☕️
8 stories
Berakhir Dengan Kita by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 194
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 3
𝓘𝓳𝓶𝓪𝓵 𝓜𝓾𝔃𝓪𝓯𝓯𝓪𝓻 | 𝓩𝓪𝓻𝓲𝓽𝓱 𝓐𝓭𝓻𝓲𝓪𝓷𝓪 Insiden patah hati menemukan dua jiwa yang terluka di sebuah tempat yang tular di media sosial. Yang mereka gelarkan... Pantai Cinta. Zarith ke sana atas dasar ingin tahu. Cinta yang tidak kesampaian dengan si bekas kekasih perlu dikuburkan serta-merta. Manakala Ijmal dengan rasa terpaksa menghargai jasa kawan-kawannya yang telah bersungguh meyakinkan dia ke sana. Kata mereka, dia tidak patut terbelenggu lagi dengan kisah cinta yang menyakitkan. Apabila dua manusia yang masih membenci kaum satu sama lain bertembung... lain pula yang jadi apabila ada situasi yang membangkitkan amarah satu sama lain. "Finding a lover, my foot. This is finding disaster!" Pertemuan yang awalnya bermula dengan gaduh mulut, berakhir dengan sebuah persahabatan suam-suam kuku yang terjalin tanpa dirancang sebelum masing-masing berpisah haluan. Tiada khabar berita antara mereka sehinggalah tiba-tiba Zarith menghubungi Ijmal semula demi sebuah rancangan gila. "Kalau aku ajak kau kahwin, kau nak tak cuba dengan aku?" - Zarith Adriana "Nak kahwin pun boleh cuba-cuba ke?" - Ijmal Muzaffar "Maksud aku, kita cubalah wujudkan cinta... biar berakhir dengan kita." - Zarith Adriana
Teman Istimewa | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 77,770
  • WpVote
    Votes 6,659
  • WpPart
    Parts 48
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
Stuck With You | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 14,450
  • WpVote
    Votes 837
  • WpPart
    Parts 10
𝓐𝓶𝓲𝓻 𝓛𝓾𝓽𝓱𝓯𝓪𝓷| 𝓐𝓻𝓪 𝓐𝓭𝓮𝓵𝓲𝓪 Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18 tahun itu tanpa sedar membuahkan perasaan suka di dalam hati kedua-dua remaja ini. Sehinggalah suatu hari, Amir mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di United Kingdom. Mahu tak mahu, mereka berdua harus berpisah demi masa depan masing-masing. "Jaga diri dan jaga hati. Untuk aku... untuk kita." Itu apa yang Amir dan Ara janjikan. Alangkah indahnya jika ia dikotai. Namun, sayang... selepas 2 tahun Amir di United Kingdom, dia menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan Ara. 10 tahun berlalu, akhirnya Amir pulang ke tanah air. Bagaimanakah kesudahan kisah Amir dan Ara? Apa jadi dengan janji mereka?
Love, In Action! by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 11,661
  • WpVote
    Votes 425
  • WpPart
    Parts 11
[ Starlit Series #1 ] 𝓗𝓪𝓯𝓲𝓺 𝓘𝓺𝓶𝓪𝓵 | 𝓝𝓪𝓪𝓲𝓵𝓪 𝓜𝓪𝓲𝓼𝓼𝓪 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla. Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah untuk memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya. Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, lalu rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Akibat kejadian tersebut, Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Oleh itu, Hafiq akan mencari Naaila sampai dapat. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. "Saya minta maaf." - NAAILA MAISSA "Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." - HAFIQ IQMAL Naaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik. Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media? (Blurb akan dikemas kini selepas tamat)
Sapphire: The Love We Once Lost | Terbit by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 617
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 4
𝓛𝓾𝔃𝓶𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓻𝓲𝓽𝓱 | 𝓩𝓾𝔂𝔂𝓲𝓷 𝓑𝓪𝓭𝓻𝓲𝓷𝓪 Perjalanan masa tidak pernah silap aturan, kerana yang ditakdirkan untuk bersama pasti akan menemukan jalan. Luzman dan Badrina bertemu semula selepas 9 tahun, membuka kembali lembaran kisah mereka yang disangkakan sudah tamat. "Aku nak tebus semula masa yang kita dah bazirkan." - LUZMAN HARITH Dua hati yang membara dengan cinta, dipatahkan masa hadapan mengatasi rasa, akankah peluang mendatang bermakna? "Cukup aku tahu kita orang sama-sama mencuba cari semula arah cinta, aku percaya akan jumpa jalan pulang."