ainasham
"Di manakah aku sebenarnya?" - Farady Amanda
Dunia seakan berputar. Sekejap Farady bangun dalam dunia yang penuh warna-warni, sekejap pula dunia tiba-tiba berubah gelap.
"Selamat hari jadi ke dua puluh empat, dear self. Masa kau dah tamat. Mari kita bertukar tempat." - Fadyra Amna
Itulah apabila lohong masa tiba-tiba terbuka menyebabkan tubuh Farady tercampak ke dimensi lain. Dia adalah diri dia. Rupa, suara, dan keluarga yang sama cuma takdir yang berbeza. Dulu hidupnya penuh dengan kesenangan dan kehormatan namun kini Farady terperangkap di dunia dimana maruahnya dipijak-pijak.
Dia dikeji, dihenyak dan dizalimi oleh jodoh yang salah. Di dunia sebenar, Farady berkahwin dengan pilihan orang tuanya, Raja Damien. Namun kini dia tercampak ke alam baharu dimana dia memilih untuk hidup semati dengan Fareed Iskandar, kekasihnya dari zaman kolej.
"Kau dah buat kesalahan besar, Dyra. Aku nak kau cium kaki aku sekarang!" - Fareed Iskandar
"Kemana awak pergi selama ini, Fara? Saya kenal isteri saya. Siapa perempuan yang menyamar jadi awak selama sebulan ini hah?" -Raja Damien
Farady buntu. Bagaimana dia mahu menerangkan bahawa selama ini dia terperangkap di dimensi lain? Macam mana dia mahu beritahu kepada Damien yang perempuan bernama Fadyra itu telah bertukar tempat dengannya?