Rizmal_HQ
Semasa melaksanakan sebuah misi, kenderaan yang dipandu oleh Ali terbabas ke dalam sungai semasa cuba untuk mengejar sasaran. Dia berjaya keluar dari arus deras sungai tetapi tubuhnya kesakitan. Dia mengalami kecederaan serius. Belum sempat MATA ingin menyelamatkan lelaki itu, sebuah kumpulan yang tidak diketahui menemuinya terlebih dahulu. Sejak dari itu lah, kehilangan ejen terbaik MATA tersebut dianggap kematian dan kehilangan misteri di dalam fail.
Sementara itu pula, Alicia yang sudah sembuh dari masalah ingatan kembali berkhidmat untuk MATA. Dia mendapat sebuah misi untuk menjejaki lelaki yang bertanggungjawab membunuh setiap individu berprofil tinggi di dalam Cyberaya. Tetapi semasa pertemuannya dengan pembunuh upahan itu, segalanya berubah sekelip mata.
Ditulis oleh Karya Rizmal.
Diinspirasikan daripada Hitman, Agent 47