latest
47 stories
CINTA UNTUK KANDA by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 279,018
  • WpVote
    Votes 9,488
  • WpPart
    Parts 64
2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHAFIYAH ROSELILY KARTIKA. Bak kata Arman, nama sepanjang selat melaka. Gadis yang kecil molek yang Arman jumpa ketika di sebuah cafe. Cantik orangnya. Seorang graduan dalam bidang fashion and design. Tapi terpaksa melupakan bakat yang ada demi bekerja di syarikat papanya. Menyapa gadis itu di Cafe membuatkan timbul rasa sesalan dalam diri Arman. Kalau dia tak tegur gadis tu, mungkin dia tak akan selalu berjumpa. Naik rimas dibuatnya. Gadis itu suka sangat cari pasal dengan dia. Dia pun apa lagi. Takkan nak diam saja. Hasrat untuk membuka butik ditentang keras oleh bapa Shafiyah sehingga meletakkan syarat dia harus berkahwin. Sangat tak masuk akal. Kalau dia kahwin, mestilah dia kena ikut cakap suami. Dia tak mahu. Fikir punya fikir, Haris Arman yang menjadi targetnya. Arman masih belajar. Mesti dia lebih fokus pada pembelajarannya. Tak perlu bersusah payah Arman fikir untuk menjalankan tanggungjawabnya nanti. Tawaran yang di berikan oleh Shafiyah, membuatkan Arman setuju untuk berkahwin dengan gadis itu. Tapi Shafiyah silap dengan pemikiran dia sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang jatuh cinta dengan Arman. "Saya rasa saya dah sukakan awak. Kalau saya nak mengorat awak boleh tak?" -Ummu Shafiyah. Berjayakah Shafiyah menawan hati Arman? Cinta yang ada dihatinya, memang mahu diberikan buat Arman saja. Si kanda yang telah bertahta dihatinya.
The Strong Heart by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 46,781
  • WpVote
    Votes 4,416
  • WpPart
    Parts 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rata-ratanya daripada orang kampung. Mereka tak lalui apa yang keluarganya lalui sebelum ini. "Kenapa kau biarkan pak cik tu hina kau!" Hadirnya dia ibarat cahaya baru yang bakal menyinari hidup Hannah. Ketampanannya, sikapnya yang tak ubah seperti lelaki prihatin dan bertanggungjawab membuatkan jantung Hannah sentiasa berdegup kencang. Namun disebabkan Hannah lebih mementingkan adiknya, Muhammad Aryan, dia terpaksa mengabaikan perasaan yang telah berputik itu. Fokusnya cuma kepada Aryan sahaja. Dia ingin menjauhkan adiknya daripada Airin Nasuha iaitu adik kepada Luth Naufal. Bukan niatnya ingin menyekat kebebasan Aryan tetapi dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Aryan berhak bahagia. "I'm sorry, kakak. Iyan terpaksa buat semua ni. Kakak terlalu mengongkong Iyan. Kakak buat Iyan tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sorry but I'm done. Totally done." "Hannah, ini semua salah adik kau!" "Tak apa, Ana. Aku redha dengan ketentuan ni. Mungkin aku tak layak untuk dia." Hannah buntu. Satu demi satu masalah menjadi bebanan di bahu. Tangisannya seolah tiada penghujung. Dia terlalu kusut menerima kata hinaan dan kutukan yang bertubi-tubi. "Tolonglah balik... Mama rindu kau..." "Hannah, aku nak minta maaf." Keadaan Hannah seakan mayat hidup. Walaupun masih mengalir rasa benci terhadap perbuatan Hannah, Naufal masih punya rasa simpati. Ego perlu direndahkan untuk mencapai matlamatnya. Naufal tak boleh menafikan bahawa... Hatinya sakit melihat keadaan Hannah sebegitu. "Kita kahwin. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku." ••• cover & banner by @stargazell @nazblqs @azleyanaaa @nurflwr
Dia Yang Terakhir by n1n1ey
n1n1ey
  • WpView
    Reads 86,810
  • WpVote
    Votes 1,951
  • WpPart
    Parts 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak dilayan pada awalnya.Tetapi, lama -kelamaan hubungan mereka semakin baik dan rapat. "Awak sayang saya?"-Nini Erleesa "Aku sayang kau, Nini."-Edean Nadhif Tetapi,demi masa depan mereka terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing.Setelah lapan tahun,mereka ditemukan kembali di hari pernikahan Edean Nadhif bersama seorang wanita.Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Nini terpaksa menggantikan tempat pengantin perempuan. Kejutan besar bagi seorang Edean Nadhif namun demi maruah keluarganya, dengan hati yang tidak rela dia teruskan pernikahan tersebut. Mampukah lelaki itu menerima seseorang yang dulunya menjadi sahabat sebagai seorang isteri?Mampukah Nini membahagiakan jejaka yang dia amat cintai sejak dulu? Mampukah hubungan mereka kekal hingga akhir hayat mereka? Bagaimana pula dengan keadaan wanita yang Edean ingin nikahi dulu?
3|| ECEY III: First Love ©️ [UNEDITED]  by veyasroses
veyasroses
  • WpView
    Reads 196,876
  • WpVote
    Votes 6,040
  • WpPart
    Parts 66
"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih yang berpisah suatu ketika dahulu kembali bertemu apabila para sahabat mereka ingin melakukan reunion. Si lelaki tetap dengan perangai playboy nya, manakala si perempuan sudah nekad untuk berubah. Takdir menentukan mereka sebagai CEO dan Secretary. "Sakitlah! Kau pahal hempuk kepala aku pakai file?! Kau tu pembantu aku tahu tak?!" - LUTH ZAQUAN "Kau yang baling bingkai kaca dekat aku dulu! Berdarah tau tak tangan ni! Kalau jatuh hantaran aku, kau nak tanggung?!" - AISHLYN DAYANA Buku bertemu ruas. Kedua-duanya sama baran, sama-sama blackbelt, sama-sama manipulative. Mereka bahagia. Sehinggalah Aishlyn membalas dendam kepada Zaquan kerana lelaki itu memalukannya suatu ketika dahulu. Dia bertindak merampas lelaki itu daripada si pasangan! "Kau tak pernah suka aku? Selama ni apa, Aishlyn?! Aku tinggalkan Lily demi kau!" - LUTH ZAQUAN "I just wanna have some fun, with you." - AISHLYN DAYANA Bagaimanakah pengakhiran mereka nanti? ⚠️Typos everywhere. Bad grammar alert. Kindly remove this if you don't like it. A little bit cringe, disturbing story. I've already warned you TWICE! 🔞🔞🔞 Saya letak classification ni supaya budak-budak yang belum boleh beza mana baik dan mana buruk tidak baca cerita ni. Bukan ada scene 18+ ka apa bukan, cuma scene yang akan merosakkan otak kamu. There's a LOTS of ABUSING SCENE. Pls don't read it if you're not matured enough.
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,529,732
  • WpVote
    Votes 69,932
  • WpPart
    Parts 91
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu mengaku kalah. "Hello Cik Adik kurang manis. Kau ingat kita orang bertiga nak mengorat kau? Jangan perasan!" - Bagi pihak lelaki juga tidak mahu kalah. Masing-masing tidak akan meletakkan ego ke tepi. "Dulu benci, sekarang apa?" "Sekarang sayang sampai ke Syurga" Start : 13 April 2024 End : 19 Julai 2024 [ Story ke-13 ]
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 789,855
  • WpVote
    Votes 28,830
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 ( 14/12/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 ( 24/7/2023 ) 🥉 Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
Love's War✔ by kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Reads 365,669
  • WpVote
    Votes 12,010
  • WpPart
    Parts 52
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya menghantui dirinya sendiri. Setiap masa dan setiap saat. "Awak, sebenarnya kan saya suka sangat tengok awak.. Boleh tak kalau saya nak kawan dengan awak? "- Syed Adam Mikail si nerd. Namun, itu Adam Mikail yang dulu. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Tiada siapa yang mampu menghalang. "Kau jangan ingat aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau! Aku kahwin dengan kau sebab aku nak kau ingat balik apa yang kau pernah buat dekat aku dulu! Faham? "-Syed Adam Mikail. Ikuti perkembangan kisah Adam Mikail dan Anis humaira. Update this story:December 2019 ©kimiafina2019
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 622,255
  • WpVote
    Votes 918
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
Dr. Ridhwan, The Most Eligible Lecturer by CahayaAinn
CahayaAinn
  • WpView
    Reads 13,259
  • WpVote
    Votes 459
  • WpPart
    Parts 6
Cerita ini mengisahkan Dr. Ridhwan, seorang pensyarah yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Nazirah ketika di majlis akad nikah kawan baiknya, Rafizi atau Raf. Ketika itu barulah Ridhwan tahu yang Nazirah itu adalah adik ipar Rafizi. Pertemuan kedua mereka berlaku apabila Nazirah terlambat datang ke kelas Dr. Ridhwan. Ketika itu, barulah Nazirah tahu yang Ridhwan itu adalah pensyarahnya. Pada pertemuan hari pertama kelas, Ridhwan menunjukkan sikap tegas kerana Nazirah terlewat menghadiri kelasnya. Namun, selepas pada itu Ridhwan mula bersikap seperti biasa walaupun hakikatnya dia menyukai Nazirah. Masih mengekalkan kredibiliti sebagai pensyarah, Ridhwan sedaya upaya melayan Nazirah sama seperti pelajar lain walaupun kadangkala dia cuba mencari jalan untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Sikap Ridhwan yang suka menyoal Nazirah di dalam kelas membuatkan Nazirah sentiasa berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya kenapa Ridhwan suka menyoalnya di dalam kelas sedangkan ada ramai lagi pelajar yang lain. Tak lain dan tak bukan, Ridhwan hanya mahu mendengar suara gadis itu. Tanpa sedar, bibit-bibit sayang mula bercambah di hati Nazirah. Gadis itu juga telah menghadiahkan sebatang pen yang diukir dengan ucapan sempena hari lahir Ridhwan sebagai balasan kerana lelaki itu telah menghadiahkan dia bebola kaca salji sempena hari lahirnya yang lepas.