Hayys Farisya
3 stories
BUKAN YANG PERTAMA (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 365,453
  • WpVote
    Votes 3,197
  • WpPart
    Parts 18
Pernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau mengakhiri semuanya. Dan saat semuanya berakhir, kau teringin balik semula. Tapi kau takut dikecewakan lagi. "Jangan ungkap kata cinta kalau berlaku jujur pun awak tak mampu." -ARMELL "Awak masih anggap saya begitu? Langsung tak boleh maafkan saya ke, Mell?" -HAYY MIKAEL "Saya memang baik untuk maafkan awak. Tapi saya tak bodoh untuk terus percayakan awak lagi." -ARMELL
Dia, Zayn Raffael (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 424,964
  • WpVote
    Votes 4,876
  • WpPart
    Parts 14
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
Dia, Aydenku (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 1,150,158
  • WpVote
    Votes 13,486
  • WpPart
    Parts 15
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan kekecewaan pada Ammara. Sedih, marah, kecewa! Itulah perasaan yang wajar dia rasakan setelah ditipu hidup-hidup. "I'm truly sorry." -AYDEN AL-HAQ "Sorry, for what? Sorry for letting me grieve?" -AMMARA FARISHA Sejak kembalinya lelaki itu, hidup Ammara menjadi haru-biru. Ayden mahukannya walau dengan apa jua cara sekalipun. Bukan tidak suka... Suka! Tetapi bukan selepas Ammara tahu, siapa Ayden yang sebenarnya. Ayden! Atau lebih dikenali sebagai Haq, bukan sekadar seorang pensyarah. Tetapi juga seseorang yang pernah menjadi buruan polis. Lantaran itu, Ammara mula menjauhkan diri. "Jadi isteri aku, Ammara. Aku boleh buat kau bahagia." -AYDEN AL-HAQ "Saya tak tahu macam mana orang gila macam awak ni boleh jadi pensyarah. Awak psiko!" -AMMARA FARISHA Sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Ammara tewas! Lamaran Ayden diterima dan di saat bahagia menjadi milik mereka berdua, muncul sahabat lama menggoyahkan mahligai yang baru saja dibina. Hariz, punya motif tersendiri. "Menjadi isteri awak adalah satu kesilapan terbesar yang pernah saya buat." -AMMARA FARISHA "Abang maafkan Ara." -AYDEN AL-HAQ Rupanya bukan itu yang membuatkan Ammara terduduk. Tetapi bila kisah benar di sebalik kematian palsu Ayden terungkai, benar-benar membuatkan dia terhenyak. Ternyata Carlo adalah penyelamat segalanya, termasuk rumahtangganya. "Kau tak pernah tahu pengorbanan dia pada kau. Sebab tu kau layan suami kau tak ubah macam sampah. Kau islam dan kau sepatutnya tahu kewajipan isteri adalah taat pada seorang suami." -CARLO MATTEO Apakah kisah di sebalik cerita tujuh tahun yang lalu? Siapakah Carlo? Dan setelah kebenaran terungkai, mampukah Ammara menambat semula hati sang suami? Warning: ⚠️Uncensored 🚩 Red flag FL (heroin)