Karya nrhaylaaa。◕‿◕。
4 stories
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 580,707
  • WpVote
    Votes 46,450
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,160,285
  • WpVote
    Votes 91,689
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
DIA YANG KU NANTI by nrhaylaaa
nrhaylaaa
  • WpView
    Reads 55,905
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 13
Karya pertama by Adam Suhail Perjumpaan yang tak disangka antara Luz Faiq dan Nur Haura Medina membawa kepada pergaduhan mulut yang tak ada penghujungnua. Asal berjumpa sahaja bertikam lidah. Ada saja tak kena di mata kedua-dua makhluk ini. Namun perasaan yang bertandang di hati masih tidak dapat meruntuhkan ego dua orang manusia itu sehingga satu kejadian berlaku hingga menyebabkan si gadis membawa diri jauh daripada Luz Faiq. "Aku bukan patung untuk kau buat main!" - Nur Haura Medina Apabila hati sudah terpaut, mula lah pelbagai cara dilakukan untuk meraih semula hati Haura. Namun, bukan semudah itu seorang Nur Haura Medina menerima apa yang Luz Faiq telah lakukan pada hidupnya. Disuruh pula berkahwin dengan musuhnya membuatkan otak bertambah celaru "Aku benci kau! Kalau boleh aku nak tanam kau hidup-hidup!" "Then aku tanam kau sekali. Biar kita mati sama-sama" Apabila akad dilafaz, dugaan mula mendatang. Sehabis baik Luz Faiq mencuba untuk menjaga hati Nur Haura Medina namun semuanya hampa apabila ada orang ketiga yang musnahkan semuanya. "Aku lepaskan kau. Go and find your happiness." "Kau mungkir janji lagi, Luz Faiq" "Ikhlaskan semuanya, insyaAllah akan ada yang terbaik akan menyusul" 2019
[C] ENCIK SWEET by nrhaylaaa
nrhaylaaa
  • WpView
    Reads 192,522
  • WpVote
    Votes 12,718
  • WpPart
    Parts 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Emerald?" - Luna Oliver "You should find someone with true identity" - Mr Emerald "Apa yang awak sembunyikan dari saya, Cavan?" "Kita perbaiki semula hubungan kita. Saya taknak hilang awak dan saya tahu, awak pun taknak hilang saya"- Cavan Emerald Shah "Mungkin takkan sesakit ini kalau saya tak jatuh cinta pada awak" -Luna Oliver P/s: blurb akan ditukar sejurus cerita ini tamat. Cover book by @ariesyakhan_ ©All rights reserved by Nr_haila