heart
5 stories
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 248,136
  • WpVote
    Votes 9,788
  • WpPart
    Parts 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 432,918
  • WpVote
    Votes 21,333
  • WpPart
    Parts 79
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 273,862
  • WpVote
    Votes 17,438
  • WpPart
    Parts 70
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 290,095
  • WpVote
    Votes 15,243
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
✓ RAJA DAIYAN GHAZI by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,573,609
  • WpVote
    Votes 386,744
  • WpPart
    Parts 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif