thederyshaa's list
3 story
𝙄𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙤𝙨𝙖  ( OG ) ni thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    MGA BUMASA 36,738
  • WpVote
    Mga Boto 1,810
  • WpPart
    Mga Parte 42
His Possessive Sin " Cuma Cempaka Inara yang layak bertahta dihati abang.. Fath Zayden " Cempaka Inara... wanita yang dipaksa mengikat janji dengan seorang lelaki bernama Fath Zayden - Lelaki dingin yang penuh luka silam.Hidup bersama bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila cinta yang datang hanya diiringi dendam dan ujian. Namun, siapa sangka... di sebalik kerasnya hati Fath, ada ruang yang akhirnya jatuh hanya untuk seorang Inara. Mampukah rumah tangga yang bermula dengan kebencian itu bertahan, bila masa lalu terus menghantui. Mampukah dua dunia yang bertentangan hidup dalam satu ikatan suci? Atau perkahwinan ini akan menjadi lebih perit daripada luka lama yang belum sembuh? Fath Zayden X Cempaka Inara Book 2 by thederyshaa
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 ni lvndrella
lvndrella
  • WpView
    MGA BUMASA 2,175,938
  • WpVote
    Mga Boto 88,019
  • WpPart
    Mga Parte 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Cinta Yang Telah Mati [ C ] ni thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    MGA BUMASA 165,715
  • WpVote
    Mga Boto 5,078
  • WpPart
    Mga Parte 80
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa