian dan mengatakan bahawa kalian berdua mempunyai anak bersama ? Tidak masuk di akal bukan ? Tapi inilah jalan kehidupan seorang gadis bernama 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐲𝐚𝐧𝐧𝐚. Dipertemukan dengan dua insan yang sekaligus mengubah kehidupannya. Terpaksa menjadi sosok ibu untuk seorang anak kecil dan terpaksa hidup berhampiran dengan seorang jejaka 𝐩𝐨𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞. GEOVANO ETHAN AKSA . Seorang lelaki Indonesia yang tak pernah ia kenali. Akankah semuanya berjalan sesuai rancangan Sandra ? Atau Sandra harus mengikuti takdir yang sudah tertulis untuknya ? Terikat dengan hubungan perkahwinan yang dibina. Pada awalnya Sandra menolak sekerasnya untuk memberi ruang untuk Geovano bertahta di hati nya. Tetapi atas kehendak tuhan , seiring berjalannya waktu cinta yang dulu nya di elakkan kini mulai mekar di hati. Apabila perasaan sayang dan cinta sudah berputik , sikap sebenar mulai keluar . Sedikit demi sedikit . Perlahan tapi pasti . Sikap cemburu buta , tidak mahu kehilangan atau boleh dikatakan 'posessif' yang dahulunya di simpan oleh Geovano akhirnya muncul. Dapatkah Sandra bertahan dengan sikap 'posessif' Geovano dan mempertahankan mahligai yang baru sahaja hendak melangkah kebahagiaan ? Adakah keadaan akan menjadi kacau dan huru hara ? ( 17+ ⚠️ ) [ MalaysianXIndonesian story ] [ ON GOING ] [ SLOW UPDATE ]
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 407,848
  • WpVote
    Votes 11,418
  • WpPart
    Parts 75
♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun niat tidak menghalalkan cara. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram." Inara, seorang gadis yang bermulut murai dan kaki menjawab memang nombor satu! Dia yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selama hampir 10 tahun terpaksa berpisah hanya disebabkan kejadian satu malam yang tidak diingini berlaku menyebabkan angan-angan ingin naik ke jenjang pelamin bersama-sama punah! "Demi Allah, saya tak buat kerja terkutuk tu! Dalam hati saya hanya ada awak seorang aje..." "Tak payah nak guna nama Allah, Inara kalau semuanya dah terbukti depan mata saya!" Hatinya hancur apabila difitnah sebegitu. Lagi sakit tika dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenali. Bercinta apatah lagi? . . "Saya dah habiskan enam ribu ringgit duit awak harini." "Okay." "Okay? Awak tak marah? Semua ni duit awak tau? Saya tak keluar sesen pun duit saya..." "Buat apa abang nak marah? Lagipun, untuk siapa lagi abang nak bazirkan duit-duit tu kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni? Duit abangkan duit sayang jugak?" . . "Selama ni aku tak pernah halang kau keluar dengan kawan-kawan kau... Tapi, jangan gunakan kesempatan yang ada untuk pijak kepala aku!!" PRANGGGG!!! START: 4 JULAI 2023 END: 2023 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULAN💕 🐾No war✌️ 🐾Maaf jika cerita ini banyak kekurangan kerana saya hanyalah manusia biasa
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 176,526
  • WpVote
    Votes 17,063
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
Lelaki Bertopeng Putih by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 15,930
  • WpVote
    Votes 1,496
  • WpPart
    Parts 10
REWRITE VERSION | SEQUEL H426 ×××× LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya, dia ialah Haries Naim. Lelaki yang ceria dan gemar mengusik. Meskipun sentiasa ditekan dari pelbagai pihak, Haries tetap ceria. Sehinggalah suatu hari, dia dikejutkan dengan keputusan Datin Naina yang menginginkannya berkahwin. Tiga bulan masa diberi untuk Haries berkenalan dengan gadis pilihan, Raihanah Jazmin. Sebab yang dikemukakan oleh ibunya sudah cukup buat Haries menerima dengan rela biarpun hatinya mahukan sebaliknya. Kehadiran seorang lelaki yang lumpuh separuh badan, Fariel mengundang tanda tanya. Lelaki itu seolah-olah ada rahsia yang disimpannya. Dan rahsia itu diceritakan dengan melindungi Raihanah. "Saya memang tak kuat. Tapi saya tahu, saya perlu lindungi dia, Haries." - Fariel Masalahnya terus bertambah apabila keluarganya seringkali diserang algojo-algojo yang menyimpan dendam di hati. Tapi, hairannya, target sebenar mereka, bukan keluarga Haries tapi... Raihanah. "Dendam ini takkan jumpa penamatnya selagi hembusan nafas ini bukan yang terakhir." - Yanny The Surrogate Saat itu, Haries mula mempersoalkan semuanya. Kepercayaan, harapan dan sebuah kisah hitam. Terlalu banyak rahsia yang mereka simpan. Terlalu banyak penipuan yang mereka ungkapkan. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim akhirnya berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Lelaki Bertopeng Putih tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali? "Rahsia, pengkhianatan dan cinta. Aku tak pernah tahu rasanya sakit macam ni sekali, Farhan." - Haries ×××× Tarikh mula : 190321 Tarikh akhir : - Genre : action + romance + mystery Status : on going Cover by : @azleyanaaa
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,565,525
  • WpVote
    Votes 341,206
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,825,014
  • WpVote
    Votes 412,292
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,275,694
  • WpVote
    Votes 26,919
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,181,508
  • WpVote
    Votes 88,097
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
The New Generation Series : Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 88,201
  • WpVote
    Votes 1,491
  • WpPart
    Parts 11
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam bab cinta dia kecundang apabila gadis yang lama di idamkan olehnya curang dengan lelaki lain. Hal ini membuatkan sikap Syaqil yang dulunya peramah, penyayang dan pelawak menjadi seorang lelaki yang dingin. Atas suratan takdir Syaqil disatukan kembali dengan Hayfa iaitu bekas kekasihnya. Namun disebalik perkahwinan tersebut dia melancarkan perang dingin terhadap Hayfa. Hayfa yang sedar statusnya sebagai isteri Syaqil telah berusaha untuk mengambil kembali hati Syaqil yang sudah tawar. Walaupun sikap Syaqil dingin terhadap Hayfa. Perasaannya terhadap isterinya itu masih juga tidak berubah. Sehinggakan dia berani mengambil risiko bekerja sebagai cikgu di Sekolah Elite semata-mata kerana ingin menjaga Hayfa. "Kalau abang dah tak cintakan Faa kenapa abang setuju kahwin dengan Faa?" -Hayfa- "Mungkin tuhan pun bantu aku untuk balas dendam pada perempuan yang curang macam kau ni." -Syaqil- Mampukah Raja Hayfa Hanina mengambil semula hati Syaqil Asran? Serta mampukah Syaqil menyesuaikan dirinya dengan para pelajarnya yang nakal? Perhatian: Segala babak tentang sekolah di dalam cerita ini adalah fiksi. Ianya menceritakan tentang sekolah Kemahiran Elite swasta. Tidak ada kaitan dengan sekolah goverment. Jadi persekitarannya tidak sama dengan sekolah biasa dari segi budaya, suasana dan tingkah laku pelajar. Oleh itu, sila jangan bandingkan babak pelajar di dalam cerita ini dengan murid sekolah goverment. 💢untuk pembaca matang sahaja. READ AT YOUR OWN RISK. Kerana cerita ini ada unsur ganas, bahasa kesat dan sweet terlampau.
𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐚𝐫 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 33,019
  • WpVote
    Votes 1,239
  • WpPart
    Parts 6
𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 4 - Bidadari yang dipinjam Aayan Haydar. Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries "Lupakan janji dulu..." AAYAN HAYDAR - Lelaki berkacukan Arab yang mempunyai sepasang mata berwarna hijau cerah yang mampu memikat hati para gadis. Empat tahun ditinggal oleh kekasih hati menyebabkan hatinya berbolak balik. Atas sebab desakkan mamanya, dia terpaksa melupakan janji Manis yang pernah diikat bersama kekasih hatinya dahulu. "You nak jadi munafik Aayan?" NADDA ADEENA - Gadis cantik yang berusia 23 tahun, selepas 4 tahun berada di luar negara atas sebab melanjutkan pelajaran kinindia sudah pulang ke tanah airnya hanya demi menunaikan janji yang pernah diikat bersama kekasih hatinya dahulu. Namun, hatinya hancur tatkala mengetahui kekasih hatinya telah menghianati sekaligus menipunya hidup-hidup.