on going
44 historias
Just One Sip [ OG ] por mslalysa
mslalysa
  • WpView
    Lecturas 6,760
  • WpVote
    Votos 557
  • WpPart
    Partes 36
Pernah tak jatuh cinta dengan seseorang... yang langsung tak masuk dalam perancangan hidup kau? Bukan sebab dia sempurna. Tapi sebab, tanpa sedar... dia mula jadi tenang paling pelik yang kau pernah rasa. Ini bukan cinta pandang pertama. Ini tentang seorang perempuan yang tak perlukan siapa-siapa, dan seorang lelaki yang tak pernah belajar cara untuk pergi. ✦ Irdalia Yasmin ✦ Anak keempat dari lima beradik. Dingin, berdikari, dan pemilik jenama kopi tersendiri, Kofié, sebuah kafe kecil yang tidak pernah kosong, walau hatinya selalu sunyi. Dia tidak mencari cinta, dan tidak pernah percaya padanya. Tapi wajahnya, sikapnya... selalu menarik perhatian. Cuma satu masalah... ayahnya yang garang, diam-diam menjadi tembok besar buat sesiapa yang ingin mendekat. Namun begitu, hidup tak pernah statik. Dan Irdalia? Dia belum tahu bahawa ada aroma baru yang akan mengganggu keseimbangannya. ✧ Norman Hadi ✧ Anak askar. Jiwa askar. Tapi bukan jenis yang garang atau kaku. Man, begitu orang kenal dia, peramah, bersahaja, dan terlalu selamba untuk seorang lelaki berseragam. Bila dia senyum, orang tenang. Bila dia diam, orang tertanya. Dia tidak memilih jalan ini, tapi dia tidak pernah lari darinya. Disiplin, setia, dan tahu bila perlu diam, bila perlu bertindak. Di sebalik tawa dan gurauan, ada luka lama yang dia simpan diam-diam. Kopi bukan pilihannya. Tapi pelik... sejak akhir-akhir ini, dia rasa tenang sangat bila bau kopi datang. Dan dia belum tahu, itu bukan sebab kopi pun. Itu sebab seseorang.
HAIDEN HAYDER por nalliesyaaa
nalliesyaaa
  • WpView
    Lecturas 6,734
  • WpVote
    Votos 277
  • WpPart
    Partes 5
HAIDEN HAYDER X MAWAR QISTINA Salah ke orang macam aku ni dapat peluang kedua mawar? -Haiden "Not everyone deserves a second chance, especially those who didn't value the first one." -Mawar Mawar Qistina, seorang wanita yang dingin dan kasar yang menghadapi kehidupan penuh dengan cabaran. Mawar Qistina adalah gadis yang penuh dengan tawa dan sinar. Hidupnya dihiasi warna-warna ceria, dan hatinya mudah tersenyum walau pada hal-hal yang kecil. Namun segalanya berubah sejak kehadiran insan bernama Haiden Hayder. Perlahan-lahan, sinar itu malap. Dari seorang yang lembut dan penuh kasih, dia berubah menjadi jiwa yang dingin, kasar, dan menjauh dari dunia. Seolah-olah, bahagian dirinya yang dulu telah mati - dibunuh oleh luka yang tidak terlihat." Haiden Hayder- Dingin pada luarannya, tenang dalam tutur katanya. Positif di mata dunia, seolah-olah tiada apa yang mampu menggoyahkan langkahnya. Namun di balik senyuman yang sering dilihat, tersimpan sebuah penyesalan yang tak pernah padam. Dahulu, dia pernah melukai hati seorang gadis - satu-satunya yang dia cintai dalam diam. Kini, dengan setiap detik yang berlalu, Aiden cuba menebus kesilapan yang menghantui dirinya. Bukan dengan kata maaf, tetapi dengan kehadiran yang perlahan-lahan ingin membina semula apa yang telah hilang... jika masih ada peluang untuk itu. "I won't just say it, I'll show you with every step I take how much my heart belongs to you." -Haiden Hayder
Hati yang TERLUKA (OG) por its4lya_
its4lya_
  • WpView
    Lecturas 6,331
  • WpVote
    Votos 263
  • WpPart
    Partes 9
(Kita semua sedang mencari tempat untuk pulang, tapi Anabella... sedang belajar untuk tidak takut lagi.) Anabella Mireille lahir ke dunia dengan harga yang terlalu mahal-nyawa ibunya sendiri. Sejak itu, hidupnya tak pernah cerah. Bapanya, yang dahulu pelindung, berubah menjadi lelaki asing selepas bernikah dengan wanita yang bertopeng manis. Disisih, disakiti, dan dipersalahkan... Anabella membesar dalam rumah yang penuh benci dan pukulan emosi. Trauma membekukan jiwanya. Dia tidak percaya pada lelaki - bagi Anabella, semua lelaki sama. Sehingga muncul Tengku Azriel Afnan - lelaki berdarah raja yang dingin dan matang, tapi diam-diam menyimpan hati yang lembut. Tak pernah terlintas dalam hidup Azriel untuk jatuh cinta. Tetapi gadis sunyi bermata sayu itu menggoyahkan prinsipnya. Anabella tak kenal siapa Azriel sepenuhnya, tapi bersamanya... dia tak pernah takut. Ketika Azriel melamar dengan satu janji... "Kahwin dengan saya. Saya janji saya sembuhkan trauma awak, Anabella." ...hati Anabella berperang. Mampukah dia percaya? Sedangkan dia sendiri membenci bayangannya? "Awak tak faham saya, Azriel. Saya benci diri saya. Hati saya yang terluka ni susah nak sembuh." Satu jiwa yang dingin. Satu hati yang retak. Mereka bertemu - bukan untuk melengkapi, tapi untuk menyembuhkan. Namun, mampukah cinta menghapus trauma silam? Dan mampukah "hati yang terluka"... akhirnya merasa bahagia?
Takdir terakhir kita [C]  por luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Lecturas 1,315,932
  • WpVote
    Votos 2,965
  • WpPart
    Partes 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Si gadis buta por ernydream_
ernydream_
  • WpView
    Lecturas 61,400
  • WpVote
    Votos 5,989
  • WpPart
    Partes 38
Aaira seorang gadis buta yang dibesarkan dalam rumah penuh kezaliman. Fawwaz seorang suami yang terlalu ego untuk menyedari nilai seorang isteri... sehinggalah semuanya musnah. Dalam dunia di mana kasih sayang menjadi satu kemewahan, mampukah cinta yang terlambat menebus semua dosa? Start; 7June2025 End; ?
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  por Febryanty656
Febryanty656
  • WpView
    Lecturas 378,044
  • WpVote
    Votos 13,063
  • WpPart
    Partes 55
Niatnya hanya ingin bekerja sebagai Personal Asistant disebuah syarikat megah, Namun. Tanpa ia sedar. justeru itu adalah permulaan derita yang tak berpenghujung bagi seorang Haura Delisha Hanya dalam satu malam saja, hidupnya berubah dari seorang gadis biasa menjadi isteri kepada lelaki yang bergelar majikannya Disangkanya habis hujan timbul pelangi. Namun. yang datang adalah badai yang membawa kehancuran Bahagia? Mampukah kebahagiaan dia kecapi saat dirinya diperlakukan tak ubah seperti binatang Dipukul Dihina Di jadikan tempat pelampiasan nafsu semuanya hancur tiada lagi yang tersisa Maruah? Hati dan perasaan? Semuanya hancur! Tengku Harraz Rasydan, Lelaki yang bertuhankan ego dan nafsu. lelaki yang tak mengenal apa itu erti kasihan dan cinta lelaki dingin dan kejam Harta, Tahta dan wanita. hanya dengan petik jari saja semuanya ada didalam tangannya "Layan aku malam ni" -Tengku Harraz Rasydan- " Tapi Tu--annn, saya mengandung" -Haura Delisha- PANG! "Aku dah cakapkan, gugurkan budak haram tu. tapi kau degil juga nak jaga kenapa?!" -Tengku Harraz Rasydan "Tuan saya taknak!" -Haura Delisha Ini adalah kisah cinta yang bersulamkan ego dan nafsu semata! mampukah bahagia tercipta bila hati terdera?
PESAN YANG TERAKHIR : (Editing) por CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Lecturas 10,863
  • WpVote
    Votos 37
  • WpPart
    Partes 1
Keluarga adalah rumah yang paling selamat untuk pulang, tetapi jika rumah tersebut hancur, dimanakah harus pulang? Sejak kematian ayahnya, Aralyn Madiha dibenci oleh ahli keluarganya. Dia seakan orang asing yang berada di dalam rumah itu. Tiada yang lebih menyakitkan selain dipukul, dihina dan dibenci oleh ibu sendiri. Tiada siapa yang tahu apa yang dialami oleh Aralyn. Namun Aralyn bersyukur dia masih lagi mempunyai neneknya. Tidak lupa juga akan sahabat dan tunangnya. Mereka bertiga selalu ada ketika Aralyn jatuh. Senyuman Aralyn tidak lekang ketika berada bersama mereka. Sehinggalah Aralyn mendapat khabar bahawa sababat dan tunangnya telah selamat bergelar suami isteri. Hatinya saat itu seperti dihempap batu besar. Kebahagiaan sebelum ini lenyap secara tiba-tiba. Bermula saat itu, Aralyn memutuskan bahawa dia tidak akan pernah percaya kepada lelaki lagi. Baginya cinta itu hanyalah dusta semata-mata. Dan pada saat itu, muncul seorang lelaki yang datang untuk melamarnya. Lamaran itu ditolak tanpa berfikir panjang. Putus asa? Apa itu? Putus asa bukan prinsip seorang Erhan Mikael. Lama-kelamaan, Aralyn mula terjatuh hati dengan sikap Erhan kepadanya. Dia yakin semua lelaki tidak sama. Contohnya Erhan. Akan tetapi tidak semua pasangan akan berakhir dengan bahagia. Adakah mereka termasuk pasangan itu?