Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
novel yng bes
44 stories
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED] by roseerly
roseerly
  • WpView
    Reads 93,039
  • WpVote
    Votes 2,200
  • WpPart
    Parts 45
⚠️ Cerita ini ditulis semasa author baru melangkah ke alam sekolah menengah. Jangan berharap akan kesempurnaan. ⚠️ Jalan cerita mungkin memeningkan dan tidak masuk akal. NAURAH LUTHFYA, seorang wanita yang selalu ditimpa musibah. Kehilangan orang tersayang ialah perkara pertama yang menyakiti hatinya. Dipukul dan dihina ialah perkara kedua. Manakala, dikhianati oleh orang yang dia paling percayai ialah perkara ketiga. Siapa sangka? Disebalik senyuman manis yang bertakhta di bibir itu, terselit luka yang tidak akan pernah hilang dari hatinya. TENGKU ZAFREL ARASH pula ialah lelaki dingin pertama yang pernah dia jumpai. Sikap lelaki itu yang dingin bagaikan Gunung Everest amat menyakitkan hatinya. Ditanya sepatah, dijawab pula sepatah. Namun, tiada siapa menyangka bahawa jodohnya bersama dengan lelaki dingin itu. Perkahwinan paksa itu telah mengubah segala-galanya. "Mungkin ini pertemuan terakhir kita" -Haqq Luqman. Niatnya untuk berumah tangga bersama dengan orang yang dia cintai telah hancur begitu sahaja. Pada mulanya, dia menyangka bahawa sikap Zafrel akan berubah selepas berkahwin dengannya. Namun, tidak. "Nama kau tak pernah terukir di dalam hati aku" -Tengku Zafrel Arash. Akibat satu tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang, sikap lelaki dingin itu berubah 360 darjah. Bunga yang layu semakin mekar. Namun, kemunculan orang ketiga telah memusnahkan segala-galanya. "I will get you... You're mine" -misteri. Adakah mereka dapat mengekalkan rumah tangga mereka yang hampir musnah itu? Adakah bunga yang mekar akan layu kembali? "Kini aku sedar bahawa kaulah cinta pertama dan cinta terakhirku"
TITIK BAHAGIA SELAMANYA [ NOVEL ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 376,223
  • WpVote
    Votes 5,416
  • WpPart
    Parts 11
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
Jarak Umur Antara Kita | C by farahnotfara
farahnotfara
  • WpView
    Reads 774,957
  • WpVote
    Votes 3,250
  • WpPart
    Parts 5
Baihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai isterinya. Umur Aleesya Qaisara yang terlalu muda untuk Baihaqi itu telah menyebabkan dia tidak dapat layanan yang selayaknya dia terima sebagai seorang isteri. Baihaqi kerap kali menganggap dia sebagai budak-budak. Tidak matang. "Minum duduklah abang." -Aleesya Qaisara "Kau tak payah nak mengajar aku lah. Kau tu cuma budak muda yang tak matang!" -Baihaqi Baihaqi juga kerap memperlekehkan apa-apa yang Aleesya Qaisara lakukan. Baihaqi selalu anggap budak muda seperti Aleesya Qaisara hanya akan menimbulkan masalah dan tidak akan pernah menyenangkan dirinya. Namun, lama-kelamaan perlakuan seorang isteri yang ditunjukkan oleh Aleesya Qaisara semakin lama mula menjentik hati Baihaqi. Aleesya yang selalu mengemas tempat tidur mereka, Aleesya yang selalu membasuh baju mereka, Aleesya yang selalu menyediakan makanan buat dia. Tetapi, satu konflik sebenar mula timbul apabila Aleesya sendiri mendengar pengakuan suaminya terhadap rakan-rakannya. Selain itu, satu pengakuan baru yang disebut oleh Baihaqi benar-benar menjatuhkan hati Aleesya Qaisara ke lubuk yang paling dalam. "Eya, you matang. Nampak berkerjaya. Kenapalah I tak kahwin dengan you dari mula lagi?" -Baihaqi
Pelangi Buat Riyana [TERBIT] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 212,831
  • WpVote
    Votes 2,484
  • WpPart
    Parts 12
[NON-EDITED] Riyaz Huzair. Dia lelaki periang yang penuh dengan loyar buruk. Tidak pernah bercinta adalah 'kelemahan' yang paling dia banggakan. 33 tahun hidup membujang bukan satu masalah untuknya. Setiap gadis yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah dengan alasan peliknya sendiri. "Aku nak jodoh yang namanya hampir sama dengan nama aku." - Riyaz Huzair Dan takdir pertemukan dia dengan seorang gadis bernama Riyana Hazira, gadis cashier. "Kalau sengkek, jangan makan dekat sini." - Riyana Hazira Dia, gadis yang langsung tiada ciri 'lembut' seperti seorang wanita. Di sebalik sikapnya yang kasar, Riyana menyimpan kisah silam yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Luka lama yang terlalu dalam, membuatkan hatinya tidak mempercayai lelaki. Bagi Riyana, Riyaz hanyalah seorang pelanggan yang suka menyibuk. Bagi Riyaz, Riyana adalah satu-satunya 'jodoh' yang memenuhi kriterianya. Hanya kerana nama yang hampir sama dengannya. Namun, ada sesuatu dalam diri Riyana yang masih berperang dengan masa lalu. Mampukah Riyaz merawat luka di hati Riyana? Atau kehadirannya cuma menggali lebih dalam luka yang Riyana cuba sembunyikan selama ini? - Start: 1 April 2025 End: 2 June 2025
Perangkap Kasih Tak Dirancang  by Nurazyraa
Nurazyraa
  • WpView
    Reads 19,487
  • WpVote
    Votes 657
  • WpPart
    Parts 32
Cassandra Anayra, gadis sederhana yang penuh kasih sayang terhadap haiwan, tidak menyangka hidupnya akan bersilang dengan Tengku Nik Adrean Darwish, CEO muda yang dingin dan penuh misteri. Semuanya bermula apabila Cassandra Anayra ingin menyelamatkan seekor kucing dan hampir kemalangan. Pertemuan demi pertemuan, pertelingkahan kecil dan kehangatan yang perlahan-lahan membentuk hubungan yang sukar diduga. Tanpa sedar, Cassandra mula menjadi sebahagian daripada keluarga Nikara Holdings-tempat yang dipenuhi dengan aura bangsawan, rahsia, dan persaingan hati. Namun, misi kerja ke Thailand menjadi titik hitam apabila satu perangkap licik tersusun rapi. Cassandra dituduh 'bermalam' dengan Adrean, dan nama baik Nikara harus diselamatkan. Demi maruah, perkahwinan terpaksa dijalankan. Tapi... adakah cinta boleh tumbuh daripada perangkap yang tak pernah dirancang? TUNGGU APALAGI?! JOM BACA!!
Isteri Tengku Kyle ✓  by hohoie
hohoie
  • WpView
    Reads 541,188
  • WpVote
    Votes 15,425
  • WpPart
    Parts 87
~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alice Azra. 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐚𝐲𝐥𝐚 Gadis campuran Melayu dan Brazil. Memiliki sepasang anak mata yang turun dari ibunya iaitu warna hijau. Seorang yang lemah lembut, dan berhati tisu. Datang ke Malaysia untuk mencari hidupan baru dan bekerja sebagai model disalah sebuah syarikat yang ternama. Memiliki rupa paras yang cantik dan berkulit putih susu. Ditambah pula dengan sepasang mata hijau, memang sangat sempurna. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 𝐊𝐲𝐥𝐞 Jejaka yang menjadi gilaan ramai wanita-wanita, termasuk pekerja bawahan syarikatnya. Memiliki tubuh paras yang menawan dan sederhana sado. Berkulit putih merah, memiliki sepasang mata berwarna hazel yang turun dari papanya. Bibirnya merah asli sungguh membuatkan wanita-wanita menjadi kaku bila memandang. Pada suatu hari, Faliq's Holdings telah menganjurkan program pembukaan syarikat baru di Hotel Stars. Para-para model dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu. Dan bermula saat itu, mereka dipertemukan dengan satu kejadian yang dirancang oleh seseorang. "mana macam I boleh ada dekat sini? siapa you?" - 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 "kita kena kahwin, takkan nak tunggu perut kau memboyot baru nak terhegeh-hegeh suruh aku bertanggungjawab? Fikir pakai otak Puteri Amanda Milayla" - 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 '𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢' Status : [COMPLETE] #Maafkan saya kalau ada kesalahan bahasa atau typo #Pembetulan kata akan di ubah bila cerita dah siap #Mohon vote dan komen (kalau taknak takpe,
Dia Penjaga Hati | C by JaenRhapsody
JaenRhapsody
  • WpView
    Reads 350,535
  • WpVote
    Votes 11,882
  • WpPart
    Parts 53
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berdamai dengan nasib kehidupan. "Mak Mah tolong la carikkan Harraz jodoh, Harraz percaya dengan taste Mak Mah"- Harraz Althaf "Impian saya tahun ni, saya nak jadi orang yang paling lama single dekat kampung ni." - Hana Raisya "Orang cakap bercinta lepas nikah menarik, so are you in?"- Harraz Althaf "Kalau betul saya ni perampas, saya akan undur diri" - Hana Raisya Berjayakah Harraz untuk bertemu dengan pasangan hidupnya? Mampukah Hana berdamai dengan masa lalunya? Romance story 🦋 Happy story 🤍 Banyak kesalahan ayat dan typo. cerita cringe dan cliche.. START - 26/1/2024 END - 1 /10/2024
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,614,980
  • WpVote
    Votes 54,342
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Sisakan Aku Cinta | TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 321,769
  • WpVote
    Votes 6,563
  • WpPart
    Parts 18
-
TUAN AIREL by Athrshaa
Athrshaa
  • WpView
    Reads 116,084
  • WpVote
    Votes 3,675
  • WpPart
    Parts 38
Tuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitkan dari nya. Diri nya ego! Tapi ego yang selama ni disanjung tinggi akhirnya membinasakan diri nya sendiri. Dia terjatuh hati pada si isteri sendiri ! Dia, Tuan Airel. Jejaka redflag.