AdrianaShahril's Reading List
39 stories
Signore & Signora [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 608,078
  • WpVote
    Votes 23,932
  • WpPart
    Parts 63
Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai majikan dan juga karyawan. Siapa sangka, tertekan dengan perangai 'hantu' majikannya, Elle menggunakan kesempatan kefasihan bahasa melayunya dengan menyumpah seranah majikan di dalam bahasa melayu. Namun hal yang tidak terduga terjadi apabila majikannya sendiri rupanya fasih dalam bahasa ibundanya sendiri. Pucat lesi wajah Elle. Dari situ, mulalah kisah cerita mereka yang terkadang merapu, sedih, lucu dan juga pelbagai emosi sehingga tumbuhnya bibit cinta antara mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu, dapatkah mereka dapat bersatu bersama-sama atau adakah halangan di dalam perhubungan mereka? 🦋🦋🦋
Diary: Love You Mr. Detective  by nrlshafz
nrlshafz
  • WpView
    Reads 112
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
Dear diary, Ini adalah buku kehidupan aku yang telah berubah jauh lebih bahagia dari yang aku inginkan. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah pertemukan aku bersama insan yang sangat baik. Seorang lelaki yang amat aku kagumi merubah segala kehidupan aku.. yang kini telah menjadi suamiku. Naqieb Asyraf, Dulu aku selalu mengkagumi mu. Penampilanmu, personalitimu, kebaikanmu terhadap aku yang akhirnya mengubah menjadi sebuah cinta. Cinta yang telah kau tumpah sepenuhnya buatku. Wahai sang suami, sebagai ringkasan diary ku ini, aku sangat hargai atas segala perkara yang telah kau lakukan untukku sehingga menjadi seorang bidadara yang protective buatku. Terima kasih.. kerana telah menunaikan janji mu. Janji yang sangat bernilai buat aku, dirimu dan keluarga kecil kita. Terima kasih kerana mencintaiku dan membina kehidupan denganku sehingga kita dikurniakan dua cahaya mata. Aaqib Asyrln & Nurul Naqiera Akan ku jaga dan sayangi keluarga kecil kita ini sehingga akhir hayat hidupku. Sayang dari isterimu, Nurulia Alynna @nrlshafz [Ciptaan Dan Idea Sendiri ✔️] [Kepada Teenager 17+ ] [⚠️Dilarang plagiat and copy]
Love You Mr. Detective [C]  by nrlshafz
nrlshafz
  • WpView
    Reads 101,080
  • WpVote
    Votes 5,064
  • WpPart
    Parts 63
Kehidupan seorang gadis yang dihantui dengan kehidupan jahiliah dan kepahitan yang amat perit setelah ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kejadian kemalangan jalan raya. Namun, keperitan itu tidak berhenti di situ apabila gadis itu perlu mengharungi pelbagai cabaran negatif apabila tinggal di kampung bersama pakcik dan makciknya. Cukup dengan penyeksaan, penderaan dan penghinaan yang dia dapati. Malah, dia tidak berdiam diri. Dirinya sanggup melarikan diri dari segala kesakitan yang dibina di kampung tersebut dan membina hidup baru dengan bantuan sahabatnya. Kehidupan seorang gadis bernama Nurulia Alynna berubah baik apabila dapat memulakan hidup barunya di Kuala Lumpur. Namun, kebahagiaan tidak akan terus berlangsung sehingga dirinya diancam oleh pakciknya semula. Maka, dengan takdir Allah SUB dia dipertemukan oleh insan yang membantu mengubah kehidupannya. Kepercayaan menghasut diri. "Habis tu? Biar aku jelah hantar kau balik. Aku tahu rumah kau kat mana." - NAQIEB ASYRAF "Awak tahu?" - NURULIA ALYNNA "Awak siapa hah sebenarnya?" - NURULIA ALYNNA Naqieb Asyraf. Seorang jejaka yang penuh bersemangat dalam menunaikan janji dan tidak pernah berputus asa. Bukan sekadar semangat dalam menjadi seorang anggota polis malah lebih berdedikasi dalam kerjanya. Tugas yang diambil mengubahkan hubungan dia bersama Nurulia Alynna. Pertemuan pertama kali hanya kebetulan. Malah, Allah menunjukkan takdir yang sebenar antara mereka berdua dan tanpa sedari takdir antara mereka berdua mengubah lebih baik. ""Kita kena juga tanya kepastian supaya tak jadi apa-apa, Su.." - DATO' KAMAL "Saya sayangkan awak sebagai suami saya and I'm not force you to love me." - NURULIA ALYNNA Cabaran yang menimpa mereka memberi seksaan perit yang mampu memisahkan mereka. Adakah kehidupan Nurulia Alynna akan bahagia atau sebaliknya? @nrlshafz [Ciptaan dan Idea Sendiri✔️] [Kepada pembaca 17+] [⚠️Dilarang plagiat atau copypaste]
