⋆⁺₊⋆ 𝕨𝕚𝕝𝕝 𝕣𝕖𝕒𝕕 ⋆⁺₊⋆
78 stories
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 191,403
  • WpVote
    Votes 13,101
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
EROTOTHELLO  by ilightraes_
ilightraes_
  • WpView
    Reads 13,220
  • WpVote
    Votes 845
  • WpPart
    Parts 13
#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia menerima sebuah panggilan daripada seorang lelaki asing, Raja Zeus Adonis bin Raja Aris Adonis. "Handphone saya rosak. Saya nak baiki tapi tak ada masa." - Selene Vivienne "Kenapa tak bagitau saya? Saya boleh tolong baiki." - Raja Zeus Adonis Dan jejak pergerakan kau, Selene. "Kalau macam itu, awak boleh tolong betulkan?" - Selene Vivienne "Yup, without charge." - Raja Zeus Adonis Bayar guna cara lain, bodoh. ( Tulis ikut mood ) ⚠️ Disturbing contents, language ⚠️ Don't put too much expectation
D I A R I by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 84,871
  • WpVote
    Votes 12,430
  • WpPart
    Parts 62
2017. Sering kali baca novel cinta? Apa kata cuba yang ini pula. Cuba yang berbeza. Satu cerita. Tapi bukan berbentuk cerita. Satu kisah. Tapi bukan berbentuk kisah. Ia cuma berbentuk catatan. Catatan yang membawa kepada perkataan. Membawa kepada ayat. Seterusnya perenggan. Dan kemudiannya buku--atau lebih tepatnya, diari. Meskipun catatan, tak bermakna otak anda tak perlu berfikir, malah, perlu lebih dari berfikir. Anda perlu selami jiwa seorang Mawar Safiyya, jiwa orang lain. Jadi, nah. Saya hadiahkan buat anda. Semoga ini dapat melatih diri untuk lebih memahami perasaan orang lain--dan bukannya asyik menganggap yang anda seorang sahaja mempunyai hati, sehingga melayan yang lain seperti ingin mereka mati. *** *Buku ini menggunakan bahasa yang tidak rasmi. Tidak sesuai dibuat rujukan.
His Rules by nsnadia__
nsnadia__
  • WpView
    Reads 17,283
  • WpVote
    Votes 2,892
  • WpPart
    Parts 26
⚠️ JALAN CERITA SLOW ●●●●●●●●● "Haura, kau sedar tak yang kau sedang diperhatikan?" Pernah tak kau terfikir kehidupan kau akan berubah 100% akibat satu peristiwa yang tidak dijangka? "Julia Marissa... Dia mati kena bunuh!" Haura Medina, sejak daripada kes pembunuhan tersebut, dia mula merasakan sesuatu yang ganjil. Sangkanya sekadar perasaan semata-mata namun saat sepucuk pistol diacukan ke arahnya, dia yakin ada sesuatu yang bakal menghantui hidupnya. "Saya... Dah lama sedar benda tu. Tetapi saya abaikan sebab... Apa yang saya dah buat?" Diperhati. Diancam. Diawasi. Itulah yang Haura boleh katakan mengenai situasinya saat itu. Sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia akhirnya terjerumus ke dalam satu perangkap. "Bukan saya yang bunuh dia! Saya bukan pembunuh! Saya-" "Ya. Aku tahu." Adrian Eskandar. Kehadirannya yang amat tidak disangka itu seperti cahaya yang menyinari kegelapan. Walaupun mulutnya yang boleh tahan pedas apabila dibuka, dia jugalah yang sanggup menghulurkan bantuan. "Aku boleh bantu kau. Tetapi, kau kena ikut segala peraturan dalam kontrak tu." Start : 13 Januari 2024 End : - Cover by : @PutraRize_ ( 16 Jun 2024 )
[C] : PSYCHO MR HAZEL  by syaiain25
syaiain25
  • WpView
    Reads 1,798,208
  • WpVote
    Votes 75,306
  • WpPart
    Parts 95
~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang memandang, dengan wajahnya yang kacak cukup melengkapkan mata hazelnya untuk menggoda para gadis di luar Namun tidak disangka hatinya terpaut kepada gadis bawah umur, dan lagi parah ia menjadi psycho kepada gadis itu. 2 tahun memendam perasaan akhirnya gadis itu sudah berumur 17 tahun. Sudah layak untuk berkhawin dan erti kata lain sudah layak untuk dia mengambil gadis itu menjadi isterinya yang sah Lelaki psycho dan budak baru nak matang? Boleh bahagia ke? Kalau nak tahu bacalah hahaha Thanks kepada yang sudi baca✨✨ I purple you 💜💜 -SYAIAIN [START ~ 2020] [END ~. ]
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE] by inunsin_official
inunsin_official
  • WpView
    Reads 110,845
  • WpVote
    Votes 4,666
  • WpPart
    Parts 61
