On Going🌼
6 stories
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG] by FyDream
FyDream
  • WpView
    Reads 68,228
  • WpVote
    Votes 3,289
  • WpPart
    Parts 55
Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saja. Lagi dia suka adalah! Hidup bebas tanpa terikat dengan apa-apa. Tetapi Puan Sofia berkeras. Perkahwinan itu perlu diteruskan. Ada nama dan maruah yang harus dijaga. Habis itu Qaf? Mejar Qaf Rayyan. "Perut tu dah berisi ke sampaikan tergedik-gedik sangat nak kahwin?" - Mak Nab "Orang mungkin akan lupa nama kau. Tapi, aku akan ingat hingga ke akhir nafas aku." - Qaf Rayyan Oja. Namanya pendek dan pelik. Dan, dalam banyak-banyak manusia. Qaf belum pernah menemukan manusia seaneh itu. Ada daya tarikan yang menarik Qaf untuk jadikan Oja sebagai pengganti pengantin yang sudah lari. Kehadiran Qaf umpama tangan yang datang menghulurkan bantuan. Oja sambut baik-baik. Tetapi Qaf, dalam hatinya ada satu nama yang belum terganti. Dia bimbang jika dibiarkan Oja yang jadi mangsa derita. "Kau sayangkan aku?" Oja "Pulangkan kembali apa yang kau dah rampas dari aku." Armel Aisyah. Menggalas tanggungjawab sebagai pelindung tanah air bukanlah mudah. Lebih mengejutkan bila dia dipilih untuk membantu Inspektor Luqman dalam misi penyamaran Scorpion ketika isteri sedang bertarung nyawa. "Janji dengan aku? Jangan bawa luka baru. Luka lama saja perlukan masa untuk sembuh." -Oja Memilih untuk memendamkan perasaan, kerana Luqman lebih pentingkan tali persahabatan antara dia dan Qaf. Dan Zafrul tahu apa Luqman cuba rahsiakan dari dia. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Jack Yao Bang! "Selamat tinggal, inspektor Luqman." Datuk Sufian Start : 15/02/2024 End : Beautiful cover by @Putra_Rize/PrinceRize
COBRA: SPECIAL FORCE [OG] by NAR98_
NAR98_
  • WpView
    Reads 4,689
  • WpVote
    Votes 356
  • WpPart
    Parts 13
Cover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Kita berbeza. Saya menyelamatkan tapi awak korbankan nyawa" - Syafa "Kadang kerana sayang, Kita harus belajar untuk merelakan" - Aqil Pertemuan mereka bermula dengan rasa ingin tahu. Mereka seperti pasangan lain. Bercinta dan saling mengenali. Namun dalam setiap perjalanan yang ditempuhi sungguh berliku. Dapatkah mereka akhirnya menyatu? Bukan sekadar kisah cinta... Genre: Action-Romance Start : 2023 End:
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 12,338
  • WpVote
    Votes 1,564
  • WpPart
    Parts 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
MY LOVELY CAT  [OG] by Atsuka_su
Atsuka_su
  • WpView
    Reads 285
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 8
Yuna menghidap penyakit kanser otak. Dia sering menyendiri dan menjadikan kucingnya, Yuki sebagai teman. Suatu hari, kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Yuki. Kehilangan Yuki menyebabkan Yuna mengalami tekanan perasaan dan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Semakin teruk penyakit Yuna sehingga dia sering berimaginasi dan bercakap seorang diri. Ramai pelajar di sekolah mula membenci dan menjauhinya kerana dia sering bercakap seorang diri. Ada juga pelajar yang mengatakan dia sudah hilang akal. Ibu bapa Yuna hanya mampu bertawakal selepas pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan anaknya kembali. Ada juga sekumpulan pelajar perempuan yang cuba berkawan dengan Yuna. Suatu hari mereka membawa Yuna ke sungai untuk berborak dan bersembang. Kemudian, kejadian yang tidak diingini berlaku Yuna terjatuh ke dalam sungai. Waktu itu Yuna tidak mampu berenang untuk menyelamatkan dirinya kerana arus sungai terlalu deras. Tanpa disedari Yuna diselamatkan oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yuna tidak mengesyaki siapa yang menyelamatkannya kerana dia sudah tidak bermaya lagi. Siapakah dia ? Adakah Yuna mampu sembuh semula ? Mengapakah Yuna sering bercakap seorang diri? PROLOG " Mungkin dia wujud di dunia ini, Tapi suatu hari dia pasti kembali lagi ! "
MR GILA VS MRS DINGIN (SU) by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 4,765
  • WpVote
    Votes 617
  • WpPart
    Parts 42
Izzat Johan Rafizi, dia ialah seorang pemuda yang bekerjaya. Sekali pandang memang nampak macam orang biasa yang kuat bekerja. Tetapi itu semua mainan mata semata-mata, kerana perangainya sangat jauh dari apa yang diperkatakan. Di tempat kerja, dia lah pekerja yang paling bising dan 'gila'. Kalau sehari takdengar suara dia memang tak sah lah! Suatu hari dia terjatuh hati dengan seorang perempuan tetapi perempuan itu sangat dingin dan tidak mahu mesra dengan orang. Dah macam batu. Keras hatinya. "Boleh saya berkenalan dengan awak si cantik?" -Izzat Johan "Tak kuasa aku berkawan dengan orang sewel macam kau." -Tiara Alisya Dia ingin memikat hati si dia tetapi bagaimana? Adakah dia akan berjaya.....ataupun tidak? "Wah berlagak awak ye. Tak apa, kita tengok siapa yang akan sukakan siapa nanti." -Izzat Johan "Aku takkan sukakan kau." -Tiara Alisya Tetapi tanpa disedari, ada mata-mata yang selalu memerhatikan kedekatan mereka berdua. "Aku akan rampas Iz semula! Dia milik aku seorang sahaja...." -Nadra Imanie "Aku boleh tolong kau, tapi kau kena juga tolong aku dapatkan Tiara!" -Faliq Dakhil Ini bukanlah sekadar kisah cinta mereka sahaja, kisah ini juga akan memaparkan bagaimana setianya pasangan suami dan isteri sehingga ke akhir hayat. Apakah kesudahannya? Kalau nak tahu bagaimana lanjutan kisah ini, silalah baca dan komen! Nice Cover By: @Elfvien_ / @amshalis Genre: Romance, Comedy P/s: Bukan romance comedy semata-mata. Ada terselit unsur family di sini. Jadi biasakan diri anda ye. ⚠️ No Plagiat ⚠️ Jalan Cerita Yang Agak Slow Dan Banyak Chapter ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Penggunaan Ayat Hancur ⚠️ Maafkan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Cerita Ni __________________________________________ Started: 7/8/2022 Ended: ©PutraRize_ ©2022
{𝐂} 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐘𝐎𝐔 𝐌𝐑. 𝐃𝐔𝐃𝐀 !! by flwerriss
flwerriss
  • WpView
    Reads 79,184
  • WpVote
    Votes 4,048
  • WpPart
    Parts 47
Nur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia menunggu result SPM-Nya untuk keluar. Kemunculan duda yang bernama Muhammad Athar Farhan dengan anaknya Muhammad Qutni Fieraas. Pertemuan mereka sudah dirancang oleh Dato Affan dan Datin Lydia, ibu bapa kepada Muhammad Athar Farhan. Athar Farhan duda yang mempunyai rupa paras tampan, baik hati dan menghormati orang tua. Setelah mereka berkahwin, kebahagian mereka hanyalah sementara sahaja. Kemunculan orang ketiga iaitu Arissa Safira ex-wife kepada Athar Farhan yang menginginkan mereka rujuk kembali selepas 4 tahun meninggalkan Athar Farhan dan anaknya itu. Selepas kemunculan Arissa Safira muncul pula seorang jejaka yang bernama ZulFahmi Ikhwan. Dia merupakan seorang jejaka yang obses akan Alyssa Atirah sejak zaman sekolah lagi. Mampukah Nur Alyssa Atirah dan Muhammad Athar Farhan bersabar dengan ujian yang menimpa mereka? Start: 29/3/2024 End: 5/1/2025