Nuh uh
108 stories
CINTA KEKASIH TERAGUNG  by qfarisha
qfarisha
  • WpView
    Reads 151,125
  • WpVote
    Votes 4,387
  • WpPart
    Parts 47
[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , selalu menjaga adab . Aura fizikal yang dapat mencairkan diri aku , hanya senyumannya . Senyuman yang sangat manis ,berlesung pipit . Rambut yang hampir menutupi dahi , mata yang berwarna coklat juga dapat memikat aku . Dia seorang lelaki yang sangat baik . Tapi sayangnya dia sudah berpunya . *** "Daripada aku kahwin dengan kau , baik aku kahwin je dengan orang gila tepi jalan tu "- Muhammad Firas "Lantak la sana . Kalau kau taknak kahwin dengan aku pun , ada ramai je lelaki yang nak dekat aku , tapi aku tetap nak kau" - Aleeya Batriesyia "Tak payah nak dekat aku , aku ni dah ada awek . Saja je la nak bagi tahu" - Muhammad Firas "Aleeya Batriesyia ni tetap tunggu jejaka hati dia Muhammad Firas bin Megat Mikael" - Aleeya Batriesyia "Tunggu la kau sampai ke tua . Biar jadi anak dara tua , tak ada siapa pun nak" - Muhammad Firas Keterlaluankah dia untuk mencintai Firas ? . Dia tidak akan berputus harap , setiap sujudnya akan ada nama lelaki yang dicintainya didalam doa . Dia tidak akan merampas kebahagiaan lelaki itu . Tapi dia berdoa supaya suatu hari nanti Firas akan menjadi jodohnya . Tapi adakah rasa cinta Firas terhadapnya ? atau dia sahaja yang berangan terlalu tinggi untuk bertahta di hati lelaki itu ? . "Tolong la jangan ganggu aku lagi ! . Aku benci la tengok muka kau ! . Sampai bila-bila pun aku takkan balas cinta kau !" - Muhammad Firas Mampukah dia melembutkan hati dan menurunkan ego lelaki itu ? Atau Dia akan mengalah apabila penat berjuang ? "Cinta aku hanya pada Aleesya Humaira bukan pada kau Aleeya" - Muhammad Firas
Sugar Love [C] by qeination
qeination
  • WpView
    Reads 386,189
  • WpVote
    Votes 19,903
  • WpPart
    Parts 61
↳ *𝐝𝐨𝐜𝐭𝐨𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐* ༉‧₊˚✧ [Spin-off Magnetic Love] Fadhil | Afia Selepas lima tahun menetap di New Zealand, akhirnya Afia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu harapan. Iaitu kebahagiaan. Hatinya pernah terluka tatkala lelaki yang dicintainya, Fadhil sudah menikahi wanita pilihan hatinya. Sekali gus menjadi punca dia membawa diri ke luar negara. Satu eksiden telah temukan dia dengan Fadhil yang kini sudah mempunyai seorang anak lelaki. "Eh, Afia... dah lama tak jumpa." - MUHAMMAD FADHIL Jantung asyik berdegup laju setiap kali bersua dengan lelaki itu. Perasaan seolah-olah berputik kembali. Semakin dia menidakkan, semakin kuat perasaan cintanya terhadap Fadhil. Afia sendiri buntu. Perkahwinan tanpa cinta itu buatkan Afia tidak pernah mengalah. Hati beku Fadhil sedaya upaya dicairkan. Malah, siapa sangka dalam diam Fadhil menyimpan seribu satu rahsia daripada Afia selama ketiadaan gadis itu di Malaysia. "apa reaksi kau kalau kau jumpa orang yang lepaskan tanggungjawab dia macam tu aje?" - MUHAMMAD FADHIL "Mungkin... saya akan kecewa..." - AFIA MAISARAH Hari demi hari Fadhil memikirkan penerimaan Afia tentang kisah silamnya. Nasibnya apatah lagi... tak lelah dia memikirkan. Kerana... semuanya berubah selepas kematian arwah isterinya. Dia hampir mengalah, namun dipaksa untuk terus berjuang. Banner : @tsweetesrain- Start : 4 December 2022 End : 8 June 2023
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨 by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 321,612
  • WpVote
    Votes 17,960
  • WpPart
    Parts 60
(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat dirinya kelak. Kemunculan seorang lelaki ego yang mempunyai wajah yang manis tapi bukan hatinya membuatkan hidup Safiyyah semakin bercelaru. Dia tidak mempunyai pilihan lain. Safiyyah harus bersemuka dengan lelaki itu setiap hari. "Aku nak kau siapkan semua kerja yang aku bagi. Kalau tak, jangan haraplah kau dapat balik rumah hari ni." - IAN HADEEF "Encik tak boleh buat saya macam ni. Saya ni cuma pembantu peribadi encik, bukannya isteri encik!" - AISYA SAFIYYAH "Kalau macam tu, jadilah isteri aku." - IAN HADEEF Semakin hari, tangkai hati mereka mula dipaut rasa sayang. Masing-masing ego untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Namun, semuanya sudah terlambat apabila munculnya cinta pertama untuk menebus kesilapan lama. "Fiya, saya minta maaf. Saya janji saya akan bahagiakan awak." - AZAD RAYYAN Dek kerana cinta agungnya terhadap cinta lama, dengan mudahnya dia menerima kembali lelaki yang pernah menghancurkan hatinya dahulu. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya dan juga keluarganya. "Will you marry me?" - AZAD RAYYAN "Yes, I will." - AISYA SAFIYYAH Perkahwinan yang dinanti-nantikan akhirnya musnah buat kali kedua. Sekelip mata sahaja takdirnya berubah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah dicintai olehnya. "Kenapa awak paksa saya kahwin dengan awak? Saya sayangkan Azad, sepatutnya saya kahwin dengan dia bukannya awak! Apa motif awak sebenarnya ni?" Dia dambakan bahagia daripada lelaki itu, namun perkahwinan mereka bukanlah seindah yang disangka. Kemunculan orang luar yang ingin mengganggu rumah tangganya merumitkan lagi keadaan. Akhirnya, dia pergi membawa diri. Highest ranking - #12 in Teen Fiction [21/07/2018]
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,955,697
  • WpVote
    Votes 3,440
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,551,905
  • WpVote
    Votes 340,483
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,274,645
  • WpVote
    Votes 26,918
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
Cinta Seorang Atheist (Old Version) by fadzzfdzli
fadzzfdzli
  • WpView
    Reads 121,902
  • WpVote
    Votes 7,051
  • WpPart
    Parts 12
"Memilikimu adalah kesulitanku." Niel Zayder, seorang yang tidak mempunyai agama. Dia bingung tidak tahu yang mana satu tuhan yang sebenar-benarnya. Berbagai cara dia lakukan untuk mencari agama yang harus dianuti. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan gadis yang bernama Ainnatul Jannah membuatkan dia memilih sang gadis untuk mengajarnya tentang agama. Seperti mana yang dikatakan Ainnatul Jannah, Islam adalah agama yang sebetulnya. Hatinya terdetik ingin mempelajari agama Islam. Satu keputusan telah membuatkan mereka berdua membina satu mahligai. Perkahwinan yang dipersetujui dua pihak. Tapi, tidak lengkaplah satu rumah tangga tanpa dugaan bukan? Satu-persatu ujian datang menghempap mereka. Tentangan dari pelbagai pihak mula menggoyahkan iman Niel Zayder. Tetapi setiap kali rebah, Ainnatul Jannah sentiasa disisinya. Tetapi bagaimana pula jika Allah menarik sumber kekuatannya yang satu itu? "I miss you. Aku rindu kau sangat-sangat, Jannah. Aku minta maaf gagal jaga kau. Buatlah apa yang kau nak, asalkan jangan benci aku begini sayang. Please..." "Pergilah Niel. Berhenti seksa diri awak untuk terus bersama saya. Saya tak mampu terima awak lagi. Maafkan saya." Betullah kata orang, mencintai tak seharusnya memiliki. Apa ini adalah pengakhiran kisah cinta mereka? Pabila dua hati mula membawa haluan masing-masing, wujudkah kesempatan buat kali kedua? [𝐇𝐈𝐀𝐓𝐔𝐒] Idea hak cipta milik © Fadz ⚠ Read this on your own risk. ⚠ No plagiarism. ⚠ Typo overdose. Start: 31/3/2023 End:
NIKAH MUDA 🦋  [Completed] by plusterhati
plusterhati
  • WpView
    Reads 238,984
  • WpVote
    Votes 11,774
  • WpPart
    Parts 71
Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke tahap yang lebih serius iaitu ke jinjang pelamin. Tetapi perkahwinan mereka itu tiada siapa tahu, kerana ketika itu mereka masih belajar di kampus yang sama. Ini kerana juga Danial akur dengan kehendak Aira yang tidak mahu rakan - rakan sekampusnya mengetahui hal perkahwinannya. Tertanya - tanya apakah yang akan menanti mereka berdua ? Tunggu apalagi singgahlah baca " NIKAH MUDA 🦋". Cover by
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 176,155
  • WpVote
    Votes 17,060
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C] by daisybalqis
daisybalqis
  • WpView
    Reads 1,265,270
  • WpVote
    Votes 54,382
  • WpPart
    Parts 67
Kepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain meskipun seseorang itu amat penting dalam kehidupannya. Zaqwan Adyyan- seorang lelaki yang berhati keras tetapi kepercayaan yang diletakkan terhadap seseorang amat tinggi, tetapi tidak untuk cinta. Haira Kairina- Seorang gadis yang mempunyai personality yang happy-go-lucky dan mudah mempercayai seseorang. Dia mudah jatuh dengan kata-kata manis yang membuatkan dirinya leka dalam kehidupan gadisnya. " Awak ni memang tak reti cakap elok-elok ke? Asyik nak marah je. Benci lah macam ni, sumbat kasut ni baru tahu." - Haira Kairina " Aku kenal je kau, kau je yang tak kenal aku. Menyampah pulak aku dapat kenal dengan betina gila ni."- Zaqwan Adyyan Namun beberapa peristiwa telah merobek kepercayaan dalam kisah masing-masing hingga membuatkan mereka berdua berteka-teki, adakah perit sebuah kepercayaan yang diletakkan atau kepercayaan yang diletakkan sangat menyakitkan? Adakah kekuatan yang lama dia sorokkan akan diterbitkan kembali untuk melindungi orang yang dia sayang? "Jangan menangis depan aku lain kali. Aku tak suka tengok." Zaqwan Adyyan. " Saya rasa, love isn't for me. Biar lah hidup saya macam ni."- Haira Kairina Apakah kesudahan kisah mereka berdua? Masihkah mampu mereka meletakkan kepercayaan terhadap diri seseorang semula ataupun masih tenggelam dengan kepercayaan yang pernah dirobek? "Trust me is your choice, make you trust me is my responsibility." - Zaqwan Adyyan Mampukah dia terus bertenang atau mengeluarkan sisi lamanya sekiranya orang yang dia sayang disentuh? "I can smell the bitch." - Zaqwan Adyyan Adakah dia akan terus berselindung di bawah kepercayaan atau akan bertindak untuk membina kepercayaan?