°ʚ🎀ɞ°𝓻𝓮𝓬𝓸𝓶𝓶𝓮𝓷𝓭𝓲𝓽𝓲𝓸𝓷 ⋆˚𝜗𝜚˚⋆
2 cerita
PAPER HEART [OG] oleh -mssnow
-mssnow
  • WpView
    Membaca 1,143
  • WpVote
    Vote 711
  • WpPart
    Bab 13
[SECOND BOOK] Siapa sangka, terjatuh cinta dengan sahabat baik abang sendiri. Dhia Naurah seorang gadis polos, lembut dan terlalu mengikut kata orang. Dia tidak pandai menyimpan rahsia; apa yang terlintas di hati, itulah yang terucap di bibir. Kerana sifat itu, Dhia membesar tanpa ramai kawan dan sering menjadi bahan ejekan. Segalanya bermula apabila abangnya, Afiq Zafran, gemar meninggalkan Dhia sendirian di rumah. Hingga satu hari, Afiq membawa Dhia ke rumah rakan-rakannya untuk melepak bersama. Sejak itu, Dhia sering mengikut abangnya ke mana sahaja dia pergi. Di situlah Dhia bertemu kembali dengan Amer Hakim sahabat baik abangnya yang pernah menjadi cinta diam-diam Dhia sejak zaman sekolah. Namun perasaan itu hanya dipendam. Dhia merasakan dirinya tidak layak untuk dicintai, apatah lagi setelah sering diejek kerana paras rupa. Afiq Zafran, seorang abang yang gemar menyakat adiknya tanpa henti. Di hadapan rakan-rakannya, gurauan Afiq sering membuatkan Dhia terluka hingga menitiskan air mata. Berbeza dengan Amer Haqeem seorang lelaki penyayang dan matang. Dia tidak pernah menyakat Dhia, malah sering menjadi orang yang memujuk setiap kali Dhia tersakiti sama ada oleh kata-kata orang lain atau abangnya sendiri. Perasaan yang dahulu hanya sekadar rasa, kini semakin kuat seiring waktu mereka membesar bersama. Amer kini berkhidmat sebagai anggota grup gerak khas seperti komando (GGK), manakala afiq bekerja sebagai anggota tdm , menyebabkan pertemuan mereka semakin jarang. Manakala Dhia masih bergelar pelajar Universiti Malaya, meneruskan pengajiannya tanpa mengetahui bahawa perasaan yang dipendam itu bakal diuji oleh jarak, masa dan takdir.
My Husband Mr. Coffee [SHORT STORY] oleh mysderra
mysderra
  • WpView
    Membaca 1,721
  • WpVote
    Vote 751
  • WpPart
    Bab 9
𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 𝐌𝐑. 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 ☕🥞 Semuanya bermula dengan satu kesilapan sebuah kereta Saga yang merempuh sebuah kafe kecil. Di situlah Tengku Rayzi Daniell dan Nur Bunga Dahlia pertama kali bertentang mata, dengan ego tinggi dan mulut pedas sebagai salam perkenalan. Rayzi, lelaki yang yakin dan tidak suka dipersoalkan, sering hadir ke kafe itu dengan alasan urusan dan kopi. Bunga pula, pemilik kafe yang tegas dan teliti, tidak pernah menyangka hidupnya akan kerap diganggu oleh seorang lelaki yang pandai menyakitkan hati. Setiap pertemuan dipenuhi sindiran dan pertengkaran kecil, namun tanpa disedari, keselesaan mula menyelinap di celah kebencian. Dari benci yang pura-pura, hadir perhatian yang tidak diundang, dan rasa yang sukar dinafikan. It's just a stupid crush, right? Aku tak suka dia pun. It's probably nothing. Yeah... nothing ─Tengku Rayzi Daniell Bunga tolong jangan jatuh hati. Kau tahu dia tu bukan untuk kau. Tapi hati ni degil sangat... just chill, girl. Chill ─Nur Bunga Dahlia Takdir mempertemukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dirancang perkahwinan yang bermula tanpa cinta, tetapi perlahan-lahan mengajar mereka tentang kepercayaan, penerimaan dan makna rumah. Dalam kehidupan berumah tangga yang penuh gelak tawa, kopi menjadi saksi, ego diuji, dan cinta belajar untuk tumbuh dengan cara yang paling sederhana. Apabila benci bertukar menjadi rindu, dan musuh menjadi pasangan hidup, mampukah Rayzi dan Bunga menerima bahawa cinta kadang-kadang hadir... tanpa dirancang, namun tepat pada waktunya? Hak milik mysderra - 2026 ®