abeautic
- GELESEN 156
- Stimmen 16
- Teile 4
Nurul Wahida Natasha gadis cantik yang dijual oleh keluarganya kerana hutang syarikat ayahnya yang melampau sehingga mau tak mau ayahnya harus menjual gadis cantik itu. Tapi bukannya sedih, keluarga Wahida justru sangat bahagia apabila mengetahui berita Wahida yang akan dijual kepada pemuda kaya yang menuntut hutang ayahnya. Menurut keluarganya, Wahida itu hanyalah beban yang tidak sepatutnya hidup di antara keluarga tersebut.
Rafael Alfionzo. Siapa yang tidak mengenali jejaka tampan ini kena pergi dekat media social teroka lebih dalam tentang lelaki ini. Sudah lah kaya, tampan, memang full package lah. Siapa sahaja yang menjadi calon istri Tuan Rafael ini pasti beruntung.
Tapi hakikatnya, Tuan Tampan mereka ini merupakan seorang yang berhati dingin dan juga tidak pernah ada niat untuk berkahwin ataupun mencari teman wanita, entah kerana apa. Banyak juga khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa Rafael ini sebenarnya gay ataupun sudah dijodohkan dengan anak daripada sahabat mama nya yang juga dari keluarga berada.
Tapi siapa sangka, dikeranakan salah satu pemilik syarikat yang berhutang wang ringgit sebanyak RM 10 juta akhirnya berniat menjual satu satunya anak perempuan mereka kepadanya kerana mereka tidak mempunyai banyak wang ringgit untuk membayar tuan muda itu. Awalnya Rafael menolak, tetapi dia akhirnya bersetuju kerana dia berniat untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai istri palsu dan juga bahan seksaan nya apabila dia sedang bosan.
"perempuan murah macam kau tak layak hidup" - Rafael Alfionzo
" Ya Allah, andai kata kebahagiaan akan datang kepadaku dikemudian hari bantulah aku agar masih dapat bertahan," - Nur Wahida