Baby Angel Izzam Nik [OG] by nrlshafz
nrlshafz
  • WpView
    Reads 1,785
  • WpVote
    Votes 104
  • WpPart
    Parts 19
Cinta? Satu perasaan yang tidak mahu dia merasakan apabila hidup di dunia. Walaupun, dirinya tidak pernah merasai cinta seorang lelaki dengan hanya kasih sayang dari ibu bapanya sahaja. Lebih-lebih lagi mendapat tahu perasaan cinta tersebut dari orang yang dia tidak pernah kenal mahupun terminat. Seorang gadis yang bernama Saleha Arynie dengan mempunyai sifat yang keras kepala, berpendirian tetap dan workaholic menjadi tumpuan buat seorang lelaki yang dipertemukan tanpa tidak sengaja melalui lingkungan persahabatan mereka. "I can take care myself. Ayah percaya pada Ary. Ary boleh berdikari. What ever you do, I never agree and please ayah.. don't do it." - Saleha Arynie "And please, we do it for your own good. Ayah tak kesah, you must accept it." - Syed Gabriel Keadaan berubah dengan lebih teruk. Perbalahan yang berpanjangan. Ketidaksefahaman. Perasaan yang dipenuhi dengan kebencian dan ego yang merubah segalanya dalam diri gadis itu disaat dipertemukan oleh seorang jejaka di atas kehendak dari seorang ayah dan ibu. "You ungkap sebanyak mana pun, ia tak kan ubah apa-apa dalam hati I ni. I ada hak. Suka hati I apa yang I nak buat. Sampai bila-bila pun, I tetap benci you, Izzam Nik." - Saleha Arynie "Happy to hear that. Apa-apa pun jadi, I tak akan lepaskan you. " - Izzam Nik Izzam Nik. Seorang jejaka yang mempunyai pelbagai rahsia dan identiti yang tersembunyi dalam diri tanpa semua orang tahu. Seorang yang ceria dan happy go lucky pada diri hanyalah topeng disebalik identiti sebenarnya. Pendiriannya yang sebenar dalam dirinya merubah sedikit demi sedikit apabila dia dipertemukan oleh seorang gadis yang membuat hatinya tertarik dengan hanya sekali pandang sahaja. Begitu mudah bukan? Mudah baginya malah sukar untuknya memiliki. Dua insan yang mempunyai haluan yang jauh berbeza dalam kehidupan mereka. Mampu kah kehidupan mereka berubah satu dengan hanya cinta? @nrlshafz [Ciptaan Dan Idea Sendiri ✔️] [Kepada Teenager 17+ ] [⚠️Dilarang plagiat and co
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,273,421
  • WpVote
    Votes 428,724
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 766,637
  • WpVote
    Votes 26,464
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 272,184
  • WpVote
    Votes 8,822
  • WpPart
    Parts 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 385,396
  • WpVote
    Votes 13,899
  • WpPart
    Parts 47
[1st story] RAYYAN ADYAN x NAYLA ALEENA Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" HARITH "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." RAYYAN ADYAN Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." Rayyan Adyan Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
DIA DALAM DOAKU by ANASUHAN
ANASUHAN
  • WpView
    Reads 288
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 12
Hana Wadina seorang perempuan yang sentiasa ingin mencapai keinginannya dengan membuka HanaDina Café. Jiwanya berubah kerana dibelenggu dengan masalah kesihatan dan mentalnya. Dihina. Dibenci. Difinah pembunuh. Seorang yang telah dimanipulasi dengan rawatan hipnoterapi oleh orang yang dianggap keluarga sendiri. Memalsukan memori ingatan menjadi lebih mengerunkan dalam hidupnya. Rafiq Mikail seorang ketua dalam unit STORM (Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia). Seorang yang juga dibelenggu dengan kisah silam tersendiri sehingga tidak dapat mengembalikan hidupnya lagi. Terbakar. Lemas. Itu yang selalu dimimpikan olehnya. Mereka berdua adalah rakan baik sewaktu remaja dahulu. Dipisahkan oleh keluarga untuk kepentingan diri sendiri. Namun siapa sangka takdir tuhan lebih indah daripada perancangan manusia. Mereka dipertemukan kembali setelah sedekad berpisah. Disebalik pertemuan itu satu persatu kebenaran terbongkar yang menyebabkan kehancuran jiwa semakin memuncak. Kebenaran apakah yang menghancurkan setiap detak jantung mereka? Adakah mereka dapat bersatu?