boyfie 😍😍😍
4 histórias
Sedetik Lebih [COMPLETE] de CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Leituras 862,339
  • WpVote
    Votos 63,691
  • WpPart
    Capítulos 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
✓ TUNKU NOAH NATHAN  de Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Leituras 11,374,874
  • WpVote
    Votos 486,543
  • WpPart
    Capítulos 71
#1st UNDER HE SERIES: •Tunku Noah Nathan 👑 ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
✓ RAJA DAIYAN GHAZI de Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Leituras 7,387,907
  • WpVote
    Votos 383,116
  • WpPart
    Capítulos 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif
MR PIRATE [Complete] de CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Leituras 6,012,683
  • WpVote
    Votos 419,871
  • WpPart
    Capítulos 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna