horror 🎱
7 stories
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,873
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
PEWARIS 2! by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 93,621
  • WpVote
    Votes 8,324
  • WpPart
    Parts 79
Aku bercerita lagi untuk yang menginginkannya. Maaf andai aku mengambil waktu yang agak lama untuk kembali. Sungguh aku hanya insan biasa cuma. Dugaan demi dugaan untuk hamba yang di sayangi-Nya. Redha! Kali ini kita akan pergi jauh..Mari! MEMILIKI,DIMILIKI ATAUPUN DI HAPUSKAN?! Semuanya bermula dengan yang bernamanya Keris Saka. Lalu menjadi tuan kepada belaan yang diterima dalam terpaksa. Semuanya di tanggung hingga keturunannya melahirkan anak perempuan. Ya,ianya bermula sebaik sahaja Malina wujud di dalam rahim ibunya. Yang dahulu menghilang bersama satu janji kini muncul semula untuk menuntut "janji rumah" nya. Tapi janji tidak di patuhi. Akhirnya Malina di sembunyi. Bertahun kemudian wujud lagi waris perempuan. Diantara tiga,hanya Saifiyah yang punya kelebihan. Maka janji di tagih lagi. Bustari mati! Keris Saka yang di sembunyikan sekian lama di keluarkan ke alam manusia lalu mengundang dendam lama. Ragas,Jugam,mati!! Dan kini PEWARIS sebenar telah muncul. Takkan semudah itu untuk pewaris ini melawannya. Kali ini PEWARIS akan pergi jauh...semuanya di tangannya. Memiliki? Dimiliki? Atau dihapuskan?!
Pewaris by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 287,166
  • WpVote
    Votes 17,844
  • WpPart
    Parts 76
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik telah ditukar menjadi Peah. Hidup Peah adalah seperti remaja biasa hinggalah sesuatu terjadi dan mengekorinya. "Aku tak perlukan khadam macam kau!! Kau setan yang di laknat. Pergi!!"- Saifiyah "Bayu tetap sahabat Peah sampai bila-bila."- Puteri Bayu. "Biar aku yang menyambutnya. "-Toriq.
Mata Kera by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 68,487
  • WpVote
    Votes 4,953
  • WpPart
    Parts 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang pasti bukan Brahim dan Qasidah yang salah. Anda tahu siapa dia. Ha ha ha.
The Secret by sarangdungy13
sarangdungy13
  • WpView
    Reads 44,163
  • WpVote
    Votes 4,490
  • WpPart
    Parts 76
Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan, Demi menagih keredaan Tuhan. Walau ditarik nikmat kuasa, Perjalanan derita mengaburi maya, Demi menyelamatkan Adiratna tercinta, Sang Arjuna rela berkorban nyawa. Begitu nirmala kasih Arjuna, Walau dihunus beribu senjata, Cinta mengatasi fatamorgana dunia, Tertumpahnya darah sang wira perkasa, Yang menjadi lantera menyinari buana. Bangunlah wahai sang Arjuna perkasa, Sungguh dirimu masih didambakan, Namun jika ini takdir yang Esa, Agar diangkat segala beban, Moga syahid di jalan Tuhan. ------------- Perjalanan kehidupan Khairani, Farhana & Ayeesha dalam merungkai segala rahsia di banglo kediaman mereka yang mempunyai 1001 misteri. Ketahui kisah selanjutnya-- Diadaptasi dari kisah benar yang diubahsuai + fiksyen. Kolaborasi bersama watak sebenar yang diubahsuai perwatakan.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,231
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 207,079
  • WpVote
    Votes 20,747
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//