recommended
11 stories
Rumah Terakhir ✔️ by EvyanaKim
EvyanaKim
  • WpView
    Reads 216,911
  • WpVote
    Votes 16,323
  • WpPart
    Parts 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima orang baru dalam hidupnya. Dia fikir tindakannya itu akan membuatkan Izzar Naresh akan putus asa dan pergi tapi tidak! Lelaki itu tidak putus asa, malah sedaya upaya untuk tetap hadir dalam kehidupan Hifza Yelda. "Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" "Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." Sikap tidak putus asa Izzar Naresh akhirnya membuatkan dia semakin lama semakin rapat dengan Hifza Yelda, bahkan semakin lama dia kenal gadis itu. Dia melihat sisi gelap yang disembunyikan oleh gadis itu. Apa yang berlaku dengan kehidupan Hifza Yelda membuatkan dia tidak mahu menerima orang baru dalam kehidupannya? Apakah Izzar Naresh diberi peluang merebut hati gadis itu agar mencintai dirinya? Baca Rumah Terakhir, cerita yang diisi dengan Puisi dan Depresi. Start - 1 November 2021 End - 28 November 2021 Edit : 14 March 2022
Flower Path (TERBIT) by CikYaya_
CikYaya_
  • WpView
    Reads 286,290
  • WpVote
    Votes 2,491
  • WpPart
    Parts 14
"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mikayla untuk memiliki keluarga yang sempurna dan bahagia musnah akibat bapanya sendiri. Membesar tanpa sosok sang ibu yang sudah pergi buat selama-lamanya telah menimbulkan api dendam dalam jiwa Iris. Lantas, Iris nekad, mereka-mereka yang menghancurkan impiannya harus diajar dengan tangannya sendiri! "Maafkan Daddy" "Too late" Dalam episod dendam Iris yang tidak berkesudahan, ada cinta yang tumbuh mekar sejak sekian lama. Zafran Malique, masih seorang pencinta yang setia. Walau dihina, dimaki, diherdik bahkan dijadikan sebagai 'senjata' dendam, rasa cintanya kepada Iris tetap tidak berganjak. "Zafran, cintakan Iris?" "Sangat...mama" Akibat kesalahan lampau sang ibu, ada insan yang tidak bersalah yang harus menerima akibatnya. "Penderitaan mereka, adalah neraka bagi kau!" "Kenapa buat Zara macam ni? Apa salah Zara?" "Simple. Sebab kau anak perempuan tu" Namun, tanpa Iris sedar, dalam melunaskan dendamnya, dia juga tersungkur di dalam dendamnya sendiri. Jatuh cinta kepada abang tirinya sendiri tidak termasuk dalam rancangan dendamnya. "Kenapa aku rasa, kau sedang gali kubur untuk kau sekali, Iris?"
Penantian Cinta by sugarcxndy
sugarcxndy
  • WpView
    Reads 1,126,098
  • WpVote
    Votes 32,011
  • WpPart
    Parts 60
Highest: [ #17 in Romance, #28 in Romance ] Kahwin Paksa? Ya, memang tipikal. Siapa sangka hidup Edrianna Rose bertukar 360° setelah di paksa untuk berkahwin dengan CEO yang keras kepala, Tengku Aiden Mikael. Mungkin sesetengah orang berasa bersyukur dijodohkan bersama seorang CEO muda yang kacak lagi berjaya, tetapi tidak bagi Edrianna. Semuanya seperti musibah. Didera, dihina dan dimaki. Tidak ganjil bagi seorang isteri menginginkan kasih sayang dan cinta dari seorang suami. Adakah Edrianna sanggup untuk membuka hatinya setelah disakiti oleh Tengku Aiden? * * *
1|| ECEY I: Toxic Love ©️ by veyasroses
veyasroses
  • WpView
    Reads 167,753
  • WpVote
    Votes 2,840
  • WpPart
    Parts 17
"Toxic is when they can't let you go, but can't treat you right either." Firyana; Firdaus Azieq × Ayana Nayla {Under 'ECEY' series} × first story) ⚠️If you don't like it, kindly remove this story from your library/reading list. I do not tolerate bad reviews. "Stop blaming me for everything when you're just watching and not helping." Ayana Nayla, seorang gadis yang berumur 23 tahun. Cantik dan menawan orangnya. Tiada keluarga, hanya mempunyai seorang kakak sahaja. Hidupnya normal. Masalah hidupnya cuma satu, dia obses dengan seorang lelaki yang dia temui setelah sekian lama terpisah. Ayana gila, gilakan lelaki itu. "You make me feel useless as a husband." Firdaus Azieq, seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak la orang kata. Berumur 25 tahun, sentiasa alert dengan persekitarannya. Dia soft spoken, act of service punya love language. Senang cerita, Firdaus ni memang greenflag! Dah nama kata takdir kan, mereka berdua bertemu dalam situasi yang tidak disangka. Ketika pertemuan pertama mereka, Ayana mengugut lelaki itu. Melihat Ayana yg berubah psiko, Firdaus nekad untuk melarikan diri daripada genggaman gadis itu dengan menjalinkan hubungan dengan seseorang! "Aku dah ada girlfriend! Tolong jangan kacau aku lagi!" - Firdaus Azieq. "Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takboleh dapat kau!" - Ayana Nayla. ⚠️⚠️⚠️ Tak suka tak payah baca ya. I dah cakap banyak kali dah. Typos everywhere. Not that cringe but still cringe. Grammar errors. A lot of Kedahan slang HAHAHAHA
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,045,530
  • WpVote
    Votes 296,601
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,806,473
  • WpVote
    Votes 206,911
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,801,443
  • WpVote
    Votes 282,703
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,554,863
  • WpVote
    Votes 625,486
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,719,070
  • WpVote
    Votes 408,805
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna