Action and Mystery
16 stories
CIÙINEAS by N_mirae
N_mirae
  • WpView
    Reads 7,637
  • WpVote
    Votes 734
  • WpPart
    Parts 52
Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hidupnya. Dia mahu hidup yang aman dan tenang. Itu impian Dayan Khair sejak dia kecil sehingga kini. Kehidupan normal dan biasa. Tetapi ia tidak semudah yang Dayan sangka. Kemunculan seorang demi seorang manusia 'luar biasa' benar-benar mengganggu hidup Dayan. "Tuan, tolong jangan ganggu hidup saya." Mula-mula Ejen Han, atau Raihan. Selepas itu, adik beradiknya pula? "Terima kasih dah buat saya sedar kelayakan saya di sini, doktor." "Fine. Ini kali terakhir. Aku tak nak jumpa kau lagi, Nur." Bagi Dayan, dia hanya lelaki biasa. Tetapi bagi mereka... Dayan luar biasa. Dalam kecohnya Dayan mencari ketenangan, akhirnya... Dia terjebak dalam mimpi ngeri yang tak pernah dia bayangkan. Dia? Menangkap kumpulan jenayah besar, HACKER? Mana mungkin! "Tuan dah libatkan saya dalam misi tuan, jadi nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!" Dia tak pernah terfikir itu perkara yang mudah, tetapi dia tidak sangka, ianya bakal mendera dirinya. "Kenapa awak tak selamatkan dia dulu, Dayan?! Dia lebih penting daripada saya!" Dia rasa mahu menghilang. Tetapi, dia terikat dengan janji. Kusut, serabut. Tetapi dia faham yang dia tidak bersendirian, maka dia teruskan jua apa yang dia sudah mulakan. "Aku tak kisah sebenarnya siapa diri aku, siapa keluarga aku. Biarlah. Sebab aku dah faham, apa aku perlu buat dalam hidup aku." Bagaimana pengakhiran hidup Dayan? Tenang? Atau... sebaliknya? "Dunia cuma perhiasan. Jangan mencari ketenangan abadi di sini, di sini awak diuji, jadi tiada definisi tenang sentiasa dalam hidup awak."
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 238,488
  • WpVote
    Votes 22,233
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,542,288
  • WpVote
    Votes 339,941
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Secret Identity : KONTROVERSI [BOOK 4] by AqilahZakaria8
AqilahZakaria8
  • WpView
    Reads 1,493
  • WpVote
    Votes 259
  • WpPart
    Parts 32
"Eh Imani, ni awak kan dalam gambar ni?" Hidup Imani menjadi huru - hara apabila namanya mula kembali hangat diperkatakan di seluruh Bandar Putra. Semuanya gara - gara gosip terhangat yang melibatkan dirinya serta seorang lelaki yang istimewa baginya. "Pakai tudung, tapi perangai macam ni! Baik tak payah pakai! Buat malu orang lain je!" "Ingatkan berubah pakai tudung, perangai berubah sekali. Tapi sama saja!" "Dah berubah dari yang dulu, tapi perangai jadi makin teruk!" Gambar - gambarnya yang dulu mula tersebar kembali. Namun Imnai masih berdiri teguh walaupun pelbagai kata - kata dilemparkan kepadanya. Kerana dia tahu, dia masih ada insan - insan yang masih bersamanya. Sehinggalah suatu perkara berlaku, membuatkan Imani mula gugup. "Kau sebenarnya saja nak bodohkan aku, kan? Mesti kau ketawakan aku, tengok aku diperbodohkan dengan kau?" "Aku tak pernah fikir nak bodohkan-" "JANGAN MENIPU, IMANI!" "Aku...aku tak menipu, Arif..." Rakan - rakannya mulai menjauhi, hubungan mulai retak. Kali ini, bagaimana mereka akan menyelesaikan perselisihan mereka dalam masa yang sama, menangkap seorang musuh yang sedang menyerang Bandar Putra dengan hati yang riang?
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,060,796
  • WpVote
    Votes 352,465
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Dia Henotik [Completed] by N_mirae
N_mirae
  • WpView
    Reads 14,084
  • WpVote
    Votes 1,379
  • WpPart
    Parts 42
Pernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia bukanlah sesiapa, terkenal di kalangan penjenayah saja! Nama pun pelik! Tapi... siapa dia sebenarnya? " Wa Lu Wa Lu, kau Melayu lah gila! Panggil Aku Kau tak boleh ke?" - Daffa. Lain pula dengan cerita Ain Ufairah, seorang gadis biasa yang hidup dengan paksaan. Dia fikir hidupnya bersambung dengan derita selepas berkahwin. Tapi dia silap, " Aku cakap sekali je Irah, kau tu ISTERI aku, bukan HAMBA aku. Selesakan diri kau dengan aku. Sebab engkau tu, kena hidup dengan aku sampai ke tua tau." Kasar, memang sedikit kasar, tapi Ufairah sedar, dalam kasarnya terselit kemanisan di mata Ufairah. TETAPI! JIKA ANDA FIKIR INI KISAH CINTA SI MAFIA YANG BAD JADI GOOD SELEPAS BERKAHWIN, ANDA SILAP! Ini bukan kisah cinta seperti di drama. Jauh sekali. Ini adalah kisah dimana KEKEJAMAN, TANGISAN, PENDERITAAN dan PENGADILAN bersuara. Bukan sekadar cerita mafia biasa. Bukan! Killer si pembunuh misteri, tidak sangka Daffa akan berjumpa Hazril dalam keadaan yang begini. Menghuru harakan hidupnya, melibatkan SPY dan menjatuhkannya dalam deraan perasaan. "Aku tak kira, Hazril tetap perlu ke tali gantung!" -Isma Daffa "Hapuskan diorang satu per satu, SPY... Daffa... Angel... " - Hazril. Manusia, adakala nya mampu menjadi lebih licik, lalang dan jahat daripada syaitan, lebih sombong daripada iblis, Tapi di antara kelompok manusia ini, pasti ada yang menjadi bintang di langit gelap. Ini adalah kisah, mereka yang berjuang untuk hidup di dalam dunia gelap, dan kisah mereka yang berjuang bermati matian demi nyawa orang ramai. Keadilan perlu bersuara, Angel Mafia atau syarikat perisikan, SPY, dua duanya saling bersuara. "Aku... gagal... " Enjoy😊
My Sweet Cupcake 🧁✔️ by BabyUmao
BabyUmao
  • WpView
    Reads 648,215
  • WpVote
    Votes 36,107
  • WpPart
    Parts 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain. Erina tak mampu menyambung pelajaran walaupun berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Maka, dia bekerja untuk membantu Ayah Daud di Mahligai Zaaba. Itulah Erina, sanggup berkorban demi ayah dan adik2nya. Namun, mimpi ngerinya bermula apabila dia ditakdirkan bertemu Edrian Emmett, seorang usahawan muda yang berjaya. Lelaki itu adalah manusia paling menjengkelkan, selfish, miang, degil dan banyak lagi perkataan buruk yang dapat disenaraikan oleh Erina. Punah sudah impian Erina untuk hidup 'simple and humble' selepas Edrian menunjukkan 'tanduknya'. Kalau ada seseorang di muka bumi ini dengan nama Mr.Evil, lelaki itulah orangnya. Semakin memuncak nasib malang Erina apabila Edrian memaksa Erina untuk berkahwin dengannya. Dan Erina tidak boleh menolak! Erina mahu semuanya berakhir. Dia dan Edrian tidak boleh bersama. Mereka bagaikan minyak dan api, langsung tidak padan. Erina yakin perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Tetapi, betulkah itu pengakhiran kisah mereka? ***Novel ini merupakan sambungan kisah Erina dan Edrian dari novel My Ice Prince Hubby***
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,784,698
  • WpVote
    Votes 13,735
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 175,979
  • WpVote
    Votes 17,058
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2] by AqilahZakaria8
AqilahZakaria8
  • WpView
    Reads 5,778
  • WpVote
    Votes 889
  • WpPart
    Parts 29
[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabila satu - satunya saksi mereka, Hanis Suraya hilang dan telah dijumpai seminggu kemudian tetapi mengalami Amnesia. Bagaimanakah nasib mereka selepas ini? Dapatkah mereka menumpaskan sindiket tersebut kali ini? Siapakah dalang sebenar di sebalik tragedi yang menimpa Hanis? Apalagi perkara yang menghalang misi mereka daripada berjaya?