Ummu Widad
fiorrysa
- Reads 29,026
- Votes 3,098
- Parts 35
"Dia tak pernah pinta cinta, tapi dia jatuh pada wanita yang sanggup susah bersamanya..."
---
Bermula dari satu khilaf, dua jiwa muda disatukan bukan kerana cinta, tapi demi menutup aib yang tak diundang...
Widad Al-Yusuf dan Ummu Az-Zahra dipaksa melangkah ke alam rumahtangga di usia yang belum matang, dihimpit rasa bersalah dan maruah yang tercalar. Widad, meskipun dikhianati oleh sahabat sendiri, memilih untuk bertanggungjawab. Bukan kerana rela, tapi kerana prinsip.
Ummu pula, tersepit antara kehormatan diri dan kehendak keluarga. Dalam diam, dia cuba memahami lelaki yang menjadi suaminya, lelaki yang kasar di luar tapi luka di dalam.
Mampukah perkahwinan yang dibina atas dasar keterpaksaan bertahan saat cinta mula berputik di antara luka-luka yang belum sembuh?
Ikuti kisah mereka dalam melayari sebuah perkahwinan muda yang bukan sekadar tentang suka dan duka tetapi perjuangan untuk saling menerima dan menyembuhkan.