INC 2024 ✨🌹
8 stories
Sang Mutan - #InkfinityNovellaChallenge2024 by waygnies
waygnies
  • WpView
    Reads 76
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Untuk, Inkfinity Novella Challenge 2024. (Blurb Belum Tulis)
Rahsia Di Sebalik Kembali by AyraNadhirah07
AyraNadhirah07
  • WpView
    Reads 1,012
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 3
RAHSIA DI SEBALIK KEMBALI Nadia Adila, seorang remaja biasa yang asalnya tinggal bersama datuk dan nendanya, Tok Omar dan Nek Na di kampung. Genap tiga tahun dia tinggal bersama kedua orang tua itu, ibunya, Raudhah kembali membawanya pulang ke tanah kelahirannya, Melaka. Perubahan baharu ini membuatkan dia sedikit sangsi, namun ini pengalaman baharu untuknya. Menjadi 'budak bandar'. Saat malam pertama dia menuju ke kelas silat pada sebelah malam, dia diserang sekumpulan orang berpakaian serba hitam. Entah siapa mereka. Senjata yang mereka gunakan juga bukan calang-calang! Seolah-olah senjata itu datang daripada masa hadapan. Mujurlah ilmu persilatan yang diturunkan oleh datuknya mampu memberi pertahanan padanya, meskipun dia tetap tumbang pada akhirnya. Dari sinilah, tercetusnya gelaran "ejen muda" padanya. Ini seolah-olah keajaiban! Hidupnya berubah serta-merta. Yang asalnya sebagai remaja biasa, kini menjadi seorang ejen muda di sebuah agensi rahsia. Walaubagaimanapun, setiap yang indah tidak akan selalu indah daripada khabarnya. MP3 peninggalan ayahnya itu membuatkan dia mulai curiga. "Rasyid. Siapa dia? Kenapa ayah sebut nama dia?" Persoalan baharu ini menjadi tanda tanya setelah mendengar isi suara daripada MP3 itu. Ada lagikah rahsia yang bersembunyi dalam hidupnya? Dia juga kerap mendengar khabar angin mengenai 'ejen muda elit'. Apakah ini ada kaitan dengan dirinya? "Apakah aku jadi ejen ni, sudah dirancang dari awal?" - Nadia Adila Ini hanya permulaan kisahnya. Mungkin akan ada lebih mencabar pada masa akan datang yang dia sendiri tidak akan jangka ianya berlaku.
Hanya Khayalan by akakitik_
akakitik_
  • WpView
    Reads 324
  • WpVote
    Votes 87
  • WpPart
    Parts 20
Seorang remaja perempuan yang ingin mencapai cita-cita untuk membanggakan ibu bapanya, namun masalah keluarga dan mimpi ngeri yang dihadapinya setiap malam menjadi penghalang untuk dia meneruskan apa yang ingin dicapainya.
Dream by bituinhana
bituinhana
  • WpView
    Reads 757
  • WpVote
    Votes 165
  • WpPart
    Parts 41
Dunianya hancur saat menerima mesej kematian saeng kesayanganya, hidupnya di rasakan tiada erti, namun kehadiran Kaizer mengubah segalanya "Kalau kau punya satu permintaan apa yang akan kau minta? Sanggupkah kau pertaruhkan segalanya demi peluang bertemu Rui lagi? Aku tahu kau sangat merinduinya." Pelbagai cabaran ditempuhi namun bertemu Carlos kembali membuka sejarah lama dan rahsia di sebalik QSX-35s yang dipakainya "Apa yang dilihat bukan yang sebenar akak, ada sesuatu yang akak perlu tahu. Bukan Zamani yang hantar mesej kematian adik tu, dan sekarang adik ditawan orang yang menghantar mesej tu pada akak." Rui berbicara Misi Sora berubah,dengan nyawa sang adik di tangan musuhnya pertaruhanya menjadi lebih tinggi dari menang Shopo Race dan sebuah hajat "Akak akan selamatkan kamu. Itu janji akak!" Kematian mengejut Carlos membawa mereka bertemu Elnora Cassavia yang dipenuhi misteri,tambah mengejutkan Kaizer menonjolkan identiti sebenarnya hingga keadaan makin celaru.
Hilang [HIATUS UNTUK BAIKI PLOT] by Auni_Sy
Auni_Sy
  • WpView
    Reads 482
  • WpVote
    Votes 87
  • WpPart
    Parts 18
#InkfinityNovellaChallange #INC2024 Hana hilang. Eva menjadi pendiam sejak kehilangan sahabatnya beberapa hari yang lalu. Percutian kedua-dua keluarga mereka di Kundasang bertukar tragedi. Eva seharusnya pulang ke rumah, sementara ibu bapa Hana akan menetap di Kundasang demi menunggu kepulangan anaknya. Sehinggalah, lelaki bertopeng itu memunculkan diri. Si Penghibur yang muncul di antara kegelapan malam, mempersembahkan hiburannya kepada Eva. "Saya rasa, ini bukan kali pertama saudari di sini?" - Bunga Matahari. "Kau cari kawan kau?" - Penghibur. Eva mengikuti permainan Penghibur, lalu terjerumus ke dalam dunia di sebalik dunia. Di situlah, dia akan mencari Hana. Walaupun dia terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri.
Arjuna Dharmabakti 1: Melerai Sumpahan [BAKAL TERBIT] by Iqmalizzat_
Iqmalizzat_
  • WpView
    Reads 492
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 10
#InkfinityNovellaContest #INC2024 Dek kerana terancam dengan kelahirannya ke muka bumi, 'dunia gelap' dilanda keresahan dan huru-hara. Mereka mengerah seluruh kekuatan sihir semata-mata untuk menghancurkan 'ancaman' itu. Kota Jenggala turut menjadi sasaran, ditakluk dan dikuasai untuk menguat dan mengekalkan sebuah sumpahan yang telah dipateri. Arjuna menjadi yatim ketika masih memerlukan kasih sayang ibu bapa. Dia dihujani ujian dan penderitaan yang cukup berat. Dibuang dari negeri kelahiran sendiri sebelum diangkat menjadi anak asuhan Tok Guru Meor yang merupakan seorang pendekar sakti yang terkenal. Semangat juang dan ilmu kependekaran sakti dipupuk untuk menyediakan Arjuna supaya dapat menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau berduri. Sementelah, anak itu bukan sembarangan manusia yang menjadi asbab-musabab 'dunia gelap' berjuang untuk menghapuskannya.
Kembara Ksatria Muda [COMPLETED] by DesbarTargar
DesbarTargar
  • WpView
    Reads 959
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 4
Tiga sekawan Jay, Jon dan Jia dari Kelab Pencinta Alam Sekitar, SMK Alam Ria bersepakat untuk pergi mengumpul dan menganalisis beberapa sampel air sungai berhampiran sekolah mereka demi menyertai pertandingan bertemakan Sains dan Sumber Kehidupan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ketika sedang leka mengambil sampel air, mereka bertiga dikejutkan dengan fenomena kepala air yang terjadi secara tiba-tiba. Walaupun berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri, mereka bertiga dihanyutkan oleh arus yang deras. Apabila tersedar, mereka mendapati diri mereka berada di suatu tempat asing dan dikelilingi oleh manusia-manusia kerdil lengkap berpakaian serba putih. Manusia itu memohon bantuan dari mereka bertiga untuk menyelamatkan tempat itu dari ancaman binatang buas yang digelar Dabba dan Suk. Jay, Jon dan Jia terpinga-pinga, Bagaimana mereka bertiga boleh terdampar di sini? Mengapa manusia kerdil di situ meminta bantuan dari mereka bertiga? Dapatkah Jay dan kawan-kawannya merungkaikan segala persoalan? dan Bolehkah mereka kembali semula ke tempat asal mereka? INC, Inkfinity Novella Contest 2024 #INC2024 #InkfinityNovellaContest Premis Tiga sekawan tersesat di daerah manusia kerdil bersepakat membantu dalam memerangi ancaman binatang buas bersama-sama. Mula : 1 Mac 2024 Tamat : 17 Mac 2024
Mawar Hitam by Aisyah_Farhanah
Aisyah_Farhanah
  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
Seorang gadis yang baru sahaja kehilangan ibu dan ayahnya, tersesat secara tiba-tiba di alam Serawa. Ara bertemu dengan Sukma, jejaka peria serta adik-beradik; Cempaka dan Indera. Satu-satunya cara untuk pulang adalah melalui Gua Bukit Naga. "Bahaya! Banyak orang hilang di sana!" -Cempaka- "Tuan hamba benar-benar ingin pulang? Bagaimana jika hamba memberi satu tawaran? Tuan hamba perlu mencari pembunuh Puteri Mawar, hamba akan membantu tuan hamba untuk ke Bukit Naga." -Indera- "Hamba bukan pembunuh!" -Sukma- Benarkah Sukma bukan pembunuh Puteri Anggun Mawar Sari? Apakah perkaitan kematian tuan puteri dengan legenda mawar hitam? Rahsia apa yang tersembunyi di sebalik Istana Kerajaan Serawa yang megah? Semuanya dalam Mawar Hitam. Jemput baca ya. ^_^