🥭og🥭
99 stories
THE TWINS REVENGE  by daraxlynnn
daraxlynnn
  • WpView
    Reads 82
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 16
Hilman dan Hilzan dilahirkan sebagai anak kembar dalam keluarga kaya, tetapi takdir memisahkan mereka sebelum sempat mereka mengenal dunia bersama. Umur lima tahun, Hilman hilang dari keluarga asalnya. Tiada siapa tahu ke mana dia pergi - kecuali lelaki tua yang menemuinya tidur di kaki lima sebuah kedai lama, kesejukan dan kelaparan membalut tubuh kecilnya. Lelaki itu bukan siapa-siapa yang Hilman kenal. Tapi dari hari itu, lelaki tua itu menjadi satu-satunya dunia yang Hilman ada. Dia dibawa ke rumah kampung lelaki tua itu, sebuah rumah kecil yang ringkas, jauh dari kesibukan dan kemewahan yang sepatutnya menjadi hidupnya. Di situ, Hilman belajar bertahan dengan kehidupan sederhana, mencari kebahagiaan dalam hal-hal kecil - bunyi hujan di atap zink, aroma tanah basah selepas hujan, dan cahaya matahari pagi menembusi jendela kayu. Sejak umur 20 tahun, lelaki tua itu mula membawa Hilman lebih dekat ke dunia yang lelaki kecil itu pilih sendiri - dunia lukisan. Berus dan kanvas menjadi teman sejati Hilman. Setiap sapuan warna, setiap bayangan yang dilukis, menyimpan rindu yang dia tidak pernah tahu bagaimana untuk luahkan, dan juga bayangan adik kembarnya yang terpisah itu: Hilzan. Kini, Hilman berusia 25 tahun. Rumah kampung itu dipenuhi kanvas, berus, dan warna. Dia sudah menjadi pelukis berbakat. Lelaki tua itu - yang dulu asing tetapi kini seperti ayah kandungnya sendiri semakin uzur. Dan Hilman, setiap kali memandang cermin, selalu teringat bayangan Hilzan, adik kembar yang hidup dalam kemewahan dan dunia yang tidak pernah dia tahu. Setiap lukisan seolah-olah bertanya: "Apa akan terjadi jika darah yang sama itu bertemu semula?"
Dear Abang Bomba (OG) by hazzelava
hazzelava
  • WpView
    Reads 3,363
  • WpVote
    Votes 308
  • WpPart
    Parts 6
"Cik tak perlu takut. Saya ada. Cik akan selamat selagi cik ada dengan saya" - Khair Insiden kebakaran yang berlaku menemukan Hana dengan seorang abang bomba kacak. Momen yang sekejap. Tetapi berjaya mencuit hati seorang Hana. Sejak itu, Hana rasa hatinya telah dicuri! Macam-macam helah dia lakukan untuk mengorat abang bomba yang merupakan heronya. "Nama abang apa tadi ya? Hmm susah lah pulak nak sebut. Panggil sayang je boleh tak?" - Hana "Maaf, tapi saya tak berminat nak berkenalan dengan cik," - Khair Tapi abang bomba kita ni hati batu. Sikit pun dia tak lut dengan ayat-ayat manis bergula Hana. Namun, air yang tawar, jikalau terus digaulkan dengan gula tetap akan manis kan? Tanpa sedar, hati Khair juga mula berdebar diketuk perasaan aneh. Dinding keras yang dibina memagari hatinya selama bertahun sedikit demi sedikit kian retak dengan kehadiran Hana. Perpisahan terjadi. Namun takdir menemukan mereka sekali lagi. Kala itu, Khair sedar. Hana adalah jawapan kepada doa yang dia langitkan selama ini. "Bukan kerana bertemu lalu kita berjodoh, tetapi kerana berjodohlah lalu kita bertemu," - Khair Ini kisah Hana yang gedik dan abang bomba dia yang nonchalant. Kisah yang aneh... tapi manis. Yang membara panas.... tapi hangat. Ini, Kisah mereka. ⚠️ CRINGE OVERLOADED!
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI by theghafs
theghafs
  • WpView
    Reads 40,015
  • WpVote
    Votes 2,215
  • WpPart
    Parts 36
-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya salah. Dia memang benar-benar cintakan gadis itu iaitu Nelysa Haura . Namun, cinta mereka ibarat bertepuk sebelah tangan dan Harraz Al-Qadri nekad mahukan Nel untuk jadi suri hatinya. walau badai datang melanda namun, Harraz Al-Qadri tetap percayakan takdir dan jodoh. "i only want you,Nel."- Harraz Al-Qadri
BETWEEN DREAMS AND DESTINY [ slow update ] by daphnetrisy
daphnetrisy
  • WpView
    Reads 1,897
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 29
'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menariknya keluar. Pemilik syarikat Light-Zink Atelier. AYLIA TRISYIA - seorang wanita yang suka peduli hal sendiri. Dia adalah seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat di Itali iaitu Hughes Holding. Gadis ini memiliki rupa paras yang cantik dan memiliki aura yang tersendiri. Personalitinya yang ceria dan tidak dingin itu telah memberi impak positif kepada orang sekelilingnya. Pertemuan mereka sewaktu perjalanan ke Itali telah menggamit perasaan nyampah dalam diri Aylia namun tidak bagi jejaka itu. "Apa tengok-tengok?!" - AYLIA "Can you please shut up, princess annoying?" - HUZZAQ. Selepas tamat kontrak Aylia, gadis itu balik ke tanah air dan secara tidak langsung, tugas Huzzaq juga selesai. Takdir bawa mereka untuk bersua semula di Malaysia. Banyak tanda yang diberikan oleh Huzzaq namun Aylia masih tidak nampak akan perasaan jejaka itu. "She's my wife. Cantikkan dia?" - HUZZAQ "WHAT!?" - AYLIA Aylia ditakdirkan bertunang dengan orang yang dia tidak kenal hanya untuk bernikah dengan orang yang dia suka iaitu Huzzaq. Awal perkahwinan mereka sangat manis namun mereka ditimpa ujian apabila Aylia kemalangan yang menyebabkan dia koma. "I don't want to lose you too, stella..." - HUZZAQ Adakah Aylia akan sedar? Ataupun ada rahsia yang masih berbaki diantara mereka? Atau... ini semua hanyalah mimpi semata? Start: 22072023 End:
Rescue Me, Tuan Inspektor! by izzmanibells
izzmanibells
  • WpView
    Reads 16,443
  • WpVote
    Votes 719
  • WpPart
    Parts 23
Pergi saja kekasih pertamanya Hariz, separuh jiwa Tiara turut pergi bersama Hariz. Hariz pergi meninggalkan Tiara depan matanya sendiri tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. "Sudah la, orang yang mati tu juga kau nak tunggu-tunggukan. Aku depan mata kau tak nak pandang" - Firdaus "Abang Daus sedar tak apa yang abang cakap ni? Abang Daus sekarang abang ipar Tiara tahu tak?!" - Tiara "Kau ingat aku nak sangat ke dengan kakak kau? Aku kahwin dengan dia pun sebab aku nak kau" - Firdaus "Dasar psiko!" - Tiara Firdaus, lelaki psiko yang taksub akan Tiara sejak dari sekolah rendah lagi walaupun kini Firdaus telah menjadi abang ipar Tiara. "Jangan sentuh Tiara!" - Tiara "Kau jerit lah kuat macam mana sekali pun. Tak akan ada sorang pon boleh tolong, sebab dalam rumah ni hanya ada aku dan kau saja" - Firdaus Jika dulu Hariz sering menjadi tempat pelindung dan penyelamatnya namun kini tidak lagi. "Saman tetap saman" - Uwais "Kan saya dah kata, saya tertinggal purse! kenapa Tuan tak faham?" - Tiara "Saya atau awak yang tak faham? undang-undang negara adalah undang-undang yang perlu dipatuhi. Awak siapa nak pertikaikan undang-undang dan kerja saya?" - Uwais Di pertemuan kali pertama mereka tidaklah seindah orang lain. Sering saja bertikam lidah, tak kira yang muda atau yang tua dua-dua tak nak kalah. "Tia nak kahwin" - Tiara "Tak boleh! Tiara tak boleh kahwin! Tiara muda lagi jadi Daus rasa biarlah Tia fokus pada hidup nya dulu" - Firdaus Takut menguasai diri, otak dan akal Tiara juga ligat memikirkan apa yang dikatakannya tadi. Itu semua spontan, dirinya langsung tak merancang untuk berkahwin. "Tia nak kahwin dengan siapa?" - Tasnim "Dengan saya" - Uwais Maka bermula lah kisah di antara Tiara dan Tuan Inspektor Uwais. Bolehkah anjing dan kucing menjadi burung merpati sejoli yang bahagia? Adakah Firdaus akan berdiam diri? Semuanya akan terjawab dalam.. "Rescue me, Tuan Inspektor!" - Tiara
HIS GENTLE LIES || OG  by fieraax
fieraax
  • WpView
    Reads 41
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 6
Seorang gadis yang memasuki islam dengan niat dia akan menjauhi perkara yang sudah lalu dan menerima diri dia yang sekarang. Dia berfikir hidup dia akan berubah dan akan lebih baik dari sebelumnya. Namun semua menjadi lebih teruk. Keluarga tidak menerima dirinya yang memasuki islam. Dia dihina oleh keluarganya sendiri dan dihalau keluar dari rumah. Dia mula hilang arah. Namun dia diselamtkan oleh lelaki yang misteri. King Leo Xander. Leo mengajak nya kawin. "Tapi.. Saya tak kenal awak.. " - Melissa Rosie. "Kau akan tahu aku siapa.. Tapi bukan sekarang. Kau ikut aku. Kita kahwin. Bila kau kahwin dengan aku, aku boleh protect kau. " - King Leo Xander. Tanpa pilihan. Melissa bersetuju. Setelah sah digelar isteri. Leo menghilang tanpa jejak. Dia tahu ini hanyalah ujian yang diberi. Dia tidak putus asa. Dia mencari jalan hidupnya sendiri, walaupun perit untuk dirinya. Namun seorang jejaka hadir dalam dirinya. Bantu dirinya untuk lebih dekat dengan Tuhan Yang Maha Satu. Siapa sangka lelaki berjiran dengannya lebih terkejutnya sebelah rumah sahaja?. "Saya di hina dan dicaci, Adam!. Tiada siapa nak dengan orang macam saya.! Pandang saya pun diorang tak nak.!" - Melissa Rosie. "Melissa..Ini semua hanyalah ujian Tuhan bagi pada kita.Tuhan tahu yang terbaik untuk awak. Awak tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama awak." - Adam Hafiz. Hari demi hari Melissa belajar banyak dari Adam. Adam ubah hidupnya. Tapi apa pilihan Melissa? Adakah Leo masih di hatinya atau Adam sudah mengambil hatinya. stay tuned!
Crimson Oath by zayramine
zayramine
  • WpView
    Reads 309
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 25
Maisa Elmeera tidak pernah menyangka hidupnya akan jadi huru-hara akibat perbuatan ayahnya Irham. Tujuan hidupnya hanyalah menyelamatkan ibu dan membalas semula perbuatan Irham yang menghancurkan keluarga mereka. Perbuatan gila lelaki itu membuatkan dia kehilangan kembarnya dalam kebakaran terancang. Huluran tangan Tuan Faizal yang menawarkan kerja di bawah lelaki itu sebagai ejen rahsia Spectra 9 dengan syarat membantunya menangkap Irham tidak Maisa lepaskan. Tujuan dia cuma satu. Lelaki itu patut meringkuk di dalam penjara. Atau lebih seronok, terseksa. Namun, kisah silamnya bersama Isadore buatkan Maisa sedikit goyah. Dia tidak boleh mengabaikan misinya. Dia perlu menangkap Irham walaupun dia patut mengorbankan sesuatu. Isadore yang sentisa menganggunya buat Maisa tidak selesa. Dia perlu menangkap Irham. Bukannya mengenang peristiwa lama bersama Isadore. Kisah pahit mereka sudah lama berlalu. Kesakitan dahulu buatkan Maisa tidak mempercayai lelaki itu. Isadore tidak layak mengenali dia. Isadore yang kejam. Tetapi mampukah Maisa menyembunyikan dirinya? Mampukah Maisa menyelesaikan misinya sedangkan wujud Isadore yang menghalang?
RINDU DI ANTARA TAKDIR (OG) by hazelazline
hazelazline
  • WpView
    Reads 1,387
  • WpVote
    Votes 160
  • WpPart
    Parts 23
Ayyan Thaqif merupakan CEO of Eclipse Dynamic, tempat latihan para drifter Malaysia berlatih untuk maju ke champion antarabangsa. Perwatakannya seorang pemarah, selalu stres dengan kehidupannya dan serba tidak kena. Ada sahaja musibah yang akan menimpa. Namun hidupnya menjadi lebih serabut apabila bertemu dengan Alayna Safieya, pemilik butik terkenal Noire Etoile dan juga merupakan musuh ketat dari zaman sekolah menengahnya sendiri. Dia tidak mengalah. Baginya gadis bernama Alayna itu murah yang selalu mahukan perhatian daripadanya. Demi membuatnya puas, Ayyan sanggup menambah luka dalam hati Alayna yang pernah dilukai olehnya tanpa dirawat. Tetapi ia tidak bertahan lama selepas Dylan meminta Ayyan untuk mengalihkan tumpuan Alayna kepadanya untuk selamatkan Alayna dari Asher. Pada awalnya dia berkeras tidak bersetuju tapi bukan setelah diumpan secara halus. "Your game is over. Now my turn. Please play the game carefully. It's time I will show you my dark side. So, be careful." -ALAYNA SAFIEYA- Sedikit Ayyan tidak rasa tercabar tapi jauh dalam hatinya dia mula betul-betul perlukan Alayna apabila dia sedar Alayna sebenarnya orang yang dia cari selama ini. Alayna adalah tempatnya rasa nyaman, tempat dia rasa dihargai dan dipandang sebagai lelaki sejati. "Let's change. From the enemy to the souls." -AYYAN THAQIF- WARNING ⚠️ Cringe overload ❗ Ayat merapu ❗ Idea entah apa-apa ❗ START: 7 FEB END :
LOVE THAT TURNED INTO REVANGE by Lisaird
Lisaird
  • WpView
    Reads 20
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Malaiqa Stella Irdina seorang wanita kacukan Italy dan Malaysia namun di lahirkan di sebuah keluarga yang kaya, dibesarkan dengan dendamnya tersendiri dek kerana satu peristiwa yang dia tak dapat lupakan olehnya apabila dia melihat orang yang dia sayang dibunuh depan matanya sendiri. Peristiwa itu menyebabkan munculnya sebuah personaliti yang terlahir dari sifat dendam dan amarahnya. "Aku bersumpah akan tetap ada dalam diri kau sampai kau jumpa siapa yang bunuh Mizan." -Kayla Tengku Aqmal Zaquan seorang lelaki yang sangat segak kerana ketampananya membuatkan semua wanita tergila-gilakannya. Dia percaya bahawa semua wanita yang baik dengannya hanya kerana dia kaya. Dia cukup benci akan perkataan 'cinta' kerana kecurangan tunangnya Izzara mengakibatkan dia layan semua wanita dengan dingin Takdir mempertemukan mereka berdua di sebuah Hospital tempat Malaiqa berkerja. Hari demi hari bertemu perlahan-lahan hati Tengku Aqmal terbuka untuk mencintai wanita yang bernama Malaiqa. Pertemuan antara Doktor dan CEO itu sungguh bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Bahagia yang mereka bina menyebabkan Kayla hilang dari diri Malaiqa. Tetapi bahagia itu tidak bertahan lama kerana terdapat satu rahsia besar yang disimpan oleh Tengku Aqmal tentang keluarganya daripada Malaiqa. "Snggupkan abang rahsiakan semua ni dari sayang? Abang ingat perkara ni tak akan terbongkar ke?" -Malaiqa- "Sayang dengar dulu penjelasan abang please" -Tengku Aqmal- Semuanya terlambat apabila Kayla yang menggantikan tubuh Malaiqa "Aku akan pastikan kau dan keluarga kau bayar atas apa perbuatan yang kau buat dekat keluarga Malaiqa." -Kayla-