novel
199 stories
C| SYURGA DADDY [REVAMP] by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 745,119
  • WpVote
    Votes 20,393
  • WpPart
    Parts 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
CRUEL DESTINY | C by missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Reads 310,900
  • WpVote
    Votes 16,316
  • WpPart
    Parts 55
[BOOK SERIES ] Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? IN RANKING: #3 in sadromance. Start: 9 Ogos 2024. End: 18 May 2025.
BIDADARI TUAN ELQAR |PBKL25 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 724,607
  • WpVote
    Votes 16,295
  • WpPart
    Parts 27
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ]  by ElleLays
ElleLays
  • WpView
    Reads 346,317
  • WpVote
    Votes 6,357
  • WpPart
    Parts 33
Daniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak dari bekahwin dengan perempuan yang bernama Nur Aisyah. Daniel veins mempunyai seorang kekasih, tetapi ibu bapa nya tidak merestui hubungan mereka. Malah, daniel dijodohkan dengan nur aisyah, yang mana ibu bapa daniel berkenan dengan perwatakan nur aisyah. Dari situ, Daniel mula tunjuk berang. Macam mana kesudahan hidup seorang gadis yang bernama Nur Aisyah? Mampukah dia mengharungi hari hari nya bersama lelaki yang bernama Daniel Veins? Kata kata daripada author : Saya masih baru dalam bidang penulisan. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan. Selamat membaca ❤️
Retak Tapi Rasa (C)  by azizemanis
azizemanis
  • WpView
    Reads 55,228
  • WpVote
    Votes 1,993
  • WpPart
    Parts 38
Mereka pernah bersama sebagai tunang. Namun bukan atas dasar cinta, tapi kerana suatu perjanjian bisnes semata yang jauh dari kata ikhlas. Baru sempat cinta berputik tapi semuanya retak, masing-masing membawa diri... dan luka yang tak sempat sembuh. Kini, mereka bertemu semula-bukan sebagai pasangan, tapi sebagai musuh yang pura-pura tak pernah rasa apa-apa.Terselit juga rasa rindu tapi masing-masing menidakkan. Antara dendam yang belum padam, perasaan yang masih bersisa, dan rahsia yang makin menekan... bolehkah dua hati yang pernah kecewa, berdamai dalam cinta yang tak dirancang? Ini bukan kisah cinta yang mudah. Ini kisah mereka yang pernah hampir bersatu, tapi terpaksa berpisah-dan mungkin, diberi peluang kedua.
Dia, Zayn Raffael (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 424,538
  • WpVote
    Votes 4,875
  • WpPart
    Parts 14
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
Cleo Adrianna [ COMPLETED ] by iam_ishaaa
iam_ishaaa
  • WpView
    Reads 91,306
  • WpVote
    Votes 3,525
  • WpPart
    Parts 35
"Cleo minta maaf". Tidak sengaja menggodam komputer riba daddynya sehingga dia tahu rahsia terbesar keluarganya sendiri. Siapa sangka bahawa selama ini dia tinggal dengan pembunuh yang buatkan dia terjerat dengan keputusan daddynya. "Kahwin dengan Qasha". "I said no!". Qasha tidak henti datang menaruh harapan agar dia menerimanya sebagai suami. "Uncle kata yang Cleo tak nak kahwin dengan abang". "Haah,memang pun!". Siapa sangka dia pula terpaksa jadi buruan musuh keluarganya hanya disebabkan dia cucu pertama yang akan mewarisi segalanya. "Abang janji tiada siapa akan sentuh Cleo". Semakin lama dia mengenali Qasha, semakin banyak yang berubah dalam kehidupannya. Segala perkara baik berlaku sebelum dia ditimpa malang yang bawa dia kepada maut. Adakah Qasha tetap akan tepati janjinya?
PERLU KAMU by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 3,385,143
  • WpVote
    Votes 62,489
  • WpPart
    Parts 44
PERLU KAMU (COMPLETED) (UNEDITED) Tanpa diduga Marisa terikat dengan lelaki itu tanpa kerelaan hati disebabkan kepentingan mereka. Marisa menjadi mangsa keadaan. Hati Marisa sakit diperlakukan kasar oleh Rykal sepanjang tempoh perkahwinannya. Cinta Rykal bukan untuk dirinya tapi untuk kakak tirinya. ________________________________________ Rykal pula sanggup berkorban apa saja demi Laila, kekasih pujaannya. Dia rela berkahwin dengan adik tiri gadis itu buat sementara waktu atas permintaan Laila. Dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan Laila pada akhirnya First Book Start : 16 June 2018 End : 24 May 2020 Author : ssweetroses
Purrfect Match | [C] by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,828,250
  • WpVote
    Votes 64,064
  • WpPart
    Parts 68
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs