INC |||•🍀•||| [2024]
13 stories
Mentari Kampung Langsat by _thetruth10
_thetruth10
  • WpView
    Reads 791
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 32
Orang kata duit boleh bagi bahagia. Tetapi orang tidak kata, berapa banyak duit yang Tari perlu kumpul untuk capai bahagia. Di kota, siang dan malamnya hanya untuk kerja yang gaji tidak seberapa. Nafas Tari lelah dilemaskan oleh ragam penghuni hutan bangunan pencakar langit. Rindu yang bertamu di hati membawa Tari pulang ke kampung halaman bersama satu impian kecil. "Abah, Tari nak buka perpustakaan kat rumah pusaka tok wan." - Tari Daripada seorang yang mengejar wang, Tari memilih mimpi yang tidak menguntungkan. Malahan mendapat seribu satu tentangan. "Kau tak takut? Boleh jadi siap saja perpustakaan itu, orang kampung datang bakar rumah tok wan." - Rian "Bakarlah. Aku bakar balik rumah dia orang." - Tari
Aku bukan Tomboi! by Vinny_xi
Vinny_xi
  • WpView
    Reads 266
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 13
"Aku bukan tomboi!" Itulah kata-kata Akma apabila orang mempertikaikan perwatakannya. Dia seorang perempuan cuma hasil didikan Tuan Akbar, bapanya yang menginginkan anak lelaki menjadikan dia seorang perempuan yang berperwatakan lasak. Akma ingin mengubah dirinya seperti perempuan sejati. Namun kongkongkan bapanya tidak mungkin dia berjaya. Dengan tekad yang tinggi, Akma dengan senyap-senyap mengubah dirinya. Namun, semua itu musnah bila rahsianya terbongkar. Tuan Akbar tidak dapat menerima perubahan anaknya lalu menghalau Akma keluar dari rumahnya. Kerana tercabar Akma, dia terus lari dari rumah dan selepas bertahun-tahun tidak pulang akhirnya Akma pulang. Kepulangannya bukan berseorangan. Dia pulang membawa kekasih hati dan ingin menamatkan zaman bujangnya. Dapatkah Akma memulihkan semula hubungannya dengan Tuan Akbar? Sanggup ke Zaki untuk menghadapi ujian-ujian yang telah Tuan Akbar aturkan untuknya?
Milikku, 224 by wadyanadhirah
wadyanadhirah
  • WpView
    Reads 112
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 13
Inkfinity Novella Contest #inc2024 Terkurung oleh masa lalu, kini dia bangkit untuk mencari bahagianya sendiri. Membuka lembaran baru dalam hidupnya, dia bertekad, semua lelaki terkadang tidak dipercayai. Masa lalu yang kelam, diambil sebagai pengajaran kepada diri. Tapi, masalah baru muncul, berhadapan dengan paksaan ayahnya terhadap pernikahannya dengan seseorang walaupun sudah ditolak beberapa kali. Adakah dia mampu tangani masalah ini? Atau dia tersungkur oleh ayat manis lelaki? 🍀Inkfinity Start: 1 Mac 2024
Sang Mutan - #InkfinityNovellaChallenge2024 by waygnies
waygnies
  • WpView
    Reads 81
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Untuk, Inkfinity Novella Challenge 2024. (Blurb Belum Tulis)
Dream by bituinhana
bituinhana
  • WpView
    Reads 766
  • WpVote
    Votes 165
  • WpPart
    Parts 41
Dunianya hancur saat menerima mesej kematian saeng kesayanganya, hidupnya di rasakan tiada erti, namun kehadiran Kaizer mengubah segalanya "Kalau kau punya satu permintaan apa yang akan kau minta? Sanggupkah kau pertaruhkan segalanya demi peluang bertemu Rui lagi? Aku tahu kau sangat merinduinya." Pelbagai cabaran ditempuhi namun bertemu Carlos kembali membuka sejarah lama dan rahsia di sebalik QSX-35s yang dipakainya "Apa yang dilihat bukan yang sebenar akak, ada sesuatu yang akak perlu tahu. Bukan Zamani yang hantar mesej kematian adik tu, dan sekarang adik ditawan orang yang menghantar mesej tu pada akak." Rui berbicara Misi Sora berubah,dengan nyawa sang adik di tangan musuhnya pertaruhanya menjadi lebih tinggi dari menang Shopo Race dan sebuah hajat "Akak akan selamatkan kamu. Itu janji akak!" Kematian mengejut Carlos membawa mereka bertemu Elnora Cassavia yang dipenuhi misteri,tambah mengejutkan Kaizer menonjolkan identiti sebenarnya hingga keadaan makin celaru.
Arjuna Dharmabakti 1: Melerai Sumpahan [BAKAL TERBIT] by Iqmalizzat_
Iqmalizzat_
  • WpView
    Reads 525
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 10
#InkfinityNovellaContest #INC2024 Dek kerana terancam dengan kelahirannya ke muka bumi, 'dunia gelap' dilanda keresahan dan huru-hara. Mereka mengerah seluruh kekuatan sihir semata-mata untuk menghancurkan 'ancaman' itu. Kota Jenggala turut menjadi sasaran, ditakluk dan dikuasai untuk menguat dan mengekalkan sebuah sumpahan yang telah dipateri. Arjuna menjadi yatim ketika masih memerlukan kasih sayang ibu bapa. Dia dihujani ujian dan penderitaan yang cukup berat. Dibuang dari negeri kelahiran sendiri sebelum diangkat menjadi anak asuhan Tok Guru Meor yang merupakan seorang pendekar sakti yang terkenal. Semangat juang dan ilmu kependekaran sakti dipupuk untuk menyediakan Arjuna supaya dapat menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau berduri. Sementelah, anak itu bukan sembarangan manusia yang menjadi asbab-musabab 'dunia gelap' berjuang untuk menghapuskannya.
Mawar Hitam by Aisyah_Farhanah
Aisyah_Farhanah
  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
Seorang gadis yang baru sahaja kehilangan ibu dan ayahnya, tersesat secara tiba-tiba di alam Serawa. Ara bertemu dengan Sukma, jejaka peria serta adik-beradik; Cempaka dan Indera. Satu-satunya cara untuk pulang adalah melalui Gua Bukit Naga. "Bahaya! Banyak orang hilang di sana!" -Cempaka- "Tuan hamba benar-benar ingin pulang? Bagaimana jika hamba memberi satu tawaran? Tuan hamba perlu mencari pembunuh Puteri Mawar, hamba akan membantu tuan hamba untuk ke Bukit Naga." -Indera- "Hamba bukan pembunuh!" -Sukma- Benarkah Sukma bukan pembunuh Puteri Anggun Mawar Sari? Apakah perkaitan kematian tuan puteri dengan legenda mawar hitam? Rahsia apa yang tersembunyi di sebalik Istana Kerajaan Serawa yang megah? Semuanya dalam Mawar Hitam. Jemput baca ya. ^_^
Rahsia Di Sebalik Kembali by AyraNadhirah07
AyraNadhirah07
  • WpView
    Reads 1,023
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 3
RAHSIA DI SEBALIK KEMBALI Nadia Adila, seorang remaja biasa yang asalnya tinggal bersama datuk dan nendanya, Tok Omar dan Nek Na di kampung. Genap tiga tahun dia tinggal bersama kedua orang tua itu, ibunya, Raudhah kembali membawanya pulang ke tanah kelahirannya, Melaka. Perubahan baharu ini membuatkan dia sedikit sangsi, namun ini pengalaman baharu untuknya. Menjadi 'budak bandar'. Saat malam pertama dia menuju ke kelas silat pada sebelah malam, dia diserang sekumpulan orang berpakaian serba hitam. Entah siapa mereka. Senjata yang mereka gunakan juga bukan calang-calang! Seolah-olah senjata itu datang daripada masa hadapan. Mujurlah ilmu persilatan yang diturunkan oleh datuknya mampu memberi pertahanan padanya, meskipun dia tetap tumbang pada akhirnya. Dari sinilah, tercetusnya gelaran "ejen muda" padanya. Ini seolah-olah keajaiban! Hidupnya berubah serta-merta. Yang asalnya sebagai remaja biasa, kini menjadi seorang ejen muda di sebuah agensi rahsia. Walaubagaimanapun, setiap yang indah tidak akan selalu indah daripada khabarnya. MP3 peninggalan ayahnya itu membuatkan dia mulai curiga. "Rasyid. Siapa dia? Kenapa ayah sebut nama dia?" Persoalan baharu ini menjadi tanda tanya setelah mendengar isi suara daripada MP3 itu. Ada lagikah rahsia yang bersembunyi dalam hidupnya? Dia juga kerap mendengar khabar angin mengenai 'ejen muda elit'. Apakah ini ada kaitan dengan dirinya? "Apakah aku jadi ejen ni, sudah dirancang dari awal?" - Nadia Adila Ini hanya permulaan kisahnya. Mungkin akan ada lebih mencabar pada masa akan datang yang dia sendiri tidak akan jangka ianya berlaku.