faatulips
- Reads 303,515
- Votes 10
- Parts 22
[CEO & LAWYER EDITION]
Sebuah karya daripada Faatulips
"Takdir itu indah, jika ikhlas dan reda sentiasa menghiasi hatimu."
Selepas membawa pulang segulung ijazah undang-undang dari England, Anisa Sherryna hanya mengimpikan ketenangan serta peluang untuk membina kerjaya di tanah air sendiri. Namun, belum sempat dia melangkah jauh, impian itu terhenti apabila ibu bapanya menetapkan perkahwinan aturan keluarga dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, iaitu Ammar Faiz.
Di sudut kota yang lain, Ammar Faiz yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang tegas terperangkap antara cita-cita dengan ugutan bapanya. Demi mempertahankan kedudukan syarikat yang dibina dengan titik peluhnya sendiri, Ammar terpaksa mengalah lalu menerima Anisa sebagai isteri, walaupun hatinya sarat dengan niat yang tersembunyi.
Dua jiwa daripada latar belakang yang berbeza kini disatukan tanpa kerelaan. Di sebalik sikap dingin dan perjanjian silam Ammar, terselit bibit kemesraan yang mula menerbitkan rasa kasih. Namun, ketika kebahagiaan mula bercambah, bayang-bayang kisah lalu kembali untuk menuntut kemaafan serta tempat di hati Ammar. Kehadirannya membawa badai yang besar dan menguji keteguhan rumah tangga mereka.
Mampukah Anisa bertahan apabila ketaatannya dibalas luka? Adakah Ammar mampu melupakan masa lalunya sebelum ikatan perkahwinan mereka pula yang terlerai?
Mungkin Ini Takdirnya