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki itu, makin dia jatuh cinta. SEROJA NIRMALA. Gadis pendiam itu menarik perhatiannya, tetapi tujuannya datang ke sekolah ini bukan untuk membuang masa. Dia ada misi yang perlu diselesaikan. Tiada masa memikirkan tentang perempuan, apalagi bercinta! Peristiwa demi peristiwa yang berlaku, menguatkan firasat Arif bahawa Seroja merupakan sasaran mereka. Disebabkan Arif selalu menjadi penyelamatnya, Seroja terasa makin terhutang budi. Dia ingin membalas semula kebaikan tersebut. Malangnya, saat Seroja bertemu dengannya, dia dikejutkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Arif. "Aku bukan Ahmad Arif. Kalau aku tiada di sisi, tolong sentiasa berhati-hati."-Ahmad Arif Malang memang tidak berbau. Sekali lagi, Seroja dikejutkan dengan kematian ibunya yang tiba-tiba. Terlantar di dapur. Separuh muka ibunya dibasahi darah yang belum berhenti mengalir. "Kalau kau masih nak teruskan siasatan, mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!"-Dato' Safwan Tujuh tahun berlalu dengan pantas. Impiannya juga sudah tercapai, walau tanpa keluarga tersayang. Namun, hidupnya sangat malang apabila menemui mayat di tempat kerjanya. Sangkanya, itu yang terakhir. Sebaliknya, itu semua hanya permulaan! "Kau tahu kan, kalau berlaku pembunuhan kali ketiga, kes ini akan dilabel sebagai pembunuhan bersiri."-Darren Kehadiran The Cerebellum Stealer, menyusutkan otaknya. Namun, disebabkan itu juga dia boleh kembali bertentang mata dengan gadis itu lagi. "Aku akan selalu ada dengan kau, Seroja."- Afif Ahnaf MULA: 1 FEBRUARI 2024 HABIS: 21 JULAI 2024 idea hak cipta © inunsin
The Stupidos | The Hidden Cure by izkhai
izkhai
  • WpView
    Reads 902,323
  • WpVote
    Votes 56,446
  • WpPart
    Parts 53
Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan. Hanya disebabkan kisah silamnya, dia lebih memilih untuk tidak mempunyai kawan. Namun, itu hanyalah sementara apabila takdir mempertemukannya dengan 'mereka'. Ya, 'mereka' yang membuatnya mengerti erti sebuah persahabatan. Lucas Harvey, your bad boy. Theo Zander, your drama king. Ethan Einstern, your genius boy. Jayden Smith, your ice boy. "Kita akan jadi best friends sampai bila-bila." 'The Friendship Will Never Ends' - THE STUPIDOS ---- WARNING! : - Tiada sebarang plagiat dibenarkan - Hak cipta terpelihara Completed : 13 July 2020 ---- Ranking (2020) : #2 in teenfiction (28/7) #1 in teenfiction (29/7) #1 in friendship (1-15/12) #5 in teenfiction (9-13/12) #4 in teenfiction (15/12) #3 in teenfiction (17/12) #2 in teenfiction (21/2/21) #1 in teenfiction (22/2/21) #1 in humor (14/2 - 24/2/21)
The Stupidos 2 | The Shadow Bones by izkhai
izkhai
  • WpView
    Reads 13,566
  • WpVote
    Votes 1,826
  • WpPart
    Parts 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey telah terbiasa dengan gaya hidup yang cukup bebas untuk remaja seusianya. Memberontak, bergaduh dan merokok bagaikan sudah sebati di dalam hidupnya. Jejaka itu sudah terbiasa bersembunyi di sebalik topeng seorang remaja liar yang tidak peduli. Di sebalik kebebasannya, ada jiwa yang semakin rapuh. Berpindah ke sekolah abang kembarnya, Lucas Harvey telah memaksa dirinya untuk berubah. Brandon Jones, seorang jejaka yang terkenal dengan sifat ramah dan senyuman manisnya tetapi mempunyai rahsia terbesar yang dipendamnya. Sekadar menjadi topeng untuk menutup lukanya. Kini mereka ingin mencari sebuah kebebasan daripada dibelenggu kekosongan. "Kita orang ada untuk kau orang. Sahabat tak akan meninggalkan sahabat sendiri bila dalam kesusahan." ___ Highest ranking (in promote before 2022) #98 in Teen Fiction
Mr Pirate's | Og  by zeeraee
zeeraee
  • WpView
    Reads 13,913
  • WpVote
    Votes 919
  • WpPart
    Parts 42
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadis bernama Tengku Elea Eclessie. Dia diberi nama gelarannya sebagai 'pirate' yang bermaksud hacker di dalam bahasa Francis. Kehebatannya dalam memecahkan rahsia tersirat yang menggelarkannya sebagai Mr Pirate. Pertemuan antara dia dan si gadis berlaku apabila Elea terdesak mencari kerja bagi menyara adiknya yang masih belajar. Mahu mengharapkan ibu bapanya? Ibunya meninggal dunia angkara suaminya sendiri manakala si bapa seorang kaki mabuk dan kaki judi. Tengku Elea hanya mendapat tawaran bekerja selama enam bulan sahaja. Pemergian gadis itu telah memberi kesan impak dalam diri si jejaka. Kenangan yang dicipta bersama sentiasa berlegar dalam fikirannya ketika itu hingga akhirnya Ayden bernekad untuk mencari Elea kembali dan melamarnya menjadi isteri kepadanya. Walaupun perit ujian yang perlu di hadapi ketika itu. Apabila berjaya mendirikan rumah tangga. Mereka tidak lari dari ujian dan masalah yang menimpa mereka. Mereka hanya perlu bersabar dan saling mempercayai satu sama lain. Sehingga suatu peristiwa yang membawa si gadis pergi dari hidup si jejaka. Ayden berusaha tanpa henti untuk membawa Elea kembali semula ke dalam hidupnya sehingga berjaya. Walaupun perit cabaran yang perlu dia hadapi ketika itu. "I'm Mr pirate. Pirate mean hacker in France. Aku pilih nama tu sebab aku minat tengok lanun waktu kecil. " "Hi abang Pirate. Ayy ayy capten! " Start : 6 October 2023 End :
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,361
